Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Bomoh Artis Malaysia, petua, Artis, Susuk, Bomoh, akhbar, tradisional, rawatan, Kelamin, bomohartis

Bomoh Awang, perubatan tradisional, susuk, rahsia susuk, zawil hayat, susuk kelamin, pembenci, badi, saka, rumahtangga, pengasih, pasak, tenaga batin, mandi bunga, pemanis, pendinding, seri wajah, suara merdu, penunduk, pelaris, pulih dara, pulih semangat

31C, Jln Pandan Indah
  1/23D, Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
{Belakang FAJAR}

Tel:  03-9274 0837
H/P: 012-370 6808

ALAMAT WEB:   https://www.angelfire.com/pop2/bomohartis    ::   E-MEL:  bomohartis@lycos.com

 

PENGENALAN:

Awang Mohamed Yahya atau Awang Mohd Yahya adalah seorang pengamal perubatan tradisional Melayu, yang lebih dikenali sebagai Bomoh Artis Malaysia. Beliau lahir pada 17 Ogos 1951 di Sungai Lembing, Pahang Darul Makmur.

Bomoh Awang dibesarkan dan mendapat didikan awal di sekolah Kampung Luit, Maran, Pahang. Gelaran Bomoh Artis Malaysia ini telah diberikan oleh Nasir Tan Sri P. Ramlee. Ini adalah kerana pada awal pembabitan beliau menjadi seorang bomoh, Awang Mohd Yahya sering kali mengikuti rombongan kebudayaan dan persembahan artis di seluruh tanahair.

Walaupun telah menjadi seorang bomoh, namun Awang amat mencintai dunia seni dan beliau juga pernah berlakon dalam beberapa drama tidak lama dahulu. Antara drama terakhir lakonan Bomoh Artis Malaysia ialah drama terbitan TV3 bertajuk 'RATU JAMU'. Dalam drama ini, Awang telah memegang watak sebagai seorang 'Tok Kadi'.

Selain daripada menjadi 'Bomoh', beliau juga menjadi seorang 'Artis'. Disebabkan beliau memegang dua 'title' dalam satu masa, maka gelaran 'Bomoh Artis Malaysia' telah diberikan kepada beliau.

Kegiatan Bomoh Awang dalam dunia lakonan terpaksa dihadkan kerana kesibukan dalam urusan perubatan tradisional menyebabkan dirinya terpaksa menumpukan perhatian serius terhadap pesakit yang datang mendapatkan rawatan di pusat perubatan beliau yang bernama 'PUSAT RAWATAN ZAWIL HAYAT'.


Keris Zawil Hayat.

 

WARISAN ILMU

Sebenarnya, Bomoh Artis Malaysia telah diasuh sejak dari kecil lagi untuk mewarisi segala ilmu yang terdapat pada ayah beliau iaitu Allahyarham Tok Ki Yahya bin Wok. Tok Ki Yahya pada satu ketika dahulu adalah seorang Bomoh Besar yang amat terkenal di dalam Negeri Pahang.

Warisan ilmu Tok Ki Yahya adalah berasal daripada bapa saudaranya Wan Chik dari sulur-galur keturunan Panglima Mansur, seorang Panglima terkenal sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Shah I.

Manakala rakan-rakan seperguruan moyang Bomoh Artis Malaysia adalah terdiri daripada pejuang Melayu yang hebat seperti Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain.

Selain daripada itu Ilmu Urat yang dimilki oleh Bomoh Artis Malaysia didapati daripada bapa saudaranya, Allahyarham Encik Man bin Putih, adalah seorang pakar urut yang berpengalaman.

Bomoh Awang Yahya atau Bomoh Artis Malaysia juga boleh dikatakan seorang manusia yang amat bertuah kerana dalam perjalanan beliau memperdalami ilmunya, Awang pernah berguru dengan seorang Seniman yang terkenal iaitu Allahyarham Tuan Haji Mahadi dalam memperkemaskan ilmu kebatinan beliau.

Tidak berhenti di situ sahaja, Bomoh Artis Malaysia terus berguru memperdalami ilmu kebatinan dengan seorang bomoh terkenal Tok Khamis yang juga dikenali dengan nama gelaran Tok Batin Hulubalang Pahang di Bukit Endau, Pahang.

Bomoh Awang pernah menjadi Setiausaha Seni Silat Sunda dan mempelajari seni mempertahankan diri tersebut dengan guru beliau Encik Hud bin Ismail di Kuala Lumpur.

Kerjaya beliau sebagai pengamal perubatan tradisional ini telah bermula pada tahun 1974 dan sepanjang Awang menjadi seorang Bomoh Artis Malaysia ini, dia telah mengalami pelbagai peristiwa pahit maung sehingga namanya diangkat menjadi seorang bomoh yang amat disegani di kalangan masyarakat tanahair termasuk, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.

 ^Ke Atas^

 

 

Susunan oleh Bob Sri Menanti. Reka Bentuk oleh Latif Tan. Hak Cipta (C) Bomoh Artis Malaysia