Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Akrabnya tutur lidahku Resah di jiwa kian terlerai Ibarat keheningan malam sesudah taufan Nun jauh di sudut hati Aman di sanubari terubat sepi Mekar sejambak kuntuman bibir Enggan mengukir peristiwa silam Lantaran sepi kuheret ke tepi Ingin mencari suatu kepastian Seri di wajah tersimpan seribu rahsia. Sinaran titisan air mata ternoktah di tabir di jendela jiwa Aku pasrah pada ketentuan-Nya    Indah bicara tersusun kata Derai ketawa pengubat hati yang lara Akan kekalkah ia? Yang pastinya amat kuselami Undangan sepikan bertamu lagi di jendela hati

       Selamat Datang ke Laman Arina Melissa Idayu.. Terima Kasih..

KOLEKSI PUISI

Teman

Perjuangan Anak Desa

Rintihan Seroja

Pengemis Rindu

Bicara Cinta

Kekasih

Jendela Sepi

Lembaran Sepi di Aidilfitri

Penjara Cinta

Puisi Rindu Buat Teman

Sejernih Air Mata

Sejalur Kasih Seraut Impian

Ukiran Seraut Cinta

Untaian Rindu Buat Kekasih

Puisi Tangisan Jiwa

Harga Sebuah Pengorbanan

Catatan Ranjau Kehidupan

Hiasan Cinta Hantaran Perkasihan

Airmata Derita

 

BICARA CINTA

-Dihasilkan pada tahun 1998. Pernah disiarkan di laman amboi.net-

Hadirmu bak selembut sutera
Meresap ke dalam naluri setiap insan
Membibitkan suatu pertemuan
Melahirkan suatu keajaiban perasaan
Yang sukar ditafsirkan

Sucinya sebuah percintaan
Umpama salji yang meliputi separa alam
Kebersihan semurni jiwa
Kedinginan sesejuk hubungan cinta
Keikhlasan ibarat keutuhan warnanya

Pentas duniawi saksi perbicaraan
Antara dua insan
Yang memburu kasih sayang
Bicara romantis pengubat kerinduan
Hamparan janji terukir di bibir
Terpahat di sanubari
Menanti suatu ketentuan

Bicara cinta membenihkan benang kejujuran
Yang bisa menguji pasangan
Antara realiti dan kepura-puraan
Tergugat kesetiaan tercabar keimanan

Cinta tiada akhirnya
Kekal selama-lamanya
Terlerai ikatan hanya sementara
Bersua kembali bila tiba masanya....

 

 

:: Salam Seindah Puisi ::

Dilancarkan pada 02 Ogos 2000
Laman ini sesuai dipaparkan pada resolusi skrin 800x600
Copyright&copyArina Melissa Idayu 2000
Di kemaskini pada 14 Oktober 2005