Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!




Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Bismillahirrahmanirrahim,

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua Pengakap yang melawat hompej Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengakap Negeri Perak kerana bersusuh payah mengusahakan Hompej Pengakap Negeri Perak ini.

Sesungguhnya, kejayaan ini amat besar ertinya kepada pihak Persekutuan Pengakap Malaysian Negeri Perak dan dengan yang demikian pujian harus diberikan khususnya kepada Unit IT Rumah Pengakap atas usaha dan kegigihan mereka.

Dengan adanya hompej ini saya yakin lebih ramai Pengakap akan mengetahui lebih mendalam mengenai Negeri Perak amnya dan Pengakap Negeri Perak khususnya dan akan mendorong mereka untuk melawat Negeri Perak. Bagi menarik lebih ramai pelawat saya harap segala maklumat dan penyampaian hompej menarik, berinformasi tetapi ringkas. Elakkan memasukkan perkara-perkara yang negatif yang boleh menjatuhkan nama baik dan imej Pengakap Negeri Perak.

Akhir sekali saya ucapkan selamat berpengakap.

 

SHAHRUDDIN BIN ISA, AMP