
Lukisan Perjamuan Terakhir (The Last Supper) yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci
| Apakah benar dakwaan oleh Dan Brown bahawa orang yang menyerupai wanita seperti dalam lukisan Perjamuan Terakhir yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci ini adalah isteri Yesus Kristus iaitu Maria dari Magdalena dan bukanlah Yohanes salah satu para pengikut Yesus? Dan Brown juga mendakwa bahawa imej pakaian yang dipakai oleh Yesus dan Maria seakan-akan sama seperti sepasang suami isteri? | ![]() |
Lukisan "Perjamuan Terakhir" dilukis oleh Da Vinci sebesar 460 x
880 sm di atas dinding di dewan makan Santa Maria delle Grazie pada tahun
1498. Jika melihat lukisan itu di tengah-tengah adalah Yesus Kristus sendiri
dan Da Vinci mengumpulkan 6 pengikutnya di sebelah kiri dan 6 pengikutnya yang
lain di sebelah kananNya. Da Vinci melukiskan lukisan ini bersesuaian dengan
Al-Kitab selain daripada penyusunan bilik makan yang menggunakan stail Rom
serta meja dan kerusinya. Da Vinci melukiskan seperti mana yang tertulis dalam
Yohanes 13:21-30.
|
|
Dalam lukisan itu, anda akan melihat reaksi pengikut-pengikut Yesus apabila Baginda memberitahu Dia akan dikhianati oleh salah seorang dari pengikutNya. Reaksi-reaksi yang dilukis ini adalah emosi yang ditunjukkan seperti preasaan terkejut, ingin menyoal siasat dan kemarahan (jika anda lihat pisau yang dipegang oleh Petrus). Pengikut yang dikasihi Yesus ini sememangnya Yohanes. Begitulah cara Rasul Yohanes yang melabelkan dirinya dalam Injil Yohanes. Yohanes tidak bermaksud untuk mengada-ada. Kasih Yesus yang besar ini sememangnya dicurahkan kepadanya walaupun dia tidak layak menerima kasih itu. Ia juga benar bagi kita, walaupun kita tidak patut menerima kasih Yesus, tapi Yesus tetap mengasihi kita dengan kasih yang besar. Dalam lukisan itu juga, Yohanes menutup matanya. Yohanes digambarkan orang yang suka tidur. Ini berlainan pula dengan hipotesis yang mengatakan ia Maria dari Magdalena. Imej yang dilukis seakan-akan seorang wanita ini bukanlah Maria. AlKitab jelas memberitahu bahawa pengikut yang dikasihi oleh Yesus adalah seorang lelaki dan bukanlah wanita. Jikalau ia Maria, maka persoalan ialah di manakah Yohanes. Keempat-empat injil dalam Perjanjian Baru melaporkan bahawa Yesus bermakan malam terakhir bersama-sama dengan para pengikutNya. Dan berdasarkan pada AlKitab inilah Da Vinci melukiskan gambar Yesus dan para pengikutNya. Persoalan ialah kenapa orang yang di sebelah Yesus ini dilukis seakan seorang wanita? Yohanes adalah pemuda mungkin dalam usianya 20an ketika beliau bersama Yesus. Ini adalah cara lukisan pada zaman rennaissance, lelaki muda dilukis dengan kulit cerah, tiada janggut dan bertubuh kecil.
Bila dibuat perbandingan dengan pelukis-pelukis lain pada zaman rennaissance didapati juga banyak pelukis yang melukis Yohanes, pengikut Yesus seorang yang muda, lembut dan tanpa janggut. Klik hiperpautan di bawah untuk melihat lukisan-lukisan tersebut
Lenardo Da Vinci juga melukis gambar seorang pemuda, Yohanes Pembaptis seperti di bawah.
Kedua-dua lukisan ini dilukis sekitar tahun Masihi 1510 dan 1516. Lihatlah pemuda ini tidak berjanggut. Oleh itu, orang yang dilukis sebelah Yesus adalah Yohanes anak Zebedee dan bukanlah Maria Magdalena seperti mana yang didakwa. Maria dari Magdalena merupakan wanita pertama yang menyaksikan kebangkitan Yesus dari mati. Maria memberitakan kebangkitan Yesus pada para rasul Yesus. Apabila kita melihat wajah-wajah hiba oleh para pengikut Yesus serta reaksi mereka setelah Yesus memberitahu bahawa salah seorang dari mereka akan mengkhianati beliau, mereka tertanya "Adakah saya yang mengkhianati Yesus?" Pertanyaan yang tersirat dalam lukisan selama lebih 500 tahun mungkin menanyakan kita balik adakah kita salah seorang yang akan mengkhianati Yesus. Lukisan fresko ini amat menyentuh hati bagi mereka yang benar-benar dapat menghayati mesej yang tersirat dalam lukisan itu. Adakah kita ini seperti Yohanes yang tidur bersikap tidak apa-apa. Adakah kita mempunyai kebenarian palsu yang ingin ditunjuk-tunjuk seperti Petrus yang pernah mengatakan dia sama sekali tidak akan meninggalkan Yesus seorang diri walaupun hakikatnya Petrus menafikan Yesus? Ataupun kita ini seperti Yudas seorang yang tamak akan wang duit? |