Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: PERTAMA :

Lamunan Arisya terhenti apabila disergah oleh rakan sepejabatnya.Kau angankan siapa tu Arisya ? sapa rakannya lalu duduk berhadapan dengannya. Aku??!! Jawab Arisya sambil mengerutkan dahinya. Dia cuba mencari idea supaya rakannya itu tidak dapat mengesan akan apa yang direnungkannya. Fikirannya buntu lantas membuat lawak spontan. Aku tengah bayangkan pelamin anganku.Tapi..pelamin anganku musnah bila kau tiba. Ini semua kau punya pasal. Cuba nak mengelaklah tu pantas Mira membalas. Banyak kerja kau hari ni? soal Mira. Emmm.. mata Arisya seolah mencari sesuatu di atas mejanya. Entahlah..kosong aja kat atas meja aku ni. sambungnya lagi sambil ketawa sendirian. Hah! malas aku nak layan kau. Lain yang aku tanya lain yang kau jawab bentak Mira lalu pergi meninggalkan Arisya termangu keseorangan. Arisya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagat rakannya itu. 

Arisya menyambung kembali apa yang difikirkannya. "Kenapa aku jadi begini?" getus hatinya. Arisya bingung akan keadaan dirinya sendiri. Dia seolah-olah dicengkam oleh bayangnya sendiri. Fikirannya sering membayangkan kenangan-kenangan silam. Adakalanya dia tersenyum, muram, ketawa dan menangis sendirian. Kenangan yang menggembirakan adalah sewaktu di alam persekolahan. Begitu banyak kenangan yang menyentuh kamar hatinya. Satu-satunya kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika seseorang yang istimewa cuba memikat hati kecilnya itu. 

"Arisya ..!" Laung Iskandar dari jauh. Arisya yang ketika itu sedang rancak berbual dengan rakannya terperanjat. "Alamak..dia panggil akulah. Apa aku nak buat ni?" hatinya meronta-ronta seolah-olah meminta pertolongan.Arisya cuba mententeramkan perasaannya. "Kami pergi dulu Arisya " pinta rakannya sambil berlalu pergi. Rakannya tersenyum sesama sendiri seolah memahami situasi tersebut. "Dah nak balik ke Arisya ?" tegur Iskandar sebaik sahaja berdiri di hadapannya. "Em..ya. Apa hal Is panggil Arisya ?"tanya Arisya kebingungan. "Tak ada apa-apa. Saja Is nak jumpa Arisya . Tak boleh ke?" balas Iskandar sambil tersenyum memandang raut wajah Arisya. Arisya perasan akan renungan Iskandar padanya. Dia tertunduk malu. "Emm..kalau tak ada apa-apa, Arisya nak balik dululah" jelas Arisya lagi. "Boleh Is jalan sekali?" "Terserah.." ucap Arisya lalu menghulurkan senyuman buat Iskandar. Iskandar tersenyum bangga. 

Sepanjang perjalanan menuju ke perhentian bas, mereka bercerita tentang subjek yang dipelajari pada hari tersebut. Arisya dan Iskandar merupakan pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah di bandar Seremban, Negeri Sembilan. Arisya berada di dalam kelas Akaun manakala Iskandar di dalam kelas Sastera. Walaupun Arisya berada di dalam kelas Akaun tetapi dia sebenarnya di dalam aliran sastera. Apabila tiba masa pelajaran Sastera, pelajar-pelajar kelas Akaun yang mengambil aliran sastera akan pergi ke kelas 5 Sastera. Guru yang mengajar subjek tersebut ialah Puan Junaidah. Puan Junaidah adalah seorang guru yang tegas dalam mendidik anak muridnya. Di dalam kelas tersebut, Arisya agak menonjol sedikit kerana setiap kali peperiksaan, dia pasti mendapat markah tertinggi. Suatu hari, Puan Junaidah bertanya satu soalan kepada Iskandar. "Iskandar, apakah tema utama dalam novel Mereka Yang Tertewas?" Iskandar bangun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Emm..emm..perjuangan cikgu." "Kurang tepat Iskandar." balas Puan Junaidah. "Arisya , apa jawapan kamu?" soal Puan Junaidah. "Tema utama dalam novel Mereka Yang Tertewas adalah perjuangan dalam menegakkan syiar Islam. Ini dapat dilihat melalui watak Lebai Pa yang berusaha menegakkan syiar Islam di Bukit Setugal" jawab Arisya dengan penuh yakin. Sewaktu Arisya memberikan jawapan bagi soalan tersebut, Iskandar begitu tekun memandang Arisya. Dia kagum dengan setiap kata-kata yang dilafazkan oleh Arisya. 

Tepat jam 1.30 tengahari. Murid-murid di sekolah tersebut mengemas beg masing-masing untuk pulang ke rumah. Arisya agak lewat sedikit lalu dia meminta rakannya turun dahulu. Mereka bercadang untuk minum air batu campur (ABC). Dari jauh kelihatan Iskandar berada di luar kelas 5 Sastera. Arisya berjalan seolah-olah tidak menyedari akan adanya Iskandar di situ. Tiba sahaja berhampiran tangga Iskandar menghalang Arisya . "Tepilah..Arisya nak balik ni." Iskandar hanya tersenyum sahaja. "Please.." rayu Arisya . "Orait. Tapi Is nak ikut sama". "Tapi Arisya dah janji dengan kawan nak minum ABC". "Wah!! baguslah camtu.. boleh Is join sekali". "Tapi.." kata-kata Arisya terhenti setakat itu sahaja. Dia pasrah dengan apa yang akan terjadi seterusnya. Di gerai... "Arisya !! sinilah..eh..eh..Iskandar pun ada!" laung Siti dari dalam gerai tersebut. "Kau nak minum apa Iskandar?" soal Siti bersungguh. "Bang!! ABC satu!" jerit Iskandar sambil mengangkat tangannya. "Minumlah Arisya " bisik Siti. "Aku malulah" bisik Arisya membalas. Sememangnya Arisya seorang gadis yang agak pendiam dan pemalu jika dibandingkan dengan rakannya yang lain. Ramai di kalangan pelajar menganggap Arisya seorang yang sombong. Tidak ada seorang pun pelajar lelaki mahu mendekatinya kecuali Iskandar.

Tut..tut..tut..lamunan Arisya disergah oleh deringan telefon. Perbualan ditelefon. "Hello" ucap Arisya dalam nada perlahan. "Hello. Assalamualaikum. Arisya ke tu?" suara romantis membisik di telinganya. "Waalaikumsalam..ye..Arisya bercakap di sini. Boleh saya tahu siapa bercakap di sana?" ungkap Arisya dengan penuh tanda tanya. "Takkan Cik Arisya dah lupa dengan suara ni" gurau suara tersebut. "Siapa ni?? Janganlah main-main" balas Arisya geram. "Arisya !! akulah..gurau sikit dah naik marah" suara tersebut amat dikenalinya. "Oh Farid! apa hal? Kau ni buat suspen aku aja" "Tak ada apa-apa. Aku saja telefon kau. Aku rindulah dengan kau. Kau tak rindu kat aku ke?" usik Farid. "Rindu?! Emm.. aku pun teramatlah rindukan kau. Setiap malam aku termimpikan kau Farid. Kau apa khabar? Sihat ke? Macam-macam aku dengar pasal kau" Arisya membalas dengan seribu persoalan. "Aku sihatlah..Kau pulak macam mana? "Aku sihat juga, alhamdulillah. Kerja kau macam mana? Aku biasa je. Taklah sibuk sangat" "Aku agak sibuk juga sejak kebelakangan ni. Banyak benda yang aku kena siapkan. Oklah Arisya, aku ada keje sikit. Bye." Farid tergesa-gesa menamatkan perbualan. "Bye" balas Arisya . Arisya tersenyum sendirian lalu fikirannya kembali ke alam persekolahannya dahulu.

Musim yang amat menakutkan bagi semua pelajar. Musim peperiksaan!. SPM akan menjelang tidak lama lagi. Semua pelajar resah dan sibuk mentelaah buku pelajaran. Arisya tidak ketinggalan dalam mengulangkaji pelajaran. Setiap petang setelah tamat waktu persekolahan, Arisya bersama beberapa orang temannya akan mencari kelas yang tidak digunakan untuk membuat ulangkaji. Suatu petang, sewaktu Arisya sedang tekun mentelaah buku pelajaran, Iskandar datang dengan teman-temannya. Arisya tidak senang duduk. Iskandar sekadar menjenguk apa yang Arisya dan kawannya pelajari. Kemudian Iskandar berlalu pergi dan menghulurkan senyuman buat Arisya . Senyuman yang memberi banyak makna buat Arisya . Senyuman yang memberinya sumber inspirasi.

Selanjutnya...