-
-
-
- Sebenarnya
khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman
Allah s.w.t:-

- yang bermaksud
Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu
orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya[Surah
Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
- "Peliharalah
segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh)
dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah
: ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang
akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding
dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu
dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang
lain. Firman Allah lagi:-

- yang bermaksud
: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah
Al-Ma'un : ayat 4-5]
-
- Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang
mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih,
kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi
s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan
bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana
yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.
"Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang".
serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang
ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk
itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang
khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh
setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
-
- 1. Menjaga
makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya
datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
-
- 2. Agar pemikiran
tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat
hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir
dan perlulah dijadikan yang terbaik.
-
- 3. Mendirikan
sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak
gopoh apakala masa hampir luput.
-
- 4. Membaca
dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti
bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu
terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum).
Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna
yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi
(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan
sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,
rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat
dan amal kita.
-
- 8. Hati diajak
hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati
dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan
dengan solat.
-
- 9. Membesarkan
Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
-
- 10. Menggunakan
sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
-
- 12. Mengambil
wuduk dengan sempurna.
-
- 13. Mengurangkan
pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak
jari.
-
- 14. Azan dan
iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian
ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
-
- 15. Ditegah
bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni,
bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang
lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
-
- Walau apapun
syarat khusyu yang paling utama ialah kemantapan iman dalam
diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali
Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk
di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang.
Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang
payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan
bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia
belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah
SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji
dan mungkar.
-
- Apabila lalai
ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa
gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi
bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog
dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali
k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut
panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al
Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala,
tapi khusyuk itu dalam hati."
-
- Kesimpulannya
orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah
hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh
rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman
Allah yang bermaksud:
- "Jadikanlah
Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian
itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni)
orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah
: ayat 45-46].
|
|