Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Can Maha..thir make the spirit of reformasi fade away..?

(dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda
 dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat)

PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, 
tiga laki-laki tiga
perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 
di Kampung Klang Gate. 

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama 
lebih dari mencukupi umur enam
tahun sudah membaca Koran dengan baik dan 
sudah tahu bersembahyang. Boleh
menulis dan  membawa jawi dan dapat melancar 
pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank 
sebagai kerani dan pegawai bank
dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan 
itu dan menubuhkan sharikat
sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman 
bank yang banyak dia 
telah menjelajah ke London, Australia, 
Tokyo dan (tidak terang). Lain-lain
tempat. Sebenarnya business belum diuruskan 
dengan baik. Dengan sikapnya yang
angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan 
mewah seperti mercedes,
Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam 
satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah 
ada ada risik dari
mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang 
masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya 
yang aggeresive begitu
menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, 
riak, takbur,pembohong, penipu. 

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. 
Kelang Gate Setapak KL. 

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang 
sulong dan memberi nasihat
kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan 
warisan zuriat Umi Hafilda
dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat 
dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar 
dengan nama samaran jiran yang bersimpati. 

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya 
yang berada dalam tiga bilik di rumah ini. 

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah 
kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalid Jafri 
untuk dijadikan buku 50
Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja 
fitnah ini dibiayai oleh Daim dan
Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi 
orang perantaraan. 

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. 
Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang 
menyerang di rumah ini. Surat-surat bank
dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa 
pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 
kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. 
Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan 
disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut.
Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari 
rumah berbulan-bulan
lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi 
tidak diindahkan 

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi 
pada 20.2.1998 dalam masa
beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan 
kepada ibunya hingga
membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga 
terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai 
sepuluh hari sebelum
rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan 
Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan 
dunia seluruhnya
hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat 
kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan 
kakak iparnya hingga
mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya 
mehmed Azmin setiausaha
Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat 
dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan 
buat laporan polis di
Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah 
masuk biliknya dan
mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut 
serta mendakwa abangnya
Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak

membunuhnya. 

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak 
datang menyiasat kes
tersebut serta seorang Juru gambar. 

Catatan Haji Ali bin Omar

18.10.98

KEMBALI KE ASAL!