Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KESEBELAS :

Telah sebulan majlis perkahwinan berlangsung, keriuhannya masih terngiang-ngiang di telinga Arisya. ”Sayang.. sayang nak makan apa? Malam ni biar abang yang masak.“ soal Haidir. “Bahagianya hidupku ini.. punya seorang suami yang baik, penyayang, romantis.. Ya Allah.. berkatilah perkahwinan ini sehingga akhir hayatku” getus hatinya. “Apa-apalah bang.. asalkan sedap” Arisya tak mahu menyusahkan suaminya.

“Sayang.. sayang bahagia ke hidup dengan abang?” Haidir bertanya sambil memeluk Arisya dari belakang. Arisya yang sedang mengelamun di balkoni kediaman mereka terasa nyaman disisi suami. ”Ris bersyukur ditemukan dengan abang“ balas Arisya perlahan sambil berpaling kepada Haidir. Satu kucupan mesra seorang suami singgah didahinya.

Enam bulan telah berlalu. Arisya kini disahkan mengandung tiga bulan. Mereka bakal menimang cahayamata tidak lama lagi. Cahaya yang bakal menjadi penyeri rumahtangga yang dibina. Arisya semakin gembira dengan apa yang dimilikinya kini. Namun bayangan Iskandar tetap menghantui fikirannya. ”Di manakah dia berada sekarang?“ getus hatinya.

Sedang mengemas rumah di hari minggu, Arisya menerima satu mesej dari seseorang yang tidak dikenali. Mesej yang berbunyi ”Permata yang kau miliki hanya sementara. Ia adalah hak milik seseorang yang berhak.“ kini menjadi tanda tanya. Siapa yang dimaksudkannya? Mungkinkah Iskandar?

Arisya menceritakan kepada Haidir mengenai mesej yang diterimanya. Haidir sendiri tidak mengenali nombor telefon pengirim tersebut. ”Mungkin salah hantar agaknya tu“ ringkas Haidir menerangkannya. ”Dah.. tidurlah.. esok nak kerjakan.. nanti penat. Kesian anak papa ni.“ tambah Haidir lagi seolah-olah tidak suka Arisya memikirkannya.

Di pejabat, Arisya menerima sepucuk surat dari seseorang yang tidak dikenalinya. Di dalam surat itu, pengirim yang membahasakan dirinya Ayu dengan beraninya membuat pengakuan tentang hubungan sulitnya dengan Haidir. Arisya menggigil membaca surat yang diterimanya itu. ”Apakah benar semuanya ini atau rekaan semata-mata.“ soal hatinya.

Tanpa berfikir panjang Arisya menelefon pejabat Haidir untuk mendapatkan kepastian. Malangnya Haidir tidak masuk ke pejabat. ”Ke mana suamiku? Sedangkan kami sama-sama keluar pagi tadi untuk ke tempat kerja“. Pelbagai persoalan bermain di minda Arisya.

Selepas menunaikan solat Isyak, Arisya mencium tangan Haidir dan meminta maaf di atas setiap kesalahan yang dilakukan samada disengajakan atau tidak. Sudah menjadi rutin mereka solat berjamaah sejak mendirikan rumahtangga. Arisya serba salah untuk bertanya Haidir perihal surat yang diterimanya tetapi demi sebuah ikatan yang amat disayangi itu, Arisya sedia menghadapi apa sahaja risiko yang mendatang.

”Abang.. boleh Ris tanya sedikit.“ soal Arisya sambil memandang tepat ke wajah Haidir, suami yang dicintainya sepenuh hati. “Kenapa.. serius nampaknya” Haidir tersenyum manja. “Siapa Ayu, bang?” sayu Arisya bertanya. Haidir terdiam mendengarnya. Mengolah jawapan untuk pertanyaan Arisya yang benar-benar menggusarkan. ”Dia teman baik abang dulu. Kami pernah saling sayang menyayangi. Tapi...“ Haidir mengeluh panjang. ”Tapi kenapa, bang?“ Arisya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut hubungan Haidir dengan Ayu.

”Hubungan kami terputus di tengah jalan. Ada perselisihan faham. Ris ingat lagi tak masa Ris belum menerima abang. Abang menyepi selama sebulan. Dalam masa itulah Ayu datang semula dalam hidup abang. Kami menjalinkan semula hubungan. Itupun sebab Ris menyepi dan Ris tidak memberi apa-apa harapan pada abang. Abang perlukan teman waktu tu, Ris.“

Arisya masih merenung Haidir untuk mendapatkan penjelasan lanjut. “Teruskan bang, Ris sedia mendengarnya.” sambung Arisya lagi. “Kemudian, Ris terima abang. Abang jadi serba salah sebab abang pernah meminta cinta dari Ris. Dan abang pernah berjanji untuk tidak menyakiti Ris. Abang terbelenggu. Antara cinta dan kasih. Maafkan abang, Ris.” Haidir mula terasa sebak.

“Abang.. abang masih sayangkan Ayu?” soal Arisya dengan penuh minat. “Abang masih sayangkan Ayu dan juga Ris.” Arisya menangis mendengar pengakuan ikhlas Haidir. Dia tidak menyangka kasih sayang Haidir terpaksa dikongsi bersama wanita lain. “Apa makna semuanya ini bang. Ris tak sanggup nak berkongsi kasih dengan perempuan lain. Ris akui memang salah Ris kerana tidak pedulikan cinta abang dulu. Tapi kenapa abang tidak terangkan dari dulu lagi. Ris masih waras. Ris takkan merampas abang dari Ayu. Kenapa tika Ris sedang sarat dan tunggu masa untuk melahirkan, dugaan ini yang datang” Tangisan Arisya semakin kuat.

”Abang minta maaf Ris. Abang...“ kata-kata Haidir terhenti. Fikirannya buntu.

”Abang.. pergilah kepada Ayu.. Ris relakan bang.. Tapi selepas melahirkan anak kita ini.. satu aja yang Ris minta. Ris tahu memang ianya dosa besar tapi Ris tak sanggup menghadapi semua ni bang. Ris harap abang relakan Ris pergi…” Arisya nekad. “Ris… kenapa sampai begitu sekali permintaan Ris.. tergamak Ris meninggalkan abang dan biarkan anak kita tanpa kasih sayang seorang ayah!?” Haidir mula terasa dicabar keegoannya.

“Ris tak ada pilihan lain bang..” Haidir meninggalkan Arisya keseorangan. Pergi mencari ketenangan.

Selanjutnya...