"Terima kasih atas kunjungan anda ke Portal SK Gong Manak. Portal ini bertujuan membentuk satu komuniti pendidik dan pelajar berkongsi ilmu, pengalaman dan idea-idea yang mungkin dialami sendiri atau terbaca dari jutaan lamanweb yang tersedia di dunia siber. Portal ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini pendidikan dan hal ehwal semasa serta berkomunikasi antara satu sama lain. Untuk paparan yang baik, tukar resolusi monitor anda ke 1024x768 pixel."
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
Ko Kurikulum
PIBG
Aktiviti Sekolah
Album SKGM
Makmal Komputer SKGM
Berita
Berita Harian TheStar Online Harian Metro Utusan Online BERNAMA NSTP - eMedia The MalayMail Online ComputerTimes New Straits Times Sabah Daily Express ChannelNews Asia CNN ANTARA - Indonesia The Nation - Thailand BBC News FoxNews The NewYork Times NewsDay ABC News AssociatedPress
Renungan
"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."-- Sabda Rasulullah s.a.w
.:WARGA SK GONG MANAK MENGUCAPKAN:.
SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA MASYARAKAT TIONGHUA
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBERI LEBIH BANYAK SINARAN KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN KEPADA ANDA SEMUA
1.0 PENGURUSAN SEKOLAH
2.2 SAINS DAN MATEMATIK
::::::::::::::::::::: ABSTRAK PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 [BAB 2] :::::::::::::::
BAB 2 -SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN PERLETAKAN ASAS PENGENALAN 2.01 Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi penyediaan PIPP, KPM. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2.02 Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut: akses kepada pendidikan; ekuiti dalam pendidikan; kualiti dalam pendidikan; dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. 2.03 Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah dikenal pasti. Antaranya: memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI); meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar; membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan; dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. 2.04 Pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut: Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) 2.05 Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, selari dengan corak pemerintahan Pecah-Perintah yang diamalkan penjajah Inggeris. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Hanya dalam sekolah Inggeris sahaja kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan tersebut tidak dipersetujui oleh majoriti penduduk. 2.06 Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: a. Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu; b. Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina; c. Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan d. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) 2.07 Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. 2.08 Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) 2.09 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) bermatlamat untuk mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. 2.10 Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. 2.11 Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. 2.12 Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. 2.13 Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) 2.14 Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut: a. Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran dan penginstitusian prasekolah; b. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bermatlamat menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan; c. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; d. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; e. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan; f. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; g. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan h. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 2.15 Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:a. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;b. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;c. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;d. Penubuhan kolej matrikulasi;e. Penubuhan kolej komuniti;f. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dang. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010) 2.16 Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM. 2.17 Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama berikut: a. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003;b. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002);c. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;d. Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe-8);e. Pemberian Bantuan One-Off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi pelaksanaan Pendidikan Wajib (Bajet 2002 dan 2003). Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);f. Skim Baucar Tuisyen (SBT) memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);g. Anugerah Pengetua JUSA C dan Guru Gred Khas C diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan peluang kenaikan pangkat kepada guru di sekolah (Keputusan Jemaah Menteri, 2004);h. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004 (Berasaskan Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003);i. SPBT diperluaskan kepada anak-anak semua pegawai perkhidmatan pendidikan mulai 2006 (Pengumuman Timbalan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, 2005);j. Program Pemulihan dimantapkan dengan memperuntukkan guru pemulihan (Keputusan Jemaah Menteri, 2005);k. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);l. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan mulai 2005 (Keputusan Jawatankuasa Tan Sri Murad Mengenai Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, 2005);m. Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005);n. Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh;o. Menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah dilaksanakan mulai tahun 2006 (Keputusan Jemaah Menteri 2005);p. Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabangsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia (Keputusan Jemaah Menteri, 2006); danq. Kerjasama antara KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru, dan menambah baik norma perjawatan daripada 1.5n (n ialah bilangan kelas) kepada 1.7n (Keputusan Jemaah Menteri, 2006). 2.18 Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2.19 Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, KPM akan sentiasa peka dan prihatin kepada perubahan yang berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan menghasilkan modal insan beracuan sendiri. 2.20 Pencapaian penyediaan pendidikan dapat diperhatikan seperti di bawah:Prasekolah Bilangan sekolah KPM yang menawarkan prasekolah bertambah 2,156 (190.6%) daripada 1,131 pada tahun 1992 kepada 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 259.1 peratus, daripada 26,000 pada tahun 1992 kepada 93,376 pada tahun 2005. Bilangan kelas prasekolah yang disediakan oleh KEMAS adalah sebanyak 8,307, Jabatan Perpaduan Negara 1,500 kelas, Jabatan Agama Islam Negeri 962 kelas, ABIM 788 kelas dan pihak swasta 11,000 kelas. Bagi memastikan kualiti prasekolah yang disediakan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 2003 dan diwajibkan penggunaannya di semua prasekolah KPM dan swasta.Sekolah Rendah Bilangan sekolah rendah bertambah 773 (11.3%) buah, daripada 6,828 pada tahun 1990 kepada 7,601 pada tahun 2005. Pecahan mengikut lokasi dan jenis sekolah pada tahun 2005: 33.2 peratus sekolah terletak di bandar dan 66.8 peratus di luar bandar. 29.4 peratus SK di bandar dan 70.6 peratus di luar bandar. 49.5 peratus SJKC di bandar dan 50.5 peratus di luar bandar. 32.2 peratus SJKT di bandar dan 67.8 peratus di luar bandar. Bilangan Sekolah Kurang Murid (enrolmen kurang daripada 150) berjumlah 2,529 atau 33.3 peratus daripada jumlah sekolah rendah pada tahun 2005 yang mana 89.4 peratus daripadanya terletak di luar bandar. Enrolmen bertambah 28.2 peratus, daripada 2.45 juta (1990) kepada 3.14 juta (2005). Bilangan guru sekolah rendah bertambah 58.6 peratus, daripada 120,025 (1990) kepada 190,336 (2005). Sekolah Menengah Bilangan sekolah menengah bertambah 701 (52.8%) buah, daripada 1,327 pada tahun 1990 kepada 2,028 pada tahun 2005. 60.9 peratus sekolah menengah ini terletak di bandar dan 39.1 peratus di luar bandar pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 62.4 peratus, daripada 1.37 juta (1990) kepada 2.22 juta (2005). Bilangan guru sekolah menengah bertambah 88.5 peratus, daripada 72,455 (1990) kepada 136,598 (2005). Sekolah Swasta Sekolah rendah dan menengah swasta, termasuk sekolah antarabangsa dan ekspatriat bertambah 165 (132.0%) buah, daripada 125 pada tahun 1990 kepada 290 pada tahun 2005. Enrolmen bertambah 67.1 peratus daripada 62,229 (1990) kepada 104,009 (2005). Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sebanyak 17 sekolah rendah dan 77 sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah KPM sebagai sekolah agama bantuan kerajaan pada tahun 2005. Enrolmen sekolah rendah sebanyak 2,702 dan sekolah menengah 23,321 pada tahun 2005. Sekolah Teknik Bilangan sekolah teknik dan vokasional berjumlah 66 pada tahun 1990 dan meningkat menjadi 90 sekolah teknik (semua sekolah vokasional ditukar menjadi sekolah teknik) pada tahun 2005, iaitu pertambahan sebanyak 24 buah sekolah atau 73.3 peratus. Enrolmen bertambah 42.1 peratus daripada 30,691 (1990) kepada 72,838 (2005). 2.21 KPM telah dapat meningkatkan akses dan ekuiti dalam sistem pendidikan yang ditunjukkan melalui kadar penyertaan iaitu 96.0 peratus untuk sekolah rendah, 84.4 peratus untuk sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus untuk sekolah menengah atas pada tahun 2005. Di samping peningkatan dalam kadar penyertaan dan penyediaan akses dalam pendidikan, isu ekuiti telah diberikan perhatian, contohnya penyediaan infrastruktur asas telah disediakan di kebanyakan sekolah. Daripada jumlah keseluruhan 9,629 buah sekolah rendah dan menengah, hanya 767 buah atau 10.1 peratus sekolah rendah dan 28 buah atau 1.4 peratus sekolah menengah yang masih tidak dilengkapi bekalan elektrik 24 jam. 2.22 Dari segi pencapaian akademik, pelajar Malaysia menunjukkan pencapaian cemerlang dalam kajian antarabangsa berkaitan Sains dan Matematik iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. Berbanding kajian yang sama pada tahun 1999, kedudukan pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik meningkat dari tempat ke-16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Bagi Sains pula, kedudukan Malaysia meningkat dari tempat ke-22 ke tempat ke-20 dan mendahului 30 buah negara lain termasuk Norway dan Itali. 2.23 KPM terus berusaha menyediakan pendidikan khas kepada orang kurang upaya (OKU). Sehingga 2005, KPM telah membina 28 buah sekolah rendah pendidikan khas dan 4 buah sekolah menengah pendidikan khas. Selain itu, program pendidikan khas integrasi juga disediakan di sekolah-sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program ini meningkat daripada 564 pada tahun 2000 kepada 973 pada tahun 2005 atau 72.5 peratus. Dalam tempoh yang sama, lebih ramai pelajar dapat ditempatkan iaitu daripada 10,188 kepada 18,335 atau 80.0 peratus. 2.24 Dalam tempoh 15 tahun lalu, pendidikan teknik dan vokasional telah mengalami perubahan ketara. Pada tahun 1990 hingga 1995, sekolah menengah vokasional (SMV) telah bertambah daripada 57 kepada 69 buah yang melibatkan pertambahan enrolmen 17,639 (71.0%) pelajar dan lebih 1,823 (71.0%) guru. Manakala, sekolah menengah teknik (SMT) berjumlah 9 buah dengan enrolmen hampir 5,900. 2.25 Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja sains dan teknikal, langkah telah diambil untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam Matematik, Sains dan mata pelajaran teknikal. Antara tahun 1995 hingga 2000, sebanyak 65 SMV telah ditukar menjadi SMT. Dalam RMKe-8, penstrukturan semula sekolah menengah vokasional (SMV) kepada SMT telah dilaksanakan sepenuhnya. Penstrukturan semula ini meningkatkan enrolmen SMT dan pada masa yang sama mengekalkan aliran vokasional dan kemahiran yang ditawarkan. Aliran teknikal melahirkan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan sains manakala aliran vokasional dan kemahiran membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 2005, terdapat 90 buah SMT dengan enrolmen 72,838. 2.26 Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Projek Rintis Sekolah BestariSekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah yang mana 82 buah adalah sekolah sedia ada dan enam buah dibina baru iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1, SK Putrajaya 2, SMK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri Bintang Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5,809 komputer dan 261 pelayan. Komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari digunakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong pengajaran dan pembelajaran. SchoolNetProjek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital. Sehingga tahun 2005, 9,285 sekolah telah dirangkaikan. Projek MySchoolNetProjek ini dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran, perisian, sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif. Makmal PengkomputeranProjek ini menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta pelayan kepada sekolah. Sehingga 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayan. TV Pendidikan (TVP)KPM meneruskan perkhidmatan TVP bagi membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebelum tahun 2000, penyiaran TVP dibuat melalui RTM menggunakan pancaran terrestrial. Mulai tahun 2000, TVP dipancarkan melalui saluran ASTRO yang menggunakan satelit. Rancangan TVP dibangunkan berasaskan kurikulum dan sehingga tahun 2005, sebanyak 77 program disediakan. Sebanyak 9,500 sekolah dibekalkan lebih 11,700 set televisyen. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Untuk menjayakan projek ini, sekolah dibekalkan dengan komputer riba, Projektor LCD, skrin, troli, TV dan pencetak. Mata Pelajaran ICTKPM memperkenalkan mata pelajaran Information and Communication Technology, Grafik Berkomputer, Produksi Multimedia, Fundamentals of Programming, Program and Development Tools, Pemesinan Berkomputer, Aplikasi Komputer dalam Perniagaan, Animasi dan Rekabentuk Penerbitan, Penerbitan Multimedia Kreatif, Sistem Sokongan Komputer, Sistem Sokongan Rangkaian dan Program Literasi ICT bagi memperluas literasi komputer, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dan memupuk insan celik teknologi, budaya kreatif dan inovatif. Latihan ICT untuk GuruPelaksanaan ICT dalam pendidikan memerlukan guru yang berkemahiran dalam ICT. Sehubungan itu, KPM telah menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kemahiran guru. Sehingga tahun 2005, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam ICT. Projek Pengkomputeran PengurusanProjek ini menyediakan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT untuk menyokong sistem pengurusan KPM. Projek RMKe-8 meliputi Rangkaian KPMNet, Aplikasi Sistem Pentadbiran, Aplikasi Pengurusan Pendidikan, Pembangunan Sistem Penyediaan Infrastruktur, Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pemantauan Perancangan Sekolah. Pelaksanaan Aplikasi Pendaftaran Peperiksaan atas talian dimulakan pada tahun 2003 bagi mempercepatkan proses pendaftaran peperiksaan. JURANG PENCAPAIAN PENDIDIKAN 2.27 Walaupun banyak kejayaan telah dicapai, tetapi dengan cabaran dan keperluan baru terhadap pendidikan, masih banyak yang perlu diperjuangkan dan pelbagai usaha perlu dipertingkatkan. Antara isu yang masih dihadapi oleh KPM ialah: Penyediaan bekalan elektrik belum mencukupi khususnya di sekolah luar bandar 767 (10.1%) sekolah rendah tiada bekalan elektrik 24 jam 28 (1.4%) sekolah menengah tiada bekalan elektrik 24 jam Terdapat sekolah menggunakan jana kuasa elektrik berkuasa rendah yang tidak dapat digunakan untuk perkakasan ICT seperti TV dan komputer Penyediaan bekalan air bersih belum disediakan sepenuhnya terutama di sekolah luar bandar 1,517 (20.0%) sekolah rendah tiada bekalan air awam 68 (3.4%) sekolah menengah tiada bekalan air bersih awam Penyediaan bilik darjah belum mencukupi dan bilangan sekolah dua sesi masih tinggi 68 (0.7%) sekolah rendah dan menengah menumpang sepenuhnya di sekolah lain 858 (11.3%) sekolah rendah masih mengamalkan dua sesi 748 (36.9%) sekolah menengah mengamalkan dua sesi Bangunan sekolah yang lama (melebihi 30 tahun) memerlukan penyelenggaraan yang tinggi 5,951 (78.3%) sekolah rendah berusia lebih 30 tahun 870 (42.9%) sekolah menengah berusia lebih 30 tahun Kemudahan bilik/ makmal sains masih belum disediakan sepenuhnya 1,639 (21.6%) sekolah rendah tiada bilik sains 25 (1.2%) sekolah menengah tiada makmal sains Kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan KPM masih rendah di peringkat menengah 84.4 peratus penyertaan di peringkat menengah rendah 71.7 peratus penyertaan di peringkat menengah atas Masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) Lebih 115,000 (7.7%) murid Tahap 1 sekolah rendah belum menguasai 3M pada tahun 2004 Wujud keciciran (meninggalkan sistem persekolahan KPM) di kalangan murid Pada peringkat pendidikan rendah, kadar keciciran sebanyak 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999 hingga 2004 Pada peringkat menengah, kadar keciciran 9.3 peratus di bandar dan 16.7 peratus di luar bandar bagi kohort 2000 hingga 2004 Penyertaan dan pencapaian pelajar kurang upaya, anak Orang Asli dan Penan di Sarawak masih belum boleh dibanggakan Guru terlatih dalam bidang kritikal (Matematik dan Sains) belum mencukupi khususnya di kawasan pedalaman serta masih terdapat guru kontrak dan tidak terlatih 15,444 (8.1%) guru kontrak dan tidak terlatih di sekolah rendah 2,893 (2.1%) guru kontrak dan tidak terlatih di sekolah menengah Isu-isu lain dalam sistem pendidikan termasuklah: Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu. PENUTUP 2.28 Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan satu saiz untuk semua kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat dan masyarakat sekitar. Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan dengan menyediakan keperluan asas (di mana perlu) secara berterusan. Pada waktu yang sama, bagi berdepan dengan cabaran era globalisasi, KPM juga perlu merancang untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.
MUATURUN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 DI SINI
MARI BERFORUM !!
TARIKH KEMASKINI : 17 FEBRUARI 2007
Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gong Manak Cherang Ruku,16700 Pasir Puteh Kelantan Darul Naim, Malaysia. Tel: 09 - 6917126 Fax: 09 - 6917126
Copyright 2006. All rights reserved. Contact: skgm@zoom-a.com Powered by Shaharuddin b Busu
Senarai Aktiviti dalam masa 31 harI
[ Perhatian: Paparan tarikh adalah Bulan/Hari ]
:::::::::: TIP Keselamatan ICT :::::::::::::::
Kawalan Keselamatan Sistem Rangkaian Tanpa Wayar 1. Langkah-langkah pengukuhan sistem rangkaian tanpa wayar telah diperjelaskan dalam Arahan Keselamatan dan para 4.4.3.2 Malaysian Public Sector Management of ICT Security Handbook (MyMis) yang dikeluarkan oleh MAMPU pada 2001. 2. Selain dari langkah-langkah tersebut, serta pelaksanaan enkripsi ke atas wireless access point (AP), langkah-langkah pengukuhan lain ke atas sistem rangkaian tanpa wayar adalah seperti berikut:- (a) Meningkatkan keselamatan penggunaan wireless access point (AP) menerusi kaedah-kaedah berikut:- i. Menggunakan enkripsi dan network key yang kukuh dengan kombinasi pelbagai character seperti alphabet, aksara khas dan nombor. ii. Kerap menukar kata laluan atau network key; dan iii. Kawalan penggunaan MAC Address (b) Pengukuhan struktur rangkaian setempat boleh dilaksanakan seperti berikut: i. Mereka bentuk sistem rangkaian setempat supaya akses menerusi wireless access point (AP) perlu melalui tapisan keselamatan sewajarnya; dan ii. Mereka bentuk kawalan capaian menggunakan pengenalan pengguna (user authentication) melalui penggunaan Radius Server. (c) Pengukuhan keselamatan fizikal pula boleh dilaksankan seperti berikut; i. Memasang alat reflector yang akan mengawal pancaran signal radio wireles access point (AP) dalam jarak yang dikehendaki; ii. Menggunakan cat dinding yang khas yang dapat menghalang pancaran signal supaya dapat melampaui jarak yang dikehendaki seperti Defend Air Radio Shield Paint; dan iii. Menggunakan window shield yang dapat menghalang signal daripada melepasi melalui tingkap.
UBB 1 2007 UBB 2 2007 UBB 3 2007
TERKINI TAHUN 6
TARIKH : 25,26 & 27 FEB 07
CALON : 42 ORANG
JUMLAH LULUS :
MAKLUMAT STAFF
CARTA ORGANISASI SKGM UPSR 2005 UPSR 2006
PENGUMUMAN
PENTING !
KEPADA SEMUA GURU SKGM, SILA DOWNLOAD JADUAL UBB 1 DI RUANGAN MUAT TURUN.
FORUM SKGM
FORUM
SKGM Guestbook
Sebelum keluar anda dialu-alukan mengisi catatan dalam SKGM Guestbook.
JUMLAH PELAWAT