Keistimewaan Wanita
*******************
 

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

HATI YANG LEMBUT
******************************

Berilah kemaafan jika kawan engkau melakukan sesuatu kesalahan terhadap kau. Dan apabila engkau telah memberi maaf, bererti engkau telah menurut sifat-sifat rasul dan Ambia serta Tuhan sendiri pun ianya amat pengampun dan mengasehani. Ucaplah dengan perkataan yang paling ringan dan amat sederhana tetapi berharga bahawa…….aku memaafkan kau….
Untuk menegak pergaulan hidup sehari-hari agar teguh dan kukuh seharusnya kita mesti memiliki sifat rela memberi kemaafan dan keampunan terhadap kawan-kawan ataupun lawan kita yang melakukan kesalahan itu.
Kerap kita bertemu ada orang yang sentiasa berkelahi dan bermusuhan sepanjang masa,tidak pernah bertegor sapa antara satu sama lain. Sebab sambong bersambong, kait berkait hingga beberapa lama tidak kunjung hilang dan padam permusuhan itu ialah oleh orang itu miskin dengan sifat “ HATI YANG LEMBUT" .
Oleh tidak ada hati lembut inilah pula kadangkala kesalahan yang kecil berbunga dan besar hingga berlanjut musim pula bagaikan api dalam sekam. Sebenarnya bukanlah rugi kita menjadi sebagai seorang pemaaf. Kerana memberi maaf itu adalah sebagai kita memberi ubat pada hati yang sakit. Barangkali dengan jasa baik kemaafan itu akan menjadi kawan kita lebih setia dalam pergaulan, lebih kukuh tali persaudaraan tersimpul kerana memberi maaf itu bukanlah satu soal kecil atau main-main dalam membina persahabatan yang teguh kukuh. Dalam hidup ini biarlah kita banyak memberi maaf dari menyimpan rasa benci dan marah terhadap seseorang.
Kerana kemaafan belas kasihan ucap kata-kata baik itu adalah ajaran Tuhan. Sedang api kemarahan dan benci itu adalah ajaran Syaitan terkutuk yang menjelma dalam tubuh manusia yang sedang marah.Oleh tidak ada sifat maaf inilah kadang-kadang terjadi sesuatu perkara yang kecil telah menimbulkan kemarahan yang besar dalam dada. Sedangkan perkara itu boleh jadi dilakukannya dengan tidak sengaja oleh kawan-kawan kita. Jadi dengan perkara-perkara kecil yang terjadi hendaknya biarlah dengan mudah dan senang kita memberi maaf dan biarlah sifat pemaaf itu tetap subur bermukim dihati. Kemaafan adalah suatu perkataan yang amat berharga dan tinggi nilainya.
Ada orang berkata bahawa hanya dengan kemaafan itu saja yang sanggup memanjangkan umur cinta dan mengamankan sebuah masyarakat seperti dalam pepatah

“ KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI “.
( WALLAHUALLAM)

(MUTIARA HADIS)
 SESEORANG HAMBA MANUSIA BERKATA, HARTAKU, HARTAKU PADAHAL HARTANYA YANG SESUNGGUHNYA HANYA TIGA MACAM.
Pertama APA YANG DIMAKANNYA LALU HABIS,
Kedua APA YANG DIPAKAINYA LALU LUSUH.
Ketiga APA YANG DISEDEKAHKANNYA LALU TERSIMPAN DIAKHIRAT.
SELAIN DARI YANG TIGA MACAM ITU LENYAP ATAU TINGGALKANNYA BAGI ORANG LAIN. (PETIKAN RIWAYAT SAHIH MUSLIM ).

Malaikat di rumahmu
*******************

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu Surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? "Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu." Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
 
 

Ke Indeks