Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  Sebatian Leburan
 
Home
Sebatian Leburan
Larutan Akueus
Rujukan

 

Elektrokimia :: Sebatian Leburan

Sel elektrolisis ialah susunan litar yang terdiri daripada elektrod yang dicelup ke dalam elektrolit dan disambung kepada bateri sebagai sumber arus elektrik.

Elektrod ialah konduktor elektrik yang terdiri daripada bahan lengai seperti grafit dan platinum yang membolehkan arus elektrik keluar dan masuk. Elektrod lengai digunakan kerana ianya tidak bertindak balas dengan elektrolit dan hasil elektrolisis.

Terdapat dua elektrod digunakan dalam sel elektrolisis iaitu:

  1. Anod - elektrod yang disambungkan kepada terminal positif bateri. Anod menarik ion bercas negatif (anion) dalam elektrolit; dan

  2. Katod - elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif bateri. Katod menarik ion bercas positif (kation) dalam elektrolit.

Anion (Cl-) dan kation (Na+) adalah ion-ion bercas yang bebas bergerak dalam elektrolit yang membolehkan pengkonduksian elektrik berlaku.

Bateri pula bertindak sebagai 'pam elektron' yang membekalkan elektron ke katod dan menyedut elektron daripada anod. Tindakan ini menghasilkan pengaliran elektron dari anod ke katod di litar elektrolisis.

 

 

Proses Elektrolisis dalam Sebatian Leburan

 

I

Dalam keadaan pepejal, kation dan anion dalam elektrolit diikat kuat oleh ikatan ion yang kuat pada kedudukan yang tetap dan menjadikannya tidak bebas bergerak. Untuk membebaskan ion-ion tersebut daripada ikatan ion yang kuat ini, satu tenaga luar perlu dibekalkan untuk mengatasi daya ikatan ion itu.

Apabila pepejal (NaCl) dipanaskan sehingga lebur, tenaga haba yang dibekalkan dapat mengatasi daya tarikan antara ion lalu membebaskan kation dan anion untuk bergerak. Apabila ini berlaku, dan suis litar ditutup, maka anion dan kation masing-masing akan bergerak ke anod dan katod.

Kation yang ditarik ke katod akan menerima elektron dan dinyahcaskan menjadi neutral.

                       Pada katod :          Am+ + me-           A

 

Sementara itu, anion pula akan tertarik ke anod and membebaskan elektron menjadi neutral.

                        Pada anod :          Bn-                   B + ne-

Secara umumnya, proses elektrolisis dalam sebatian leburan berlaku dalam dua langkah:

  1. Pergerakan ion-ion ke elektrod; dan
  2. Nyahcas ion-ion di elektrod.
 
Persamaan Setengah Bagi Tindakbalas Nyahcas

Persamaan tindakbalas yang berlaku di anod dan katod melibatkan tindakbalas antara ion dengan elektron dipanggil persamaan setengah.

Penambahan dua persamaan setengah di anod dan katod akan menghasilkan persamaan tindakbalas keseluruhan.

                Persamaan tindakbalas keseluruhan : nAm+ + mBn-                  nA + mB

 

 

 

Home | Sebatian Leburan | Larutan Akueus | Rujukan

This site was last updated 10/10/05