«§»
þëTUã MéÑä®ÌK «§»
Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah
dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak
lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan
kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat
melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil
daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung
bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit
kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.
Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca
teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap
kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat
dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut,
setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung.
Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit
muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak
tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.
Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai
seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah
sakit akan berkurangan.
Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga
menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan
minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan
haid. InsyaAllah mujarab.
Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian
yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air.
Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi
terasa sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk
dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut
kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan
air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras
tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan
kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.
Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole
atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih
dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan
gelas atau kole anda tidak akan tercalar.
Elak ikan melekat ketika digoreng
- Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng
ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan
yang sedang digoreng. Selamat mencuba.
Menjadikan wajah berseri
- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin
terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras
dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus
seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit
dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering.
Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
- Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya.
Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit
garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan
semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
- Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit
sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut
dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda
berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan
kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil
beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu
hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau
air panas
- Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian
sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas.
Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
- Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan
gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
- Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit
itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air
kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
- Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap
yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu
sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang
telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan
minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan
ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
- Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau
tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika
selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur
nyenyak.
Melembutkan daging
- Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap
dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut
bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau
rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu
penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil
sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus
dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut
itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan
tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan
dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi
rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan
mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu
minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka
sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini.
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna
kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian
yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas
disuntik
- Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam
setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik,
sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya
bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah
dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak
basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan.
Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi
iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang
keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih
dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
- Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat
membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu
disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan
agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada
luntur
- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur
warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain
tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik
dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik
dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah,
kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah
ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan
ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada
pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda
tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah
lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia,
tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan
perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya
ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan
di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
- Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah
mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu
di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada
pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah
perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
- Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan.
Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera
pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan
ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
- Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan
sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak
masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo
kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk,
lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga
berkilat
- Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya
yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci
hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam
botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol
susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang
dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik
yang lain.
|