01. Dari Maawiyah r.a ,Dari Rasulullah s.a.w bersabda : Barang siapa yang
dikehendaki Allah dengan kebaikkan dia diberi faham dalam agama, sesungguhnya
aku hanya menyampaikan dan Allah yang memberi, dan selagi umat ini kekal
berpegang kepada Allah selama itulah orang yang berlawanan (menentang) dengan
mereka tidak akan dapat merosakkan mereka sehingga dikehendaki Allah
02. Dari Anas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak sempurna iman seseorang
kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia kasih akan dirinya
sendiri.
03. Dari Mas`ud r.a katanya : Aku bertanya Rasulullah s.a.w : Apakah amalan yang
paling disukai oleh Allah Taala : Jawab Rasulullah s.a.w : Sembahyang dalam
waktunya. Daku bertanya lagi : Kemudian apa pula ? Jawab Rasulullah s.a.w :
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa, Daku bertanya lagi : Kemudian apa pula ? :
Jawab Baginda : Berjihad di Jalan Allah.
04. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa
mengetahui sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka ia akan dikenakan Allah
dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.
05. Dari Abi Yahya Sohib bin Sanan r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Sungguh
pelik apa yang berlaku kepada orang mukmin kerana setiap perkara baginya
semuanya membawa kebaikan, jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar maka
yang dimakin itu juga kebaikan baginya.
06. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, hak seseorang
muslim yang menjadi tanggungjawab seseorang muslim ada lima : Menjawab salam,
melawat orang sakit, menghantar jenazah (ke kubur), menerima jemputan dan
menjawab (mendoakan ketika bersin) kepada orang yang bersin.
07. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah
tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak pula kepada rupa kamu tetapi Allah
melihat kepada hati-hati kamu.
08. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tiada suatu apa pun
yang menimpa seseorang muslim berupa kesusahan, dan tidak pula kesakitan, tidak
pula kerunsingan dan tidak pula kesedihan dan tidak pula sesuatu yang tidak
sesuai dengan kehidupan sehingga duri yang mencucuk kedalam tubuhnya melainkan
akan dihapuskan dosa daripadanya.
09. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Bukanlah orang yang
kuat itu dengan banyaknya berkelahi, hanya sanya yang kuat itu orang yang dapat
menguasai dirinya ketika marah.
10. Dari Abu Zar r,a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah
dimana sahaja engkau berada dan ikutilah perbuatan jahat itu dengan perbuatan
yang baik, maka kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan
manusia dengan aklah yang baik.
11. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Daku tinggalkan
dikalangan kamu dua perkara kamu perkara kamu sesekali tidak akan sesat selagi
kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, Allah dan Sunnah Rasulullah.
12. Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tidak sempurna iman
seseorang kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada
bapanya, anaknya dan seluruh manusia.
13. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tidak disengat
seseorang mukmin itu dua kali dalam satu lubang.
14. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Iman itu mempunyai
lebih dari tujuh puluh atau lebih enam puluh cabang, yang paling utama ialah
perkataan tiada tuhan melainkan Allah "dan yang paling rendahnya ialah membuang
sesuatu yang menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman".
15. Dari Umar bin Al-Khatab r.a katanya, daku dengar Rasulullah s.a.w bersabda,
sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan basa` seorang itu apa yang telah
diniatkannya, barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya
adalah kerana Allah dan Rasulnya.
16. Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah meredhai
seseorang hambanya itu apabila ia makan sesuatu makanan ia memuji Allah atau
bila ia meminum sesuatu minuman ia memuji Allah.
17. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Tanda-tanda munafik ada
tiga bila bercakap dia akan berdusta, bila berjanji dia melanggar janji, bila
diberi amanah dia akan mengkhianati.
18. Dari Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Perumpamaan orang mukmin
kepada yang lain adalah seperti sebuah bangunan, ia mengukuh antara satu sama
lain, (nabi) merapatkan jari-jari baginda (sebagai contoh).
19. Dari Ibnu Abas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus Ma`az Kiman lalu
baginda bersabda : Hindarilah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya
tidak ada antara doanya itu dan antara Allah s.w.t sebarang benda yang
mendinding.
20. Dari Abu Ya`la Sadad bin Aus r.a, sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang cerdik
ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk
bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang
selalu mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan - angan kepada Allah s.w.t
(berangan-angan untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripadanya tanpa
beramal soleh)
21. Dari Abdullah bin Salam r.a katanya, daku dengar Rasulullah s.a.w bersabda :
Wahai manusia sebarkan salam, berikanlah (kepada manusia) makanan, dan
sambungkanlah silaturrahim, dan sembahyanglah diwakti manusia tidur (tengah
malam) kamu akan masuk Syurga dengan selamat.
22. Dari Abu Hurairah R.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tiada sesuatu kaum
pun yang bangkit dari sesuatu majlis merika tidak menyebut nama Allah didalamnya
melainkan nama seperti bangkit dari bangkai seekor keldai dan bagi mereka adalah
penyesalan.
23. Dari Usman r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Sebaik-baik diantara kamu
ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
24. Dari Ibnu Umar r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Iri hati (hasad) itu
tidak dibenarkan melainkan dalam dua perkara iaitu seorang yang dikurniakan ilmu
Al-QUran dan terus berada dalam keadaan dimasa siang dan malam dan lelaki yang
dikurniakan harta yang banyak dan dia membelanjakan (dijalan Allah) siang dan
malam.
25. Dari Jabar r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Lima kali solat setiap hari
adalaj seumpana sebuah anak sungai yang dalamnya mengalir didepan pintu rumah
seseorang yang mandi lima kali sehari.
26. Dari Abdullah bin Qurti katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Perkara yang
mula-mula akan dihisab keatas seorang hamba dihari kiamat nanti ialah Solat,
jika solatnya baik makan baik seluruh amalan lain, jika solatnya rosak maka
rosaklah semua amalan lainnya..
27. Dari Abu Said Al-Khadri r.a katanya, daku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda : Barangsiapa melihat kemungkaran dihadapannya makan hendaklah ia
mencegahnya dengan tangannya (kuasanya) jika dia tidak berkuasa maka hendaklah
ia mencegah dengan lidahnya, maka jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia
mencegahnya dengan hatinya dan itulah selemah-lemah insan.
28. Dari Abi Sufian Abdullah bin Basir Al-Sulaiman r.a katanya, sabda Rasulullah
s.a.w : Sebaik- baik manusia ialah yang panjang umurnya dan baik pula amalanya.
29. Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Mengikut mayat ke kubur ada
tiga perkara, keluarganya, hartanya dan amalannya, maka balik dua perkara dan
yang tinggal bersama-samanya satu sahaja, yang balik keluarganya dan hartanya
dan yang itnggal bersamanya ialah amalannya.
30. Dari Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Setiap umatku akan masuk kesyurga kecuali yang enggan (tidak mahu) nabi datanya
lagi : Siapakah yang enggan?, Nabi bersabda : Siapa yang taat kepada ku dia akan
masuk syurga dan yang derhaka dialah yang enggan (tidak mahu masuk syurga).
31. Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tidak sempurna iman
seseorang kamu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya seperti dia kasi kepada
diri sendiri.
32. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang
mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sam seperti pahala orang yang
mengikutinya tanpa mengurangkan daru pahala orang yang mengikutinya sedikit pun,
barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti
orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang
mengikutinya.
33. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Hak seseorang muslim
terhadap saudaranya yang muslim ada lima : Menjawab salam, menziarahi ketika ada
orang sakit, mengkuti jenazah ke kubur, menerima jemputan, dan menjawab ketika
dia bersin.
34. Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap orang dari
kamu adalah penjaga, dan setiap kamu akan ditanya tentang orang bawahannya,
ketua adalah sebagai penjaga, seorang lelaki adalah penjaga keatas ahli
rumahnya, dan seorang perempuan adalah penjaga ke atas suaminya dan anak
suaminya, setiap orang dari kamu adalah penjaga, dan kamu akan ditanya tentang
orang bawahannya
35. Dari Aisah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Salat Al Rahim tergantung
di Arash Allah dan ia berkata sesiapa yang menyambungkan daku maka Allah akan
menyambungkannya (memberi rahmat darinya) dan sesiapa yang memutuskannya daku
maka Allah akan memutuskannya.
36. Dari Abdullah bin Al-Aas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Orang Islam
ialah orang yang memelihara orang Islam yang lain dari (perubatan) lidah dan
tangannya. Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang
ditegah Allah.
37. Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya diatas engkau ada hak terhadap tuhan
engkau, bagi diri engkau ada dan bagi keluarga engkau atas engkau ada hak, maka
hendaklah berikan hak hak kepada yang mempunyai hak.
38. Rasulullah s.a.w bersabda : Mendengar dan patuh kepada perintah itu adalah
wajib keatas tip tip seseorang muslim sama ada perkara yang dia suka atau benci
selagi tidak disuruh melakukan perkara maksiat, apabila disuruh melakukan
perkara maksiat, tidaklah boleh didengar dan dipatuhi lagi.
39. Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Sentiasalah bila
bencana menimpa seseorang mukmin lelaki dan perempuan baik dalam dirinya
sendiri, anaknya, ataupun hartanya, sehinggalah ia menemuni Allah di atasnya
tidak ada satu dosa pun.
40. Dari Anas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Tiadalah seseorang pemuda
itu memuliakan orang tua kerana umurnya yang tua melainkan Allah akan menjadikan
baginya yang akan memuliakan juga bila dia tua nanti.
Universiti Teknologi Malaysia, All Right Reserved®
Adminstrator (alan@utmkl) :
angahnet@yahoo.com