|
SEJARAH SEKOLAH

SMTMS pada tahun 1993
Fasal 1
-
Proses pembinaan Sekolah
Menengah Teknik Vokasional bermula pada 4 hb. Julai 1989 di dataran kaki
Bukit Ridan dengan kawasan seluas 54 ekar dan kos pembinaan sebanyakl 18.8
juta. Pembinaannya mengambil masa selama 104 minggu. Pada 19 Disember
1991, bangunan ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan.
-
Sekolah Menengah
Vokasional Muadzam Shah, telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 1993
dengan bilangan pelajar pertamanya seramai 179, iaitu 149 pelajar aliran
Vokasioanl dan 30 orang pelajar aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Kursusnya ialah Binaan Banmgunan untuk pelajar Vokasional dan pemasangan
paip serta pembuatan perabut untuk SKM.
-
Jumlah guru dan staf
sokongan pada tahun pertama beroperasi ialah seramai 37 orang. Kakitangan
Akademik dan Teknikal seramai 28 orang dan kakitangan pentadbiran seramai
9 orang. Pengetua pertama ialah En. Azizi b. Lin (1992 - 1995) dan En.
Mohd Yusof b. Hj. Hassan sebagai GPK Ko-Kurikulum.
Fasal 2
-
Pada tahun 1997, sekolah
ini telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah.
Proses naik taraf ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak 5.8 juta dan
siap sepenuhnya pada tahun 2000. Pada tahun 1997 pengambilan pelajar
aliran Teknik seramai 142 orang sementara aliran Vokasional seramai 149
orang. Jumlah keseluruhan pelajar ialah 336 orang. Jumlah guru pula
seramai 44 orang. Pengetua kedua ialah Tuan Haji Ahmad Ibrahim (1997 -
1999). GPK 1 ialah En. Mohd Fadillah b. Yusoh dan En.Mohd Yusuf bin Hassan
sebagai GPK HEM.
Fasal 3
-
Pendidikan ialah
sebahagian daripada agenda penting negara khususnya dalam usaha menjana
pembangunan, serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk itu
SMTMS telah berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Di
bawah pimpinan pengetua Pn. Hajjah Rokiah bt. Hj. Mat Yaman dibantu GPK 1,
En. Ahmad Syukran b. Mohamad dan GPK HEM, En. Mohd Yusof b. Hassan dan
guru-guru kanan iaitu, En. Mohd Husin b. Abdul Rahman (Guru Kanan Teknik
dan Vokasional), Puan Hajjah Lazuarny bt. Djaffar (Guru Kanan Bahasa),
Ustazah Masni bt. Ngah (Guru Kanan Kemanusiaan), En. Rashidib. Isa @ Elias
(Guru Kanan Matematik & Sains), En. Abu Bakar b. Lambak (Ketua Bengkel)
serta guru-guru , staf sokongan dan pihak-pihak swasta SMTMS telah menempa
pelbagai kecemerlangan dalambidang ko-kurikulum di peringkat daerah
hinggalah ke peringkat kebangsaan. Pelbagai usahatelah dibuat untuk
memantapkan lagi peribadi insan. Usaha mewujudkan sekolah dalam taman yang
indah, asrama yang harmonis dan ceria, serta berupaya melahirkan generasi
berketrampilan, merupakan matlamat jitu setiap pendukung wawasan SMTMS.
|