Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengenalan

Kertas mempunyai sejarah selama 4000 tahun. Kertas dicipta oleh manusia untuk mendapat permukaan untuk menulis.Orang Mesir telah menggunakan rumput papyrus untuk membuat kertas. Orang Perancis telah menggunakan kain terpakai untuk membuat kertas. Mereka telah mencari pokok untuk mengantikan penggunaan kain untuk membuat kertas. Bandar Miri merupakan salah sebuah bandar di negeri Sarawak. Bandar Miri mempuyai matlamat yang besar, iaitu menjadi Bandar Pelancongan pada tahun 2005. Masalah utama yang perlu di selesaikan ialah tempat pelupusan sampah di Kuala Baram, Miri. Menurut kajian yang dijalankan, penduduk Miri membuang sebanyak 0.72 kg sampah setiap hari. 20% daripada sampah yang dibuang adalah barangan buatan kertas. Jikalau sampah kertas dikitarsemulakan, maka sampah di tempat pelupusan sampah akan berkurang. Oleh itu, pihak MPM berusaha menggalakkan orang ramai menyertai kempan kitar semula.

<<[Previous]  

  [Next]>>