sEmBaNg - sEmbAnG pSaL IrC
Scripting adalah salah satu perkara yang amat saya sukai. Secara tidak langsung ia mengajar saya
memahami konsep programming lain seperti Pascal, C, Delphi, dan sebagainya kerana ia
menggunakan konsep yang sama sebagai contoh looping, array, if-then-else dan lain-lain, walaupun ia
menggunakan sintaksis yang berbeza.Sebab lain saya menyukai scripting ialah kerana ia membenarkan kita mengawal sesuatu.
Menjadikan kita 'Superior' dan ia sentiasa berkembang. Oleh itu banyak benda baru boleh dibuat
disamping berlumba dengan 'scripterz' lain untuk membuat script yang terbaik daripada yang terbaik.Terdapat pelbagai jenis scripterz di Malaysian ini khasnya berdasarkan pemerhatian saya selama 6
tahun. Walaubagaimanapun, saya akan bercakap mengenai chatters kerana scripters juga adalah
chatters. Oleh itu saya akan bercakap secara umum.Chatterz ini terdiri dari beberapa golongan. Dibahagikan mengikut sifat mereka walaupun mereka ini
terdiri daripada taraf hidup yang berbeza.Golongan-golongan itu adalah :-
Golongan
Ciri-ciri
Merpati
Golongan ini main IRC hanya untuk mengisi masa lapang dan suka-suka.Lazimnya mereka ini telah ada komitment dengan seseorang, oleh itu sekiranya ada yang cuba mengorat, mereka ini buat tidak tahu sahaja.
Parasit
Golongan ini main IRC hanya untuk merosakkan orang lain. Lazimnya golongan ini adalah lelaki. Mereka akan cuba memasang kaki sebanyak mungkin muntuk memuaskan nafsu atau mengikis wang ringgit.
Anfibia
Golongan ini pula adalah golongan orang orang yang hipokrit. Didalam IRC merekalah yang terkuat, tahu segalanya, bengis, dan macam-macam lagi. Tapi apabila jumpa diluar IRC, humang aii... sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya melainkan tersipu-sipu malu.
Monitor-Head
Golongan ini lazimnya adalah pekerja-pekerja cybercafe. Mereka dapat duduk didepan komputer selama 15 jam tanpa henti hanya berbekalkan sekotak rokok. Kadang-kadang sampai tidur diatas keyboard. Bayangkan jika mereka kerja di pejabat. Berapa banyak 'overtime ' yang mereka dapat?
Pump-Gun
Mereka ini adalah mereka yang gemar kepada 'war'. Pantang di kick atau dicabar. Siaplah sesiapa yang kena tu. Kalau tidak kena 'Flooding Services', 'Excess Flood' ler jawabnya.
Heart-Breaker
Golongan ini paling mudah didekati. Lazimnya perempuan yang baru putus bercinta. Masa ini mereka mudah terima orang lain asalkan dapat mengisi kekosongan yang selama ini diisi oleh bekas pakwe yang pergi dengan orang lain. Awas kepada golongan ini, kalau frust tu cari ler alternatif yang lain. Kalau dah terkena nanti lagi susah.
Sebenarnya banyak lagi golongan yang tidak dapat saya sebutkan kerana golongan ini sedikit
bilangannya dan mungkin akan menyentuh 'team-team' tertentu. Oleh itu lebih baik saya terangkan
secara umum sahaja.Ramai chatters telah bertanya kepada saya, soalannya begini " Dimanakah saya boleh belajar
membuat script dalm Bahasa Melayu sebab saya tidak tahu Bahasa Inggeris ". Sebenarnya tiada lagi
inisiatif untuk membuat laman web yang mengajar untuk membuat script dalam Bahasa Melayu
kerana ada beberapa sebab. Contohnya, scripting ini adalah suatu tajuk yang luas. Jika semuanya
hendak diterangkan disini, maka 2 jam nanti baru habis loading page. Terlalu banyak arahannya. Sebab
kedua pula adalah, para scripters ingin menunjukkan bahawa sekiranya mereka boleh belajar tanpa
apa-apa rujukan terutama dari Bahasa Melayu, mengapa anda tidak mampu membuatnya? Ada
sesetengahnya Bahasa Inggeris dalam SPM pun dapat 9 (Gagal).Yang penting disin