SEJALUR KASIH SERAUT
IMPIAN
: AKHIR :
“Aduh…
sakitnya.. abang…
baliklah…” Arisya mengerang kesakitan. Sudah tiba agaknya masa untuk
melahirkan. Arisya segera mencapai kunci kereta dan terus memandu dalam keadaan
kesakitan ke hospital. Sedang menunggu lampu merah bertukar hijau, kontraksi
semakin kuat. Arisya menjerit sendirian. Tiada siapa yang mendengarnya. ”Darah!!“
Arisya
panik dengan apa yang dilaluinya. Hatinya tak putus-putus memohon doa agar dia
selamat sampai di hospital. Setibanya di hospital, Arisya terjatuh setelah
keluar dari kereta. Seorang jururawat yang kebetulan lalu di hadapan hospital
segera menjerit meminta pertolongan. Arisya
terus dibawa ke bilik bersalin. Menunggu masa untuk melahirkan.
Hampir 5 jam menahan kesakitan, Arisya akhirnya selamat melahirkan seorang
puteri yang comel. Namun malang tak berbau, Arisya terpaksa ditahan di Unit
Rawatan Rapi kerana mengalami pendarahan yang teruk. Darah tidak berhenti-henti
mengalir. Arisya pengsan.
Terngiang-ngiang di telinga Arisya satu suara yang amat dikenalinya
memanggil namanya. Arisya
cuba
membuka mata untuk mencari pemilik suara tersebut. “Abang…” lemah suara
Arisya memanggil Haidir. “Maafkan Ris bang..” airmata mula mengalir laju.
Segera Haidir menyekanya. “Di mana anak kita bang..?” Haidir memberi isyarat
supaya Arisya tidak banyak bergerak dan bercakap. “Puteri kita ada diluar,
sayang.” bisik Haidir perlahan. “Izinkan Ris melihatnya bang.. Sekali sahaja..”
rayu Arisya.
Tanpa berlengah Haidir meminta jasa baik pihak hospital supaya membenarkan
isterinya melihat anak yang baru dilahirkan. Atas dasar simpati, pihak hospital
membenarkan tetapi hanya 5 minit masa diberikan. Bayi tidak boleh terdedah
dengan pesakit di unit rawatan rapi. “Puas hati Ris bang.. comel anak kitakan?..”
Arisya tersenyum walaupun kesakitan yang dialaminya terlalu siksa dirasainya.
“Abang.. Ris
bahagia bersama abang walaupun baru setahun lebih kita bersama. Terima kasih
kerana memberi sedikit ruang cinta pada Ris walaupun hakikatnya Ris berkongsi.
Maafkan Ris bang.. Kembalilah kepada Ayu. Dia berhak ke atas abang.“ Arisya
terbartuk-batuk sambil menahan kesakitan. ”Aduh.. sakitnya. Abang.. janji
dengan Ris. Jaga puteri kita sebaik mungkin.“ Arisya semakin lemah. Dia tidak
mampu untuk berkata-kata lagi. Mata dipejamkan.
Haidir panik. Dia segera berlari mendapatkan doktor. ”Bagaimana doktor
keadaan isteri saya“ soal Haidir cemas. ”Pendarahan yang berlaku menyebabkan
isteri awak lemah. Dia juga telah lama mengidap barah paru-paru. Kenapa encik
tidak membuat rawatan sebelum ini?“ soal doktor kehairanan. ”Barah... saya...
saya tak tahu langsung mengenai perkara ini doktor.“ Haidir semakin resah.
”Penyakit barahnya ditahap kritikal. Sekiranya pendarahan tidak berhenti,
harapan untuk isteri awak hidup amat tipis.“ nada suara doktor semakin
perlahan.
Haidir memegang erat tangan Arisya lalu mencium dahinya. Bergenang
air mata Haidir menahan kesedihan. ”Maafkan abang, Ris. Semua ni salah abang.
Abang langsung tak ambil berat mengenai Ris. Abang menyesal sayang. Abang
maafkan segala dosa Ris walaupun tiada satu pun dosa tercalit dibahumu sayang.
Abang redha pemergian Ris jika itu telah ditetapkan-Nya. Abang berjanji akan
menjaga puteri kita sebaik mungkin.” Haidir menangis perlahan kerana tidak
dapat menahan kesedihan. Tangan Arisya lemah di dalam genggaman Haidir seolah
memahami segala-galanya.
Arisya pergi meninggalkan seribu kenangan. Impian kasihnya tercapai jua
walaupun hanya sementara. Walau ada duka dipenghujungnya, dia rela.
Setahun
setelah pemergian Arisya, Haidir menyelak sebuah dairi milik Arisya berwarna
ungu. Warna yang menjadi kegemarannya sejak dari dahulu lagi. Di helaian
terakhir, sebuah puisi dihasilkan seolah mengerti akan pemergiannya. “Puisi
Tangisan Jiwa” dibacanya
dengan penuh perasaan.
Sayang,
Insan sepertiku tidak pernah mengenal erti kebahagiaan
Hidupku diselubungi ranjau yang berduri
Tangisanku telah sebati dalam jiwa ini
Rintihanku senantiasa menjadi teman tidurku
Sayang,
Kehadiranmu mengubat luka yang kian parah
Bercinta denganmu suatu pengalaman yang indah buatku
Sentuhanmu mengundang diriku merindui dirimu
Sukar untuk kunyatakan..
Cukuplah hati ini yang membicarakan
Betapa aku menyayangi dirimu
Sayang,
Terima kasih kuucapkan
Kerana sudi menumpangkan diriku di sudut hatimu
Tidak pernah terniat untuk kulukai hatimu
Insan yang sering kurindu
Sayang,
Air mataku hampir gersang dengan tangisan dulu
Tak sanggup untuk kutangisi dan rintihi diri ini lagi
Pintaku hanya satu
Berilah peluang untuk kumengenal sinar kebahagiaan
Walaupun cuma seketika.
Salam
sayang, Arisya.
Tanpa disedari, air mata Haidir mengalir jua. Dia tewas dengan dirinya sendiri.
Dia tak mampu untuk melupakan Arisya. “Abang akan tetap merinduimu sayang.”
Ungkapnya perlahan.
~ TAMAT ~
Hasil
Nukilan,
Arina Melissa Idayu
Salam Seindah Puisi