RUKUN IMAN
1) Beriman kepada ALLAH. 2) Beriman kepada
MALAIKAT. 3) Beriman kepada KITAB. 4) Beriman kepada RASUL. 5) Beriman kepada HARI KIAMAT. 6) Beriman kepada QADA’ dan QADAR. RUKUN ISLAM
1)Mengucap
2 kalimah syahadah. 2)Solat
5 waktu sehari semalam. 3)Berpuasa
di bulan Ramadhan. 4)Mengeluarkan
zakat. 5)Menunaikan
haji bagi yang berkuasa. |
|
Daripada Abu Zar r.a berkata: Suatu hari Nabi S.A.W bersabda:”Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? “Para sahabat
menjawab:ALLAH dan RASULNYAlah yangl lebih mengetahui.Lantas Rasulullah s.a.w
bersabda:”Perjalanan matahari ini berakhir disuatu tempat yang telah
ditetapkan di bawah Arasy,lalu merebahkan diri untuk bersujud.Ia tetap berada
dalam keadaan tersebut,sehinggalah diperintahkan kepadanya:Bangunlah dan
kembalilah ke tempat mana kamu datang.Matahari kemudiannya kembali
sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa.Matahari terus beredar
lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu
merebahkan lagi dirinya dan untuk bersujud.Ia juga tetap berada dalam keadaan
demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya:Bangunlah dan kembalilah ke
tempat mana kamu datang.Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan
beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada
tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy,lalu sujud dan tetap dalam
keadaan demikian,sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya:”Bangunlah
dan terbitlah dari sebelah barat.Rasulullah s.s.w terus bersabda:Tahukah kamu
bilakah ianya akan berlaku?Ianya akan berlaku ketika mana yang bermaksud:Tidak
berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak
berusaha mengerjakan kebaikan terhadap imannya.” |
Rasulullah
s.a.w bersabda :”Pada setiap hari Jumaat,malaikat duduk di pintu-pintu
masjid,di tangan mereka terdapat lembaran-lembaran perak dan pena emas.Mereka
mencatatkan orang yang pertama datang,kedua dan seterusnya,sesuai dengan
darjat masing-masing |
Ibnu Mas’ud r.a berkata:”Empat perkara yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi gelap iaitu:perut yang terlalu kenyang,bersahabat dengan orang-orang yang zalim,lupa terhadap dosa yang telah lalu dan panjang angan-angan.Empat perkara yang menyebabkan hati terang iaitu perut yang selalu lapar kerana memeriksa terlebih dahulu apa yang dimakan,bergaul dengan orang yang soleh,mengingati dosa lalu dan pendek angan-angan. |