|
Faktor-faktor yang mempengaruhi jenis ion yang
akan dinyahcas pada elektrod dipilih berdasarkan kepada:
- Kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia (S.E.K)
- Kepekatan ion dalam suatu larutan
- Jenis elektrod yang digunakan
1. Kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia (S.E.K)
|
Kation |
Anion |
|
K+ |
F- |
|
Na+ |
SO42- |
|
Mg2+ |
NO3- |
|
Al3+ |
Cl- |
|
Zn2+ |
Br- |
|
Fe2+ |
I- |
|
Sn2+ |
OH- |
|
Pb2+ |
|
|
H+ |
|
|
Cu2+ |
|
|
Hg+ |
|
|
Ag+ |
|

 
|
2. Kepekatan ion
Apabila kepekatan sesuatu jenis ion adalah
tinggi, ion itu akan terpilih untuk dinyahcas tanpa mengira
kedudukannya dalam S.E.K.
3. Jenis Elektrod
Bahan yang sesuai digunakan sebagai elektrod
adalah karbon dan platinum kerana bersifat lengai. Kedua-dua
bahan ini tidak akan bertindakbalas dengan elektrolit dan hasil
elektrolisis yang terbentuk.
Jenis elektrod yang digunakan akan
mempengaruhi jenis ion yang dinyahcaskan dalam elektrolisis.
|