Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Bank Islam Mesti Diselaamatkan

Ahmad Hadeed

Bekas Yang Dipertuan Agong Turut Termenung

Ummat Islam terkejut dengan berita kerugian terkumpul Bank Islam yang berjumlah RM 480 juta dengan jumlah hutang tidak berbayar sebanyak RM 1.16 billion atau RM1,1600 juta. Kebanyakan dari pinjaman tidak berbayar ini di keluarkan oleh the anak syarikat nya Bank Islam (Labuan ) Ltd atau BILL dizaman Dr Mahathir . Melihat keadaan yang teruk maka pihak pentadbiran Bank Islam membuat rombakan drastik dengan menukar BILL kepada Bank Islam Labuan Offshore branch (BILOB) pada December 2004 dan mengenakan langkah kawalan yang lebih ketat namun 'damage has been done ' oleh pihak management BILL dahulu dalam menyalahgunakan asset dan reputasi Bank Islam untuk jangka masa panjang.

Perkara yang amat pelik berlaku ialah mengapa pada zaman meleset ekonomi dahulu , semua bank diarah bergabung melainkan Bank Islam yang dianggap umum sebagai tidak mempunyai NPL atau non performance loan. Jelaslah ada tangan tangan yang cuba menyembunyikan sesuatu dari pihak awam. Adakah Bank Negara sengaja menyembunyikan hal ini dari perhatian ramai atau ada orang yang mengarah Bank negara dan Bank Islam supaya Bank Islam tidak didedahkan NPL dan kelemahan dan penyelewengan yang ada dalam management Bank Islam. Mungkin juga ada orang politik yang cuba menahan dari tanah mereka dilelong atau ada penyelewengan dari segi kelulusan duit Bank Islam yang majoriti di simpan oleh ummat islam .Mungkin juga ada orang politik yang sanggup mendedahkan Bank Islam kepada risiko kewangan demi untuk menaikan nama politik seseorang , Memberi hutang kepada syarikat asing yang tidak diketahui dari segi profitablity nya akan menyebabkan Bank Islam menghadapi risiko pada cash flow nya pada masa jangka panjang. Semua ini perlu diselidiki oleh Bank Negara , audit dan Jabatan Perdana menteri bagi tujuan memulihkan public confidence terhadap transparency dan public confidence.

Sebenarnya urusniaga di dalam negeri menguntungkan dan BankIslam mendapat sambutan hangat dari ummat islam memandangkan turnover pada June 30 2005 ialah RM1.075 billion melonjak dari RM 866.639 juta sebelumnya. BankIslam merupakan bank yang dipercayai ramai dari segi shariah dan state of the art dari segi technology dengan internet banking nya. Perkhidmatan nya mesra dan kredit kard nya amat popular dan disenangi oleh muslim dan non muslim . Oleh itu boleh dikatakan bahawa kerugian Bank Islam bukan kerana technology dan penerimaan orang ramai tetapi kerugian Bank Islam adalah kerana penyelewengan diperingkat mereka yang bertanggung jawab meluluskan international loan yang berbentuk political yang tidak sanggup diterima oleh bank lain tetapi dipaksa diatas Bankislam untuk menaggung risiko nya. Memang lah melabur di South Afrika untuk menyuntik modal pada Nelsom Mandela ( kawan Mahathir masa itu) adalah perkara yang menguntungkan dan meng'glamour'kan. Tambah tambah pula ada orang yang berura ura untuk menjadi Pengerusi OIC dan Setiausaha PBB.

Kita tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi asset Bank Islam ialah asset hasil simpanan ummat islam dan menjadi kewajipan bagi Bank Negara , Bank Islam yang lain dan Kerajaan malaysia menyelamatkan Bank Islam dari dipandang rendah oleh financial intitution seluruh dunia yang sudah begitu yakin dengan pembankan islam .

Bank Islam juga mesti lah menekan aspek Human resource developement dan integrity management untuk kakitangannya. Walau pun sudah baik namun kalau dibandingkan dengan staff bank conventional yang lain , personel Bank Islam kelihatan tidak kemas dalam berpakaian , slow dari pergerakan dalam office dan lesu . Mungkinkah culture ini terlepas pandang oleh pihak atas atau pihak atasan sibuk mengatur strategi untuk menyalah gunakan asset bank islam ,,saya pun tidak pasti. Yang pasti BankIslam mesti bangkit semula dari kemelesetannya.

Di antara langkah yang boleh dibuat untuk 'turnaround ' loss kepada profit adalah

1. Melantik Royal Commision untuk menyiasat punca kerugian 'islamic financial icon ' negara yang bernama Bank Islam dari segi salah laku dan penyelewengan samaada aspek politik atau pertadbiran. Bank Islam sebenarnya salah satu flagship kewangan islam negara dan OIC.

2. Bank Negara hendaklah jangan lepas tangan dalam hal ini kerana bukan hanya Bank Islam yang menanggung rugi malah BankNegara dan Malaysia akan turut jatuh imej kerana gagal memberi early warning system pada bank yang akan menhadapi masaalah saperti Bank Islam. Kalau Bank Negara boleh enforce merging kepada local bank dan kerajaaan melantik Khazanah Raya untuk menolong bank lain , mengapa tidak perkara sama dihulur kepada Bank Islam yang tenat akibat kegagalan menanganinya semasa krisis melanda .

3. BankIslam mesti lah memulihkan keyakinan penyimpan dan share holder dengan meyakinkan rakyat bahawa kakitangan nya bersih , terlatih , cekap dan amanah.

4. memastikan bahawa sebarang merger dan capital funding mengikut shariah dan tidak menjejaskan penguasaan ummat islam malaysia keatas dasar dan halatuju BankIslam demi perancangan masa depan Bank Islam

5. Bank Islam yang lain mestilah sama sama menolong dalam semangat setia kawan industry dengan memiliki share demi kesuburan institusi islamic banking yang akan dimenafaat bersama.

5. Bank islam mestilah memecat mereka yang tidak amanah, tidak eficient , tidak berdisiplin dalam management dan menukar board of director yang dipengaruhi oleh politik bukan nya busineess.

6. Ummat islam mestilah terus setia dengan bank islam demi memberi sokongan kepada perancangan strategik ummat untuk keluar dari kongkongan bank non islamic.