.:: Topic : Perasan ::. .::Posted by Shudex ::.

Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

.:: Perasan ::.

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar.Lima enam tujuh lapan...lapan kali! Pun masih belum puas hati.ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah...Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya.Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah.

Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klesss diorang tue? Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi.

Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon! Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!"begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah.

Bagaimana mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu di situlah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-hentidug-dag-dug-dag menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di ibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu.Semuanya menepati seperti rencana asal. Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu.

Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya,Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga.

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar.Lima enam tujuh lapan...lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah di cermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga...

"U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya......

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG...hehe

 

 

.:: Topic :  Mari Ikut Saya!!! ::. .::Posted by Loloq ::.

.:: Mari Ikut Saya!!! ::. 

Ali, seorang jurubina berjaya tetapi mempunya sifat luruih bendul. Suatu pagi di sebuah warung, sedang dia menikmati sarapan pagi, terpandang dia pada seorang wanita yang baru sahaja turun dari sebuah lori. Dia sedikit terpikat pada kejelitaan gadis itu. Sebaik sahaja gadis itu menaiki lori tersebut, Ali dengan tergesa-gesa menaiki keretanya mengekori bontot lori tersebut. Lori tersebut menuju ke sebuah hypermarket terkemuka di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja gadis tadi turun dari lorinya, Ali dengan segera mengikutnya. Gadis itu berasa seolah sedang diekori. Dengan tidak membuang masa, gadis tersebut terus berlari sambil melihat-lihat jika ada pengawal keselamatan di situ. Nasibnya agak baik kerana tidak jauh dari tempatnya, kelihatan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri.

"Tolong saya encik. Ada orang sedang mengekori saya sejak saya sampai ke sini lagi." kata gadis itu sambil menunjukkan jarinya kepada Ali. Ali yang termengah-mengah terus mendapatkan gadis tersebut kerana tidak perasan pengawal itu.

"Hah. apa kena dengan kamu nih? Dah takde kerja lain ke sampai mengejar anak dara orang? Tak tau malu ke?" herdik pengawal tersebut kepada Ali.

"Yang encik marah-marah ni kenapa? Encik nih tak sekolah ke dooloo?" balas Ali.

"Yelah, yang awak mengekori saya dari tadi, apa sebabnya?" jawab gadis itu.

"La, dah awak yang suruh saya ikut, saya ikutlah. Sekarang nak marah pulak? Kalau saya tau macam nih, sumpah saya tak ikut" kata Ali pula.

"Bila masa pulak saya suruh awak ikut saya? Awak jangan nak memandai-mandai. Saya saman awak nanti" herdik gadis itu dengan berani.

"Tuh... apa tuh?" kata Ali sambil menghalakan jarinya ke arah baju gadis tersebut.

Gadis itu tanpa segan silu terus terkekek-kekek diikuti oleh pengawal tadi. Tidak lama kemudian, orang ramai yang mengerumuni mereka juga gamat ketawa. Rupa-rupanya kejadian ini hanyalah disebabkan perkataan FOLLOW ME yang terpapar pada baju gadis tersebut. Setelah dimaklumkan, barulah Ali faham. Ali yang tersipu-sipu, terus beredar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi.

 

 

.:: Topic :  Tipah Terlamau Yang Terlanjur ::. .::Posted by Loloq ::.

.:: Tipah Terlampau Yang Terlanjur ::.

Ada seorang gadis tinggal kat kampung Sungai Ara kat Bayan Lepas..dia tinggal dengan mak nyer sajer.... keluarga lain tak der..tak tau ler pasal aper...budak perempuan nie lak... boleh lar dikatakan cantik gak... suma budak2 kampung tu try nak tackle dia....tapi dia tak layan..sebab dia dah ader boyfriend satu tempat keje... Pastu ader ler satu mamat India nie kat kampung tu dia syok giler kat minah nie.. sampai satu hari tuh dia cakap walau apa pun terjadi...dia tetap nak kat minah nie...

Satu hari mamat nie (dia jual kuih ngan goreng pisang kat simpang kampung tuh) tunggu ler minah nie balik keje... ( budak nie keje kat satu kilang electronik kat Bayan lepas). Bila dia nampak minah nie balik dia tahan ler minah tu...pastu dia bagik kuih karipap ngan goreng pisang kat minah tu..

mula2 minah tu tak ndak..tapi last2 dia amik gak..pasal ader ramai org tengok mamat tuh merayu2 kat dia...dia pun naik segan... bila balik rumah...minah tu pun makan ler karipap yang mamat tu bagiks..bila abis jer dia makan tiba2 dia rasa sakit perut... sakit giler...berguling2 minah tuh atas lantai...Agak agak sakit nya dah reda dia pun turun tangga ...dengan suara terketar ketar ... dia cakap kat mak dia "Mak...sakit perut....." kata minah tuh dengan muka yang agak pucat....Mak dia pun jawap mak dia cakap nak tau apa mak dia cakap??? "Orang sakit perut, tak boleh makan maggie......" bila dia dengar mak dia cakap macam tuh cepat2 minah tuh jawap balik.."Dah baik makkkk"

Sekian,

Cerita ini di taja oleh Mee Maggi,Cepat Di Masak Sedap Di Makan ..

 

 

.:: Topic :  Ehwan dan ayamnya ::. .::Posted by Pak Chot ::.

.:: Ehwan dan ayamnya ::.

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."

Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan.

Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan...?

Kepalanya tak sakit kan ?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

Note: hehe

 

 

.:: Topic :  Notis Penting!!! ::. .::Posted by sAFIeYah ::.

.:: Notis Penting !!! ::. 

Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda Kenali Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan Oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan. Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut. Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya.

Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya. Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah Ini. Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang. Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya

Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat

Mujarab Iaitu : RIDSECT , Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

P/S: Aku pun dah terkena....kikiki...Ingatkan betul tapi.....lawak je....

 

 

.:: Topic :  Dihantui roh si mati ::. .::Posted by Mahadi ::.

.:: Dihantui roh si mati ::.

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut.

Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.

Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.

"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"

kekekekke....

 

 

.:: Topic :  Kisah menyayat hati ::. .::Posted by AdikHapy ::.

.::Kisah menyayat hati::.

Kesian makcik nih..

Satu pagi di stesen keretapi...

Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.

Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??

Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??

Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan...? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye...

 

 

.:: Topic : Awek Cun & Pak Syeikh::. .::Posted by ManTiroid ::.

.:: Awek Cun & Pak Syeikh ::.

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..

Lelaki Inggeris : Sama˛, tapi anda harus membalas budi..

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu..

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..

Lelaki Perancis : Sama˛, tapi anda harus membalas budi..

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu..

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..

Lelaki Arab : Astaghfirullah..

(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

 

 

.:: Topic :  Lawak Suami Isteri ::. .::Posted by puteri_khalifah ::.

.:: Lawak suami isteri ::.

Ada sepasang pengantin baru, mereka telah menjalani malam pertama.

Dan pada malam ke-2, tiba-tiba isterinya sakit gigi di tengah

malam,dan mengerang, " Saaaakiiit, sssssaakiit lagi. "

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Yang,

nanti mak ayah dengar. " ( kebetulan bilik mertua bersebelahan ).

Malah isterinya tambah kuat mengerang, lantas suami menjawab,

"Sudahlah Yang, tahan aje besok baru cabut."

Dengan spontan mertua laki-laki bangun & menendang pintu kamar

pengantin, dan dgn geram berteriak,

"Anak saya boleh mati jika besok baru dicabut!

CABUT SEKARANG JUGA!"

Note: kah..kah..kah

 

 

 

.:: Topic :  Man dan Maknya ::. .::Posted by Anna ::.

:: Man dan Maknya ::.

Mak oo mak.., Man pelik la mak..", jerit Man memanggil-manggil ibunya. "Apa yang pelik sangat tu Man oi", sahut ibunya dari dapur. Man meluru ke dapur bila terdengar suara ibunya . " Mak.. tengoklah ni..", kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang yang berwarna putih kepada ibunya .

"Wah banyak surat ko dapat hari ni Man.. dari sape?", tanya ibunya kehairanan . "Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon kerja .." terang Man. "Hah , habis tu .. surat tu kata apa ?", tanya ibunya dengan wajah yang sedikit ceria . "Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?", tanya ibunya lagi .

"Tak .. ni semua surat yang Man pos 3 bulan lepas .. konon nak mohon kerja sebagai juru auditlah tapi....",kata-kata Man terhenti di situ. Ibunya menggeleng tanda paham . "Ala.. belum ada rezeki la tu Man oi.. janganlah ko risau .. rezeki ada di mana-mana ..yang penting usaha dan tawakal ..". ibunya cuba memujuk . Man termenung memandang ke lantai tanpa sepatah kata . "Kalau ! susah sangat .. ko kerja jer kat kilang sabun tu ..", kata ibunya lagi .

"Mak..Man peliklah ..nape surat ni ada cop KICK ?" ,tanya Man sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul surat . Ibunya kehairanan lalu bertanya , "Eh ..KICK tu maknanya tendang kan Man?". Man hanya mengangguk . "Bak sini bagi mak baca surat kau tu..", kata ibunya lalu mengambil dan mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya . Surat tu bertaip dengan rapi sekali seolah-olah tiada sebarang cela . Ibu Man membaca dari perkara .

PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.

Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di surat khabar. ...................................

2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.

a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan diploma?

b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan syarikat tuan banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?

c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat sikit ...manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni..melepas pulak tuan nanti .

d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah nanti.

e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama stuff lain?

Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian .

P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya.

Yang Benar,

______________

( MAN BIN BAI )

Surat itu renyuk di gen! ggaman ibunya. Man kehairanan lalu bertanya, "Eh .. nape mak renyukkan surat tu?". Ibunya memandang Man dengan geram lalu berkata, "Ini surat mohon kerja hotak ko.. ko ni terencat akal ke? Aku yang tak habis sekolah ni pun tau macam mana nak buat surat mohon kerja..", marah ibunya . Sebelum berlalu ibunya sempat membelasah dan menerajang Si Man sambil berkata , " Ha.. ni baru betul-betul kick..".

 

 

.:: Topic : Kalau sampai Ipoh ::. .::Posted by Izan ::.

.:: Kalau Sampai Ipoh ... ::. 

Suatu hari,seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu

berpesan pada pemandu bas: " Encik ...tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya: " Sudah

sampai Ipoh ke belum? "

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab: " Tidor aje la ...Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai, abang akan kejutkan."

Tapi si anak tidak mahu diam ... Dia pergi ke depan dan bertanyapada pemandu untuk kesekian kalinya: " Pakcik ...sudah sampai Ipoh ke belum? "

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata:

" Belum ...Tidur aja la. Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pakcik pasti kejutkan."

Kali ini,si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di

dalam bas lupa pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh,tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor

Setar

...si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang: " Encik-encik dan puan-puan sekalian, bagaimana ni ...perlukah kita hantar semula anak ini? "

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka

berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh ...si anak dibangunkan: " Nak ...Sudah sampai di Ipoh. Cepat bangun ..." kata si pemandu.

Si anak bangun dan berkata: " Oh sudah sampai ya ...?"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan ...

" Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan ...

" Tidak lah. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!".

 

 

.:: Topic :  Mari Ikut Saya!!! ::. .::Posted by Am ::.

.:: Teka-teki... ::.

Teka-Teki...SEKADAR UNTUK SUKA-SUKA.....

Soalannya adalah seperti berikut...

1.Kalau masuk kandang kambing mengembek, apa nak buat kalau kita masuk kandang harimau?

2.Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?

3.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way,rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu. Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?

4.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?

5.Buta apakah yang boleh nampak?

6.Kalau semua binatang jadik ikan, ikan jadik apa?

7.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?

8.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?

9.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

10.Kenapa idung lembu berair?

11.Burung apakah yang paling penyayang?

12.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?

13.Lembu apakah yang selalu dicari?

14.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?

15.Bom apakah yang tak pernah meletup?

16.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...

fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...

jawapannya adalah seperti berikut...

.

.

.

.

.

.

1.mengucaplah dua kalimah syahadat sebelum kena ngap.

2.ikan sardin cap ayam.

3.tak payah korang pikir camna monyet tu nak

selamatkan dirinya, banyak lagi masalah korang kena

pikir... umpamanya nak bercuti kat ner cuti sekolah

nih.

4.air hitam.

5.buta hati & buta perut.

6.ikan jadik banyaklah.

7.ikan kembung.

8.michael jackson.

9.singapura.

10.lembu tak tahu kesat idung dengan tisu... lagi satu

bau tuan dia (awak)... ahahahaha...

11.burung belatuk... sebab dia bela atuk.

12.motosikal & basikal... sebab dia ada tongkat.

13.lembu yang hilang.

14.kentut.

15.bomba & kuih bom.

16.teksi.

 

 

.:: Topic :  Lawak Iktibar ::. .::Ustaz Rock::.

.:: Lawak iktibar ::.

Saya teringat Kuliah Ust Sheik Ismail Hashim..(kalau tak salah).. Pasal kepentingan Suami Yang Berilmu dalam Membimbing Keluarga. Ada seorang lelaki..dia mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama bernama Hasanah, isteri kedua bernama Aminah...

Maka, walaupun si lelaki ni kurang pengetahuan mengenai agama..tapi kerna bersemangat nak praktikan (tanpa mencari lebih ilmu/maybe baca dalam buku je..)..dia ingin bersembahyang berjamaah ngan isterinya satu hari....  So, malam isteri pertama(Pn Hasanah), dia pun bersolat berjamaah ngan si isterinya, dengan baik..selepas selesai, maka dia pun berdoa la gak..  Malam berikutnya, dia bersolat jemaah pulak dengan isteri keduanya (Pn Aminah)...selepas je solat, dia baca la doa...

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti HASANAH, wa qi na a' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).

Maka, si isteri pun menegur...

"Abang..tak aci la cam nie..."

Si Suami pun terkejut,"Kenapa yanggggg?"

"Iye la bangg, nama Kak HASANAH je yang abang doakan, nama saya takde pun abang doakan jugak.."....

"Laa..macam tu ka?...takpa..abang masukkan nama ayanggg sekali ye.."

So, si suami yang kurang berpengetahuan agama ni pun membaca doa tu kembali....

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti AMINAH, wa qi na a' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).

Tak patut - tak patut.....so para suami/bakal menjadi suami patut mempelajari

ilmu agama banyak-banyak... jgn asyik update/belajar ilmu ngorat/keje je ...ilmu agama tu yg lagi kena belajar.

 

 

.:: Topic :  Kisah Si Chot ::. .::Posted by Kamarizal ::.

:: Kisah si chot ::.

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dengan isterinya. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...

Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket.Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya,

"Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk

membeli dua lagi tiket tadi?"

Chot menjawab, "Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri

kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."

P/s : Jangan jadi bodoh sangap camtue...

 

 

.:: Topic : Anak & Bapak ::. .::Posted by Iskandar Shah ::.

.:: Anak & Bapak ::.

Di Suatu Pagi Yang Indah Di Sebuah Rumah...

Anak: Aduss... sakitnya perut saya nih bapak. Apa harus saya buat ni bapak??

Bapak: Barangkali perut kamu tuh kosong tak? Pergilah isi perut kamu tuh dengan nasi lemak di dapur tu.

Di Waktu Malamnya Pula Dalam Rumah Yang Sama...

Bapak: Arghh... sakitnya kepala memikirkan masalah pejabat ni.

Si Anak Yang Terdengar Bapaknya Mengerang Terus Bersuara..

Anak: Barangkali kepala bapak kosong agaknya. Cuba bapak isi kepala bapak tuh. Nasi lemak masih ada di dapur tu.

Bapak: ???

 

 

.:: Topic :  Kapalterbang dan Nenek ::. .::Posted by Sham ::.

:: Kapalterbang dan Nenek ::.

Seorang nenek menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya.

Nenek : Cu... Opah teringin sangat nak merasa naik kapalterbang.

Cucu : Baiklah.. Opah. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama.

Maka pada suatu hari, cucu kesayangan nenek tadi pergi booking tiket.

Hari yang ditunggu pun tiba.

Nenek bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran...

yang terhampir iaitu Singapore.

Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan

keadaan menjadi panas.

Nenek tersebut terasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya.

Selepas 40minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang

tersebut di Changi.

Nenek tadi dan cucunya pun turunlah.

Dalam hati nenek berkata : Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya

kipas di luar....

 

 

.:: Topic :  Muka Seposen:. .::Posted by Anies ::.

.:: Muka Seposen ::.

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.

Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?

Anak : Tak.

Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?

Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.

Ayah : Tambang bas berapa sen?

Anak : 60 sen.

Ayah : Man ada berapa sen?

Anak : 50 sen saja.

Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?

Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.

Ayah : ??????

 

 

.:: Topic :  Pantun Melayu Versi Otromen::. .::Posted by InterFace ::.

.:: Pantun Melayu Versi Otromen ::.

Pulau Hokkaido jauh ketengah

Gunung Fuji bercabang tiga

Hancur Raksaser di'fire' Ultraman

Ultraman yg baik dikenang jua

 

Dua tiga Raksaser berlari

Maner nak samer Raksaser Kero

Dua tiga Ultraman boleh kucari

Maner nak samer Ultraman Taro.

 

Kalau roboh Kota Narita

Papan di Tokyo Ultraman dirikan

Kalau sungguh itu keje Raksaser

Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

.

Kajang Pak Malau kajang berlipat

Kajang hamba mengkuang layu

Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat

Ultraman Taro datang membantu.

 

Buai laju-laju

Sampai Pokok Sena

Apa dalam baju?

Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih

Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih.

Sudah geharu cendana pula

Sudah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser

'Fire' diberi pada raksaser

pstt : di tujukan khas utk syaz aka otomen dyna

 

 

.:: Topic :  Kisah Menyayat Hati bagi Salesmen::. .::Posted by Otomen ::.

.:: Kisah menyayat hati bagi salesman (otomen) ::.

Ada seorang lelaki yang bekerja sebagai salesman di luar negeri dan membuat survey dari satu rumah ke rumah yang lain. Oleh itu tibalah die ke satu rumah yang dimana seorang budak lelaki yang tidak diketahui namanya dan bertanya adakah dia tinggal seorang di rumah.die mengangguk dan terus salesman itu bertanyakan infomation pasal keluarganya. begini la conversation terjadi...

"May I please know your father's first name?"

The boy answered, "My father's name is Laughing."

Although the name surprised the census man, he pressed on. "And your mother's name?"

"Her name is Smiling," the boy replied.

The man quipped, "Wait a minute, little boy! Are you kidding?"

"No, that's my sister," the boy answered. "I'm Joking!"

 


Universiti Teknologi Malaysia, All Right Reserved®

 

Adminstrator (alan@utmkl) : angahnet@yahoo.com