Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Daging lada hitam / Daging masak awan sahang

Punca resepi

Ciptaan Chef sendiri. Selalu jugak masak sendiri kat rumah.

Bahasa Melayu

Bahasa Banjar (kuyaan banjar)

Bahan-bahan

500 g daging lembu dihiris nipis

Bahan untuk dihiris

1 labu bawang besar

5 tangkai daung bawang

2 inci halia dicincang halus

2 ulas bawang putih dicincang halus

Bahan sos

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap

3 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus

2 sudu kecil gula

Sedikit garam dan MSG

500 g daging lambu ditatak halui

Bahan nang dihiris

1 bawang ganal

5 tangkai daun bawang

2 inci haliak dicancang halui

2 ulas bawang putih dicancang juwa

Bahan sos

2 sudu sos tiram

2 sudu kicap

3 sudu sahang dipupuh halui

2 sudu gula

Saikit uyah awan ajinumutuk

Cara membuatnya

Panaskan 3 sudu minyak dan goreng (stir fry) daging dengan bawang putih dan halia hingga masak.

Masukan bahan sos dan masak hingga sebati.

Masukan bahan dihiris halus dan masak lagi 1 minit.

Hidangkan panas-panas dengan nasi putih

Panaskan minyak dalam rinjing, Sangak daging awan bawang putih, halia sampai kadak kayol-kayol bila diukang.

Masuki bahan sos. Masak satumat haja. Api tu jangan ganal banar.

Masuki bahan nang dihiris tadik. Masak satumat lagik sampai masak dagingnya.

Hidangkan awan nasi panas nang berkapul-kapul wapnya. Hui nyaman banar.

Komen Chef

Sedap jugak lerů.tiru macam masakan cina cuma ubahsuai sket. Lagi pun tak biasa makan kat restoren cina walaupun ada tanda halal. Masak sendiri lagi best kan?