Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

Antara rumah berhantu yang terkenal ialah milik Lord dan Lady Townshend yang diwarisi secara turun temurun di Norfolkshire, England.
Rumah yang diberi nama Raynham Hall juga dikatakan dihuni oleh hantu penunggu yang digelar "Brown Lady" yang dikatakan sering kelihatan sekitar 1835.  Ia sering dilihat turun dan menaiki tangga rumah berkenaan.

Pada 1926 kedua-dua anak Lord dan Lady Townsend bersama seorang sahabat mereka juga mendakwa melihat hantu berkenaan.   Ia juga dikatakan dilihat secara berulang kali pada sekitar 1965.

Pada 19hb September 1936 dua orang jurufoto telah ditugaskan oleh Lord dan Lady Townsend bagi merakam beberapa siri foto Raynham Hall. Pada lebih kurang jam 4 petang dan pada masa jurufoto2 itu mengambil gambar tangga didalam rumah tersebut salah seorang dari mereka iaitu Indre Shira tenampak suatu bentuk tubuh dalam bentuk kabut turun dari tangga tersebut.

Beliau terus berteriak kepada sahabatnya "Cepat! Cepat! Ada sesuatu! Kau dah sedia!?" (Quick, quick, there's something! Are you ready?).  Tanpa mengetahui apakah yang dilihat atau yang dimaksudkan oleh Indre beliau terus mengambil gambar tangga berkenaan. Walaupun Indre cuba menjelaskan kepada sahabatnya tentang apa yang dilihatnya, beliau cuma ditertawakan oleh sahabatnya.   Keesokan harinya apabila gambar siap dicuci kedua-dua mereka terkejut kerana mereka telah merakam suatu objek aneh yang tidak sepatutnya berada di dalam photo berkenaan.

Gambar ini dikenali sebagai "The Brown Lady of Raynham Hall" dan photo berkenaan amat terkenal hingga hari ini.



Gambar ini kononnya di ambil di suatu majlis perkahwinan.  Selesai gambar dicuci kononnya
terdapat satu objek paling hadapan dan yang kelihatan hanya rambut sahaja.

Berkemungkinan ini merupakan gambar yang disunting  menggunakan perisian grafik
komputer.  Malangnya orang yang melakukan suntingan tersebut bukan seorang yang
mahir. Perhatikan kecacatan yang terdapat pada objek bahagian belakang
"hantu rambut" berkenaan.  Jelas ia menunjukkan satu grafik komputer
yang disunting dan kemudian disebarkan.



"Kabut Berwajah Hantu" Sekali imbas ia kelihatan seperti kabut. Namun
semasa gambar ini diambil kabut tersebut tidak berada di situ. Anehnya
kabut tersebut berbentuk wajah suatu makhluk.

Gambar ini diperolehi daripada Sahlawati Mustapha yang memperolehi
gambar ini daripada sahabatnya iaitu Mohamad Nasir Hamzah (kiri di dalam gambar)

Tempat kejadian adalah di Tugu Peringatan Robin Hood, Nottingham, England



Gambar di atas merupakan satu gambar yang disebar melalui email yang dikatakan gambar seorang gadis yang telah mati dirogol dan dibunuh.

Perhatikan gambar tersebut dengan teliti.  Ia mempunyai warna-warna seperti hijau muda, merah dan cyan.  Warna tersebut merupakan warna asas digubah khas untuk memberi kesan 3D apabila kita  "kacamata 3D" (iaitu kacamata yang pernah dikempen oleh TV3 Malaysia satu masa dahulu).

Dengan perisian grafik komputer imej wanita tersebut telah disalin dan "ditampal" pada satu imej komputer yang lain seperti di bawah. Gambar ini  pernah disebarkan melalui email yang mengatakan kononnya jurugambarnya telah mati kerana terkejut dan orang yang berada di dalam gambar bersebelahan "hantu gadis dirogol dan dibunuh" itu dikatakan berada dalam keadaan koma, padahal ia adalah satu gambar superimpose yang menggunakan dua imej iaitu gambar di atas dan satu gambar lelaki di bawah.

Gambar di atas ini dicetak dan dibuat salinan fotostat dan disebarkan sehingga menyebabkan suasana beberapa buah sekolah di Taiping, Perak menjadi tidak tenteram disebabkan ada murid-murid sekolah yang enggan ke sekolah kerana ketakutan.

Beberapa pengunjung halaman web ini juga ada memberitahu saya terdapat juga beberapa buah kedai di Perak yang menjual gambar tersebut dalam bentuk kepingan photo.



Gambar ini dikatakan diambil oleh seorang jemaah haji ketika mengambil gambar di Gua Hirak.  Ketika gambar di ambil tidak ada apa yang muncul di hadapan kamera melainkan batu-batan.  Tetapi setelah gambar dicuci barulah imej makhluk ganjil ini muncul.

Berbagai nama diberi terhadap makhluk ini, ada yang memanggilnya Jin Gua Hirak, Hantu Gua Hirak, Penunggu Gua Hirak, Jembalang Gua Hirak, Syaitan Gua Hirak dan bermacam-macam lagi gelaran.



Bukan seorang yang mengirim gambar ini kepada saya, tetapi ramai.  Ada juga yang menghantar dan mengaku mengambil gambar ini dan mendakwa ada menyimpan negatifnya.  Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan. Namun semua cerita yang diceritakan oleh pengirim, semuanya hampir sama.

Ia dikatakan diambil oleh pelajar UiTM yang  menggunakan kamera yang boleh mengambil gambar dalam gelap dan hanya memerlukan bantuan sedikit cahaya.  Lokasi gambar diambil juga berbagai-bagai, ada yang mengatakan di UiTM Shah Alam, ada yang mengatakan di sebuah lebuhraya dan yang paling ramai sekali mengatakan ia diambil di UiTM Shah Alam.

Menurut salah seorang yang mengirim gambar tersebut kepada saya mengatakan sepatutnya ada tiga orang yang cuba bergambar.  Ketika gambar diambil tiada siapa melainkan ketiga-tiga mereka itu tetapi setelah gambar siap dicuci terdapat lembaga berwarna putih yang merupakan lembaga seorang wanita sedang berdiri yang mengakibatkan gambar ketiga-tiga mereka tidak kelihatan.  Apa yang jelas dalam gambar tersebut adalah lembaga wanita yang seperti memegang sesuatu dan ada yang mengatakan ia mendukung bayi.



Anak panah menunjukkan objek yang tidak sepatutnya berada di situ (jika tidak hendak dikatakan hantu).

Khabarnya gambar ini datang dari satu keluarga yang dalam perjalanan menaiki kereta. Ketika bayi itu menangis salah seorang daripada penumpang di dalam kereta itu telah mengambil gambar dengan tujuan bayi berkenaan akan berhenti menangis.

Setelah gambar siap dicuci ada sesuatu di luar tingkap kereta.  Ianya objek berbentuk seperti manusia berkelubung seluruh tubuh.

Tempat kejadian adalah di Ulu Yam, Selangor.

 


Universiti Teknologi Malaysia, All Right Reserved®

 

Adminstrator (alan@utmkl) : angahnet@yahoo.com