Media Massa

Author: Noor Shuhadawati Mohd Amin

Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, sejauh manakah kebenaran permyataan ini?

      Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya 'Information Technology' atau dalam Bahasa Melayunya 'Teknologi Maklumat'. Internet digunakan dengan meluas dinihari kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan morden dan terkini. Justeru itu, media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.

      Bukan itu sahaja, media massa juga membantu meningkatkan jumlah cndekiawan di negara ini. Peningkatan yang mendadak ini telah juga menlahirkan banyak golongan profasional misalnya doktor pakar bedah, peguan, arkitek dan sebagainya. Dengan wujudnya golongan intelektual ini, ekonomi negara turut sama ditingkatkan melalui idea-idea yang bernas berhubung sesuatu perkara bertuluan untuk memajukan negara. Golongan profasional ini sudah tentunya mendapatkan maklumat daripada media massa untuk memodenkan negara. Oleh sebab itulah, Perdana Menteri Malaysia meyarankan pendedahan penggunaan media massa terhadap setiap lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat bandar sahaja. Ini supaya masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pemodenan dan seterusnya mendapat maklumat yang sama. Dengan ini, jumlah intelektual di negara ini dapat ditingkatkan dengan pembabitan setiap lapisan masyarakat bandar mahupun luar bandar.

      Selain itu, media massa juga mampu memupuk sikap gemar membaca di kalangan masyarakat. Pemupukan sikap gemar membaca tidak hanya tertumpu kepada golongan pelajar sahaja, malahan penglibatan setiap anggota masyarakat adalah amat digalakkan. Institusi-institusi swasta boleh mengambil langkah yang sama iaitu dengan menyediakan perpustakaan agar minat membaca dapat ditanam di kalangan pekerjar dan di samping itu, masa tidak terbuang begitu sahaja. Dengan ini, penggunaan media massa sebagai satu cara memupuk minat membaca tidak dapat dinafikan lagi.

      Kes jenayah juga dikatakan meningkat dari tahun ke tahun. Menurut perangkaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, kes jenayah kebanyakkannya melibatkan golongan remaja berusia 21 tahun ke bawah. Tentu sekali remaja ini tidak mendapat pendidikan secukupnya dari ibu bapa mahupun guru di sekolah. Melalui pengguna media massa, para remaja ini sudah tentunya tidak akan membazirkan masa mereka dengan bergaul dengan golongan yang akan merosakkan mereka. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita penculikan di Pulau Sipandan yang melibatkan 21 orang tebusan. Kerajaan dapat mengambil langkah agar setiap pulau berhampiran sempadan Filipina diawasi dan setiap anggota masyarakat di Sabah dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan. Ini menunjukkan kepentingan media massa dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Ini juga dapat menaikkan tarap ekonomi negara dan seterusnya memajukan negara melalui pemintaan komputer-komputer yang semakin meningkat dari hari ke hari. Media massa juga memberi faedah kepada institusi serta badan kerajaan mahupun swasta yang tertentu. Dengan ini, jelaslah bahawa kepentingan media massa pada anggota masyarakat hari ini dalam mendapaikan pekerjaan, maklumat dan sebagainya.

      Jesteru itu, penggunaan media massa telah sedikit sebanyak mendidik rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Masyarakat yang berdaya fikir tinggi sejajar dengan wawasan Malaysia dapat dibentuk dan arus pemodenan negara dapat dijalankan dengan berjayanya tanpa sebarang halangan yang mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara.


Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!