100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
01. Bersyukur apabila mendapat
nikmat;
02. Sabar apabila mendapat
kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai
rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal
perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati
larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas
sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam
menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan
orang;
09. Jangan hasud dan iri
atas kesuksesan orang;
10. Jangan sombong kalau
memperoleh kesuksesan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambisius
akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena
kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu
tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta
dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan
ibu;
18. Jangan usir orang yang
meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa
yang besar;
21. Jangan membiasakan diri
melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke
rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan
ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu
di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan
do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan
puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir
miskin;
29. Jangan ada rasa takut
kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan
tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah
dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi
fikiran;
34. Penuhi janji apabila
telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab
tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh,
kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan
manusia;
37. Jangan terlampau takut
miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut
kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur
dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam
segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan
taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari
patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan
Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan
petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau
sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin
waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih,
tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit
batin;
53. Sediakan waktu untuk
santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak
kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru
dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat
kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi
saw;
58. Jangan terlalu banyak
hutang;
59. Jangan terlampau mudah
berjanji;
60. Selalu ingat akan saat
kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan
yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak
berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang
soleh;
63. Sering bangun di penghujung
malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan
umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang
berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan
ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang
kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang
yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus
terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang
lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang
lain;
72. Jangan membiasakan berkata
dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun
kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan
penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas
dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang
lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang
lain;
78. Lihatlah orang yang lebih
miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari
pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk
merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri
kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang
selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri
dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang
lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik
atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian
orang;
87. Jangan habiskan waktu
untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap
orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk
berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri
kita;
90. Jangan berbuat sesuatu
yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang
yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk
melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa
kita;
93. Jangan berbuat sesuatu
yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu
yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya
kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dipastikan
kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda
pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan
setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memforsir diri
untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap
ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap
kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerusakan;
100. Jangan sukses di atas
penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;
|
|