Akrabnya tutur lidahku Resah di jiwa kian terlerai Ibarat keheningan malam sesudah taufan Nun jauh di sudut hati Aman di sanubari terubat sepi Mekar sejambak kuntuman bibir Enggan mengukir peristiwa silam Lantaran sepi kuheret ke tepi Ingin mencari suatu kepastian Seri di wajah tersimpan seribu rahsia. Sinaran titisan air mata ternoktah di tabir di jendela jiwa Aku pasrah pada ketentuan-Nya    Indah bicara tersusun kata Derai ketawa pengubat hati yang lara Akan kekalkah ia? Yang pastinya amat kuselami Undangan sepikan bertamu lagi di jendela hati

       Selamat Datang ke Laman Arina Melissa Idayu.. Terima Kasih..

KOLEKSI PUISI

Teman

Perjuangan Anak Desa

Rintihan Seroja

Pengemis Rindu

Bicara Cinta

Kekasih

Jendela Sepi

Lembaran Sepi di Aidilfitri

Penjara Cinta

Puisi Rindu Buat Teman

Sejernih Air Mata

Sejalur Kasih Seraut Impian

Ukiran Seraut Cinta

Untaian Rindu Buat Kekasih

Puisi Tangisan Jiwa

Harga Sebuah Pengorbanan

Catatan Ranjau Kehidupan

Hiasan Cinta Hantaran Perkasihan

Airmata Derita

 

HIASAN CINTA HANTARAN PERKASIHAN

1-Jun-2002

Asmara cinta di pautan rindu
Setenang tasik sedingin salju
Walau bara membakar kemesraan
Walau jiwa diundang kekalutan
Walau nafsu menggoncang kejujuran
Namun kasih teguh bersatu
Melontar cemburu..membunuh ego
Menjunjung setia

Setahun berlalu..
Tika usia melewati waktu
Kasih diburu impian nan satu
Menggamit harapan di dasar kalbu

Salam bertaut pemanis bicara
Kuntuman senyuman jambangan keikhlasan
Mencanai bahasa menggulung ketetapan
Mengikat janji dua hati
Menyemai rindu yang berpuisi

Hiasan cinta hantaran perkasihan
Tersemat indah lambang keunggulan
Dihiasi warna kegemilangan
Namun disinari cahaya kesepian
Mohon disisipkan ke jari manis
Agar mekar disebalik gerimis 

Kilauan cahaya airmata
Sejernih impian sesuci niat tersimpan
Salam rindu buat yang tersayang
Moga ikatan menuju pintu kebahagiaan.

 

:: Salam Seindah Puisi ::

Dilancarkan pada 02 Ogos 2000
Laman ini sesuai dipaparkan pada resolusi skrin 800x600
Copyright&copyArina Melissa Idayu 2000
Di kemaskini pada 14 Oktober 2005

Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!