Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook
.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash" type="application/x-shockwave-flash" width="103" height="24" bgcolor="#CE30FF">

Menu Utama

Design By
Mohd Jufree

 

 

KILANG BELACAN ,
KG. LAUT,
89600 PAPAR,
SABAH.

Sabah dikurniakan dengan sumber-sumber perikanan yang sebahagiannya masih lagi belum diterokai sepenuhnya. Sumber-sumber yang telah diterokai adalah bagi tujuan sumber makanan dan juga sumber bahan mentah bagi industri pemprosesan dan akuakultur. Sabah telah mengeksploitasi sumber-sumber tersebut secara komersil sejak awal tahun lapan pulohan. Bagaimanapun, industri-industri akuakultur dan pemprosesan bermula kemudian.

Dalam Tahun 70an, Kg. Laut telah menjadikan Udang Jeragau ( Bubuk ) menjadi sumber utama penengkapan untuk dijadikan Belacan. 100% penduduk Kg. Laut mengusahakan Pemprosesan Belacan dengan cara tradisional. BELACAN TUMBUK adalah satu produk yang kini dipasaran sejak lebih 30 tahun yang lalu. Diusahakan secara tradisional sejak dahulu lagi. Dan kini dikormesialkan secara meluas namun kaedah penghasilannya secara tradisional masih dikekalkan sehingga kini bagi menjamin mutu & kualiti.Tidak mengunakan sebarang pewarna, ini menjadikan BELACAN TUMBUK terus kekal dalam keadaan aslinya. Apabila digunakan BELACAN TUMBUK tidak mengeluarkan sebarang warna dan kekal putih dalam keadaan udang yang tulin.

Hasil Tangkapan Penduduk
Tempat Penyimpanan Udang Jeragau ( Bubuk ) Tong / Tempayan
Tempat Peram Udang Jeragau ( Bubuk )
Udang Jeragau ( Bubuk )
Di simpan kedalam Tong / Tempayan
Di adun dengan Garam
Di jemur sehingga Kering
Udang Jeragau ( Bubuk ) sedang di tumbuk menggunakan alat tradisional
Terhasil lah Belacan