Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar

Buku Perniagaan Internet
#1 Terlaris di pasaran
CD Rom Langkah 1-2-3
Langkah mudah diikuti
membina laman web
perniagaan anda
101 Cara Promosi
Pelajari 101 Cara Promosi
laman web perniagaan
Internet anda! BARU!
Workshop Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi di J.W Marriott, Kuala Lumpur
Workshop #1 dapat memberi daya saingan hebat kepada perniagaan Internet anda
Dr. Irfan Khairi's Internet Millionaire's Workshop at J.W Marriott, Kuala Lumpur
NEW!
The best-selling Internet business seminar, in English! NEW!

carbreak.gifApa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Pendapat Anda? [10] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 500+ Idea Perniagaan! WOW…

  • Semalam saya berpeluang memberi taklimat mengenai perniagaan Internet kepada beberapa ahli perniagaan yang berjaya. Mereka telah lama berkecimpung dalam perniagaan, namun, taklimat yang saya beri semalam mengenai perniagaan Internet membuka fikiran mereka kepada era perniagaan yang baru.

    Ramai antaranya ingin membawa perniagaan mereka yang sedia ada ke Internet. Bagi saya, mereka telah membuka fikiran ke era perniagaan baru.

    Tetapi bila difikirkan dari sudut yang berbeza, apa salahnya juga sekiranya usahawan Internet membawa perniagaan mereka ke era perniagaan tradisional.

    Sekiranya ada ebook, ianya boleh menjadi buku yang dijual di kedai-kedai. Sekiranya ada blog, ianya juga boleh menjadi buku atau seminar secara tradisonal. Sekiranya menjual produk di Internet, apa salahnya juga membuka atau menyewa gerai sementara di pusat-pusat membeli belah. Dan berbagai cara lagi…

    Buka fikiran kedua-dua jenis perniagaan- perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet. Keduanya mempunyai keuatan masing-masing. Untuk maximize keuntungan perniagaan, gunakan kedua-duanya sekali- seperti yang saya sering lakukan.

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Angan-angan positif
  • Perniagaan Internet yang tiada persaingan
  • Latihan yang mungkin akan mengubah hidup anda!
  • The 4-minute Mile… benteng di minda

  • Dalam perniagaan, kita tidak lari dari rundingan, atau negotiation. Tidak kira, dengan pembekal, pelanggan, pengedar, dan sebagainya…

    Dalam buku The Art of Negotiation, dua petua untuk berunding dengan berjaya.

    1. Pihak yang ingin perundingan itu untuk berjaya, adalah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut. Ini bermakna, sekiranya anda ingin sesuatu rundingan itu berjaya, cara terbaik adalah, jangan tunjukkan bahawa anda ingin sangat perundingan tersebut berjaya. Be neutral… buat muka biasa sahaja.
    2. Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak satu lagi berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. Ini bermaksud, tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak satu lagi menerima rundingan anda.

    Lain kali bila anda berunding, ingat dua petua ini. Anda akan dapat lihat kekuatan rundingan akan berpihak kepada anda.

    ps: Petua #1 atas tu selalu saya guna bila nak tawar beli barang. Tawar-menawar tu kira berunding juga!

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kebolehan berunding dalam perniagaan
  • Tulis… jangan tak tulis!
  • Senyuman dalam perniagaan
  • Passion, Skill & Hardwork - simple!

  • Semalam (Ahad) saya keluar TV dua kali. Sekali jam 11 pagi untuk siaran live Nescafe Kick-Start final TV3. Dan sekali lagi jam 5 petang untuk rancangan Gedik Santai TV3 (rakaman). Di bawah beberapa screen shots bagi mereka yang terlepas…

    ksf1.jpgKick-Start Final berjalan dengan lancar bermula 11 pagi. Tahniah kepada pemenang Joo Nee memenangi RM150,000 (+RM30,000). Juga tahniah kepada finalist yang lain Derek, Ninie & Ashveen juga telah memenangi RM30,000 untuk memulakan (kickstart) impian masing-masing. Saya percaya Derek, Ninie & Ashveen walaupun tak menang the grand prize, akan terus mencapai cita-cita mereka dengan semangat & sikap mereka tunjukkan. Kalau ikutkan saya, saya nak keempat-empatnya menang. Satu yang saya takkan lupa adalah janji mereka berempat untuk terus mengejar impian mereka. So, I am looking forward to Malaysian 1st Yoga Magazine (with CD) “HatiYoga”, Legal Aid Mobile Clinic and also Malaysian bred opera & carnatic singer.

    Bagi saya, tidak kira siapa yang menang, kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan saya amat gembira & bangga dengan usaha & outcome keempat-empat peserta yang ditunjukkan. Technically, tiada yang kalah oleh kerana kesemuanya dapat memulakan dan meneruskan impian mereka dengan wang tajaan RM30,000 (banyak tu) :)

    ksf2.jpgBeberapa pihak saya ingin mengucapkan terima kasih (not in any order), firstly Nescafe/Nestle oleh kerana sponsor such a great program and also memberi peluang kepada saya jadi judge untuk season-3 ini. Popiah Pictures crew (production house) for being very professional- mudah bekerja dengan mereka (a shout out to Ping, Director and Anne, producer, congratulations on the new baby boy) and also giving me the opportunity to share the experience with you all. My fellow judges Weng Keong & Azah for making the whole experience a fun experience. Cheryl Samad- great host! It was great to get to know so many amazing people throught the whole experience. Also the participants! Ashveen, Derek, Ninie, Sam, Joo Nee, Salwa, Deja and Shawn.

    Tip Satu Minit:

    Sebenarnya kita tidak perlu menang any competition untuk capai impian kita. Sememangnya, kalau ada wang RM, boleh membantu. Tetapi, yang lebih penting adalah semangat & usaha. Ilmu dan pengalaman memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai apa sahaja cita-cita.

    gss1.jpgNext, pada pukul 5 petang pula rancangan Gedik Santai ditayangkan. A very fun program! Rakaman telah dilakukan bulan lepas. Topik yang diperbincangkan adalah “High Mentainance”. Host, Kak Engku & Shira dan tetamu lain adalah Syafinaz & Zahida Rafiq (high mentainance) dan saya (low mentainance). Terima kasih kepada TV3 atas jemputan tersebut.

    Sebenarnya nothing wrong dengan high mentainance. Ianya bergantung kepada industri… dalam Gedik Santai saya sebut:

    Takkan saya yang kerja depan komputer di rumah nak melaram. Nanti apa pula orang rumah kata… buang tabiat ke ni? :)

    gss2.jpgCertain industries memerlukan high mentainance- seperti hiburan, perniagaan dan banyak lagi. Pakaian kita akan menggambarkan personality kita. Saya selalu pakai simple adalah kerana personality saya yang agak simple. Tip Satu Minit:

    Ada masanya kita perlu high mentainance untuk memenuhi keadaan. Sebagai contoh, apabila saya ingin bertemu dan berunding dengan orang-orang penting, saya perlu juga pakai coat & tie. Tak boleh la saya pakai sweater yang ada hood macam di Nescafe KickStart! Macam budak nakal je, nak buat business macam mana? :)

    Insyaallah akan datang ada beberapa lagi appearance saya di TV. Saya akan announcekan bila tiba masa.

    Pendapat Anda? [26] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3
  • Rakaman Gedik Santai, TV3
  • Nescafe Kick-Start Finale LIVE
  • Nescafe Kick-Start mula disiarkan!

  • kslogo.gif

    Jemputan ke Nescafe Kick-Start final pada hari esok di Menara PGRM di Cheras. Jemputan beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

    Tempat: Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras
    Waktu: 10.00 pagi (jemputan). Shooting bermula 11.00

    Ada free gifts dari pihak penganjur (Nescafe)!

    Bagi mereka yng ingin melihat bagaimana shooting live dijalankan di hadapan audience, jemput-jemputlah datang :) . Setting ala-ala Akademi Fantasia- 3 judge duduk kat meja di depan.

    Nescafe Kick-Start ditayang secara langsung di TV3 pada pukul 11.00 pagi.

    Pendapat Anda? [13] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Nescafe Kick-Start mula disiarkan!
  • Irfan Khairi in Kick-Start reality TV!
  • Kick-Start & Gedik Santai

  • crayons.jpgTip perniagaan Internet berkaitan dengan laman web kali ini. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, had kan penggunaan warna.

    Sering kali bagi mereka yang baru-baru berjinak hendak membina laman web perniagaan Internet sendiri menggunakan pelbagai warna di laman web tersebut. Terlalu banyak warna akan memberi kesan TIDAK profesional.

    Introduce only a few main colors. Contoh, RahsiaInternet.com dan Tip Satu Minit menggunakan merah & hitam sebagai warna utama. CaraPromosi.com menggunakan merah & orange sebagai wana utama. NizalTalk pula menggunakan hijau dan orange sebagai warna utama.

    Kadang kala, kita membina laman web, terasa cantik apabila memasukkan pelbagai warna. Sebenarnya, terlalu banyak warna akan mengganggu pelawat (distracting).

    Sekiranya warna yang dicetak, kesannya tidaklah begitu ketara. Tetapi, untuk laman web perniagaan Internet, ianya menjadi lebih ketara oleh kerana monitor komputer memancarkan warna menggunakan cahaya.

    Kuncinya, kurangkan warna untuk memberi kesan profesional! :)

    PS: Ahad ini pukul 11 pagi TV3, Nescafe Kick-Start Finale LIVE. Jumpa di TV! Sebut tentang Nescafe Kick-Start, mereka juga menggunakan dua warna utama iaitu merah dan putih :)

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Warnai Perniagaan Anda
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com
  • Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidup
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…

  • Saya sering menekankan kepentingan ilmu dalam kejayaan. Tetapi, satu lagi elemen yang tidak boleh dilupakan adalah “imagination”. Einstein pernah menyebut:

    Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.

    Imagination juga boleh disebut sebagai gambaran dalam fikiran kita. Oleh kerana manusia adalah insan yang mereliasasikan cita-cita melalui gambaran, imaginasi adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan.

    Tiga langkah untuk mengasah imaginasi kita:

    1. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan sekerap yang mungkin (pagi, petang, siang, malam)
    2. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dengan penuh teliti & detail (sekiranya mempunyai rumah idaman, bayangkan jenis rumah, berapa tingkat, halaman besar mana, apa ada di halaman, apa ada di dalam rumah)
    3. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dalam jangka masa yang lama (simpan bayangan tersebut didalam kepala untuk lebih daripada 30 saat. Lebih daripada 1 minit sebaiknya)
    Pendapat Anda? [35] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kesitemewaan diri sendiri

  • Sambungan daripada posting semalam (tak sempat menulis panjang oleh kerana saya lakukan posting menggunakan PDA), seperti yang telah diberitahu saya menjadi selebriti jemputan untuk program Aura Rasa. Selebriti lain termasuk Pak Aziz Satar, Othman Hafsham, Abby dan beberapa lagi saya tak ingat oleh kerana semalam shooting episod ke 6.

    Seperti yang diberitahu oleh pakar aura, Dr Hazil kepada saya, manusia mempunyai tenaga elektromagnet yang dipancarkan melalui badan mereka. Tenaga ini diperbuat daripada ion-ion postif dan negatif dan menghasilkan pelbagai warna. Bab aura ni adalah dibawah tajuk metafizik. Dalam kejayaan juga, sedikit sebanyak  ada menyentuh metafizik. Hendak mengetahui lebih lanjut mengenaui aura sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Aura_(paranormal)

    aura.jpgSaja suka-suka, ini adalah gambar yang diambil menggunakan sensor aura.

    Laporan yang diberi kepada saya memang panjang lebar (beberapa mukasurat) dengan angka-angka saitifik, tapi untuk memberi gambaran keseluruhan, tenaga aura yang dipancarkan dari badan saya menurut aura adalah gabungan hijau pekat dan biru, bermaksud:

    Quick minded, goal-oriented, social, material, communicative, organizer, caring, sensitive, loving, helpful, loyal, peaceful, desire to be of service, nurturing.

    Kekuatan saya menurut cahaya pula adalah pada KEYAKINAN & KOMUNIKASI. Menurut Dr Hazil lagi, mungkin sebab itu kejayaan saya adalah dalam bidang saya kini, Internet, perniagaan & motivasi oleh kerana adalah gabungan komunikasi. 

    Apa pendapat anda? tepat tak sinar aura ini?

    Sebelum start rakaman, suspen juga saya, mana tau… takut-takut aura saya semua yang negatif je keluar ;)

    Terima kasih kepada production house yang tidak jemu memanggil saya. Moga pendedahan saya di media dapat menambahkan kepercayaan dan minat kepada perniagaan Internet untuk seluruh masyarakat Malaysia.

    Betul tidak bacaan Aura ni, wallahualam. Harapnya ruang ini tidak menjadi ruang debat benar atau palsu konsep aura ini. Bagi yang tak berminat atau tidak percaya dengan aura, anggap sahaja ini adalah antara possibilities of the universe. Macam saya kata, saja suka-suka sahaja, apa pun…

    Kejayaan datang dari diri sendiri & semua orang boleh berjaya jika itu yang diusahakan.

    Aura Rasa akan disiarkan di RTM tidak lama lagi.

    Pendapat Anda? [19] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penggambaran “Aura Rasa”, RTM
  • Berbelanja ke arah pendidikan - Osman Affan
  • Mengagihkan kerja = pulangan berganda
  • Shooting “Strategy X” di University of Oxford

  • Hari ini saya baru selesai shooting untuk rancangan baru “Aura Rasa” yang akan disiarkan di RTM. Konsep rancangan ini adalah saya bertemu dan berbincang dengan pakar membaca Aura mengenai tenaga aura saya.

    Insyaallah nanti saya akan kongsikan mengenai aura saya dan postkan gambar ;)

    Kali ini saya dijemput sebagai “Selebriti Jemputan”. Selalu sebagai tetamu jemputan sahaja.

    Baru la merasa jadi selebriti! ;)

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penggambaran “Aura Rasa”, RTM Bhg 2
  • Berbelanja ke arah pendidikan - Osman Affan
  • Mengagihkan kerja = pulangan berganda
  • Shooting “Strategy X” di University of Oxford

  • Siapakah pesaing anda yang paling hebat?

    Jawapan: Diri anda sendiri!

    Satu strategy kejayaan yang saya sering gunakan adalah bersaing dengan diri sendiri. Saya juga dapati cara ini digunakan oleh mereka yang berjaya termasuk Donald Trump, Lance Armstrong, Bill Gates dan ramai lagi.

    Sebab itu, selepas mencapai sesuatu, saya akan terus fikirkan, bagaimana hendak bersaing dengan diri saya sendiri dan hasilkan sesuatu kejayaan yang lebih?

    Dengan berfikir diri anda adalah pesaing anda paling hebat, anda dapat maintain momentum setiap hari untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk bersaing dengan kebolehan dan pencapaian anda sendiri. Dengan melakukan ini, anda akan improve standard pencapaian anda sendiri setiap hari! 

    Pernah terfikir, apa yang memandu saya untuk terus mengejar kejayaan? Inilah jawapannya. Saya sedang bersaing dengan diri sendiri :) Anda juga patut cuba lakukan ini juga!

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Siapa sebenarnya pesaing anda?
  • Plan B
  • Siapa cepat, siapa lambat?
  • Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda… (bhg 2)

  • Next Page »