Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
              Tomboy, pengkid dan lesbian
         mencabar kaum LELAKI!

  Rasanya golongan yang membawakan imej mirip lelaki ini ada di mana mana, di seluruh dunia. Sekiranya lelaki mirip perempuan terkenal dengan gelaran 'pondan', 'maknyah' dan gay, perempuan yang ingin menjadi lelaki pula digelar dengan gelaran 'tomboy', 'pengkid' dan 'lesbian'. Biarpun panggilan berbeza namun ia tetap menjurus suatu arah seseorang yang cuba menampilkan imej yang bertentangan dengan jantina dirinya sendiri! Selain it, keduanya terlibat dalam cinta songsang atau cinta kaum sejenis!
  Pengkid dan tomboy merujuk kepada gadis yang berpenampilan mirip lelaki. Tapi masih terdapat perbezaan antara keduanya. Gadis itu dianggap tomboy mungkin kerana gaya berpakaiannya yang suka memakai jeans dan T shirt, bertopi, berambut pendek serta berkelakuan kasar. Namun begitu, kadangakala di sebalik personaliti itu, masih terselit kelembutan seorang wanita dan masih lagi menaruh minat kepada lelaki! Kasarpun jiwa mereka masih keperempuanan. Berbeza dengan golongan yang dipanggil 'pengkid' ini. Mereka juga berpenampilan lelaki tapi sifat 'kejantanan' mereka lebih teserlah malah ada yang merasakan diri mereka benar benar seorang lelaki sejati!
  Dan apabila ditanya, mereka mengatakan perbezaan pengkid dan tomboy ialah dari segi naluri. Bagi pengkid, kecil lagi mereka dan merasakan bahawa mereka ini seperti lelaki. Mereka bukan sengaja membentuk dan memupuk perasaan ingin menjadi lelaki. Tapi ia sudah ada sejak dulu. Mereka seolah merasakan diri mereka seperti lelaki sejati. Bahkan penampilan mereka memang mirip lelaki sejati. Sekali imbas memang tak dapat dibezakan langsung!

   Sebab itulah mereka juga dianggap saingan kepada lelaki! Manakala bagi golongan tomboy, selalunya mereka berpenampilan begitu kerena mereka ini aktif bersukan. Sebab itu mereka nampak kasar namun dari segi perasaaan, tetap sama seperti perempuan. Manakan bukan semua pengkid yang aktif dalam sukan tapi penampilan mereka memang lasak dan kasar.
  Menyentuh dari segi imej, memang tidak begitu terdapat perbezaan imej seorang tomboy dan pengkid. Keduanya menampilkan imej jeans dan t shirt, berambut pendek serta berkelakuan kasar. Nanum jika diteliti dengan lebih mendalam, ternyata ada perbezaannya. Imej pengkid lebih macho!!
   Menyentuh soal lesbian, sebenarnya ia bukan sekadar bagi remaja berimej lelaki saja. Malahan ramai gadis yang berpenampilan gadis yang lemah lembut tapi sebenarnya lesbian. Ini kerena mereka cenderung untuk meminati kaum sejenis mereka! Memang orang tamai tidak akan perasan

untuk meminati kaum sejenis mereka! Memang orang tamai tidak akan perasan langsung kerana mereka seperti gadis normal yang lain. Siapa pula sasaran mereka? Sasaran mereka tentu sekali perempuan yang mirip lelaki juga! Dalam hal ini, selalunya lesbian wujud akibat daripada perasaan anti lelaki juga!
  Walaupun begitu, tidak adil jika kita semua memandang serong ke arah perempuan yang berimej mirip lelaki. Kadangkala itu hanya sekadar imej saja tapi mereka tetap insan normal- minat mereka tetap pada kaum lelaki! Bahkan ada remaja tomboy yang mengakui bahawa imej itu hanya buat sementara saja. Bila mereka semakin dewasa, mereka akan membuat pertukaran imej! Begitu juga golongan pengkid atau lesbian ini. Mereka tak minta dilahirkan dengan naluri dan perasaan yang dianggap 'songsang' itu. Cubalah fahami keadaan mereka dan usah hanya tahu menghina atau mengejek saja kerana itu semua hanya akan memburukkan lagi keadaan.

 

Artikel dan gambar telah diambil daripada majalah REMAJA keluaran 15 Jan 2002.