lizz Administrator
    
Offline
Posts: 9503

|
 |
Siti jadi tauke
teh « Reply #1
on: Today at 06:47:43pm »
|
|
Siti jadi tauke teh Oleh Akmal
abdullah
JIKA pada penghujung 1980-an
penghibur nasional, Allahyarham Sudirman Arshad
pernah menghasilkan produk minuman dalam tin
sempena nama dirinya menerusi jenama Sudi, kini
penyanyi popular Siti Nurhaliza Taruddin
tampilkan pula produk minuman teh uncang dengan
jenama CTea, sebutan nama yang sama dengan
panggilan dirinya.

“Apabila ada nama sendiri, ia
adalah bonus tetapi saya yakin teh jenama CTea
akan mendapat perhatian peminat saya dan
pengguna lain, terutama golongan sasaran suri
rumah. Saya yakin sebab teh CTea ada kelainan
kerana kami sediakan dalam perisa pandan, tidak
ada lagi mana-mana di negara ini ada perisa ini.
Satu lagi dalam perisa geranium.
“Saya
sendiri setiap hari akan mengambil teh CTea,
ikutlah kadang-kadang pagi saya ambil perisa
pandan dan sebelah malam, perisa geranium,
kadang-kadang dicampur dua perisa ini. Teh CTea
dijual dalam bentuk uncang,” katanya ketika
ditemui selepas pelancaran produk itu yang
disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr M Kayveas.
Menceritakan
bagaimana pihaknya terbabit dalam perniagaan
teh, Siti Nurhaliza menjelaskan, ia bermula
sejak lebih dua tahun lalu apabila bersama-sama
keluarga dan rakan dalam syarikatnya mencari
idea untuk mengembangkan perniagaan yang tidak
berkait dengan kesenian atau
nyanyian.
“Kebetulan kami kenal mereka
yang berada di Sabah, lalu saya sendiri pernah
melawat ladang teh dan tengok prosesnya di Ranau
yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dua tahun
lalu. Sejak itu saya berminat dan kami mulakan
dengan produk teh jenama ini dengan dua
perisa.
“Syarikat dan saya sendiri
memilih teh sebagai pilihan kerana minuman jenis
ini menjadi kegemaran ramai dan dihidangkan pada
bila-bila masa dan di mana saja, malah teh
adalah minuman kesihatan orang
Cina.
“Sekarang teh CTea ada di pasaran
sebab diedarkan ke seluruh negara sejak Julai
lalu.
Sebelumnya ia mula dijual sejak Mei
lalu di Sabah.
Jika didapati sambutan
baik, selepas ini kami akan perkenalkan perisa
lain pula.
“Apapun apa saja dalam bidang
perniagaan mesti ada risiko, apatah lagi dalam
produk makanan atau minuman yang ada tarikh
luput.
![]()
Semua itu saya sudah tahu.
Insya-Allah.. dengan sokongan keluarga dan rakan
di syarikat, kita akan berusaha sebaik mungkin
dan berharap peminat mendoakan saya,” katanya
sambil menjelaskan syarikatnya, Siti Nurhaliza
Marketing Sdn Bhd kini turut mengeluarkan produk
berupa mug, topi, baju T dan payung dengan label
“See-T” khususnya dijual sewaktu konsert serta
acara promosi.
“Untuk jangka masa
panjang, saya merancang membina resort sendiri
bagi tujuan perniagaan pelancongan,” katanya
sambil menjelaskan kerjaya seni dan perniagaan
kini menjadi keutamaan yang diberikan perhatian
seimbang.
Siti kini berada di Indonesia
untuk konsertnya yang berlangsung di kota
Jakarta hari ini (12 Disember), seterusnya 19
Disember ini mengadakan persembahan di Makasar
dan Kalimantan pada 26 Disember.
Penyanyi
yang bakal mencapai usia 26 tahun pada 11
Januari ini juga mengesahkan konsert solonya di
Royal Albert Hall, London akan berlangsung pada
1 April depan.
“Konsep persembahan untuk
konsert ini nanti sudah saya fikirkan, kalau
boleh saya mahu berikan lagu berbeza, tidak
boleh berharap pada lagu pop sebab di sana
penyanyi pop lagi cekap.
Memang saya
berdebar untuk konsert solo ini terutama
memikirkan persiapannya. Sudah tentu juga saya
akan bawa lagu Inggeris dan lagu tradisional
kita,” katanya yang mengesahkan menerima surat
daripada penganjur konsert itu minggu
lalu.
Siti menjelaskan sidang media
konsert itu akan diadakan tidak lama lagi bagi
memberitahu segala butiran
mengenainya.
“Saya sendiri tidak pernah
lagi masuk ke dewan itu. Apapun saya boleh
sahkan kami sudah terima surat untuk konsert
saya itu dan konsert ini akan dijual tiket. Saya
harap konsert ini nanti dapat tarik orang luar
terutama mereka yang bukan dari Malaysia. Saya
harap orang Malaysia yang tinggal di London
boleh mengajak rakan mereka untuk menonton
konsert ini nanti,” katanya.
bi-pop
online - 12th dec 04 |