Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Pembiakbakaan]

Pembiakbakaan merupakan satu lagi cara meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Teknik pembiakbakaan melibatkan kacukan antara dua jenis tanaman atau ternakan yang mempunyai ciri baik yang terpilih. Anak yang dihasilkan akan mewarisi ciri baik induknya. Contohnya, kelapa sawit Tenera yang dihasilkan melalui kelapa sawit Dura dan kelapa sawit Pisifera. Selain itu, beras puteri yang dihasilkan dengan beras Mahsuri Malaysia dengan beras Thai Khaw Dawk Mali. Pembiakbakaan haiwan seperti kambing tempatan yang kaya dengan susu dengan kambing Jumnapari dari India yang bersaiz besar juga dilakukan di Malaysia.