"Aku bagaikan dedaun kering yang menghujani tanah yang kering
kekontangan. Merkahan tanah terlalu ngeri untuk ku nyatakan.
Kupasan tanah memang terlalu jijik untuk ku gambarkan. Sesak
nafasku mengikut alunan angin yang bertiupan. Lemas ku bergelut
dengan arus yang saling berkejaran.
Akhirnya aku terdampar lelah di atas pusara yang kering bersama
bebunga Kemboja yang berselerakkan di atas batu yang gersang.
Mungkin itulah riwayat ku sekiranya ingin ku ibaratkan. Sudah
tidak bermaya lagi untuk ku terus berjuang dan terus menegakkan
erti perjuangan itu sendiri seandainya dedaun lain lebih suka hidup
bersendirian. Hati ku mulai rajuk, rajuk ku sudah tidak membawa
sebarang pengertian bagi mereka yang menyaksikan. Apa yang
jelas di depan mata hanyalah sepasang nisan dengan nama yang
berukiran.
Aduh! Terbang lagi aku melayani sepoihan angin yang menuju ke
arah Selatan…"