Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!




BENDERA NEGARA MALAYSIA


Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, NegeriSembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangordan Terenganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawahhingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyatMalaysia, Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam -agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeridan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang TiadaBersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeriini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putihialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengah nya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia. Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan negara Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan- perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan- kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis Tilawah, Sukan Negara). Malah bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara Iain di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Bendera Malaysia juga telah berkibar dengan megahnya di puncak Gunung KalaPattar setinggi 5,856 m di Banjaran Himalaya pada tepat jam 1.00 tengahhari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut dalam satu ekspedisi bersejarah.

Pada 25 Ogos, 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x 16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan Angkasapuri berukuran 97.5 m x24.3 m untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.

Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos, 1988 di Melaka. Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di Pasar Budaya. Segala usaha ini adalah untuk memupukkan semangat cinta dan setia kepada negara.

Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu:









Penyelenggaraan dilaksanakan oleh
Unit IT Rumah Pengakap Perak