Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang Ke Laman Web Pool Untuk Wanita

Laman web ini adalah yang pertama dalam versi bahasa Melayu. Ini kerana Pool adalah permainan yang jarang dimainkan oleh wanita.Tetapi untuk mereka yang

berminat dengan sukan " indoor " ini, laman web ini dapat memberi anda info mengenai permainan Pool ini.

 

Sekiranya anda sudah terlebih dahulu mempelajari permainan ini,kami mempunyai tips untuk anda agar anda dapat menjadi pemain yang handal. Permainan ini tidak terhad untuk lelaki sahaja malah terbuka untuk wanita.

Wanita yang pandaibermain pool ini kemungkinan dapat mengisi kekosongan pemain Pool dan Snooker wanita negara.Walaupun permainan ini agak tidak feminin, tetapi

anda masih boleh mengekalkan keperempuanan.So for those girl out there, jangan takut untuk mempelajari permainan yang menarik ini !

Mungkin untuk sesetangan wanita, permainan ini umpama permainan judi atau " gambling ". Tetapi sekiranya anda tidak berniat untuk berjudi, ia adalah sesuatu yang baik.

Jadi tak perlu risau duit anda "melayang". Sekiranya anda ingin bermain secara serius, kami boleh memberi info bagaimanauntuk mengyakinkan anda.

Permainan pool adalah langkah permulaan dalam pengenalan permainan snooker. Kerana meja yang kecil lebih mudah bermain berbanding meja besar.

Oleh itu, usah khuatir. Sekiranya anda ingin menjadi pemain snooker, inilah masanya untuk mempelajari asas snooker.

Semoga berjaya !!!