Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Adakah iman anda tergugat kerana membaca the Da Vinci Code?

Bagaimana reaksi anda bila membacanya?

 

Adakah novel ini berdasarkan fakta atau fiksyen?

Jika anda seorang Kristian, sejauh manakah anda mengetahui mana yang benar dan mana yang tidak benar?

 

Pengenalan

Novel The Da Vinci Code yang diterbitkan pada Mac 2003 dikarang oleh Dan dijual dengan larisnya. Setahun kemudian, novel ini dijual dengan larisnya ke serata dunia.

 

Apakah yang menyebabkan novel ini diminati begitu ramai? Hasil jualannya berjuta-juta dollar Amerika yang menimbulkan minat bagi pembacanya. Pengarang novel yang berdasarkan teori konspirasinya pada fakta-fakta sejarah yang tidak benar telah mencela AlKitab, Gereja dan Yesus secara keseluruhannya.

 

Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal-usul sejarah Gereja akan mempercayai semua yang diperkatakan dalam novel-novel ini.

 

Oleh itu Pelayanan SambalPetai telah menyediakan artikel-arkitel yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu demi menyahut cabaran-cabaran dalam novel tersebut dan memberikan kebenaran mengenai fakta-fakta yang dibentangkan.

 

Semoga dengan bantuan Tuhan, kita akan mendapat kebenaran di sebalik fakta-fakta yang tidak benar dalam novel ini.

 

 

Soalan lazim yang sering ditanya kenapakah umat Kristian tidak mengambil tindakan seperti mengharamkan penerbitan filem dan buku The Da Vinci Code. 

 

Memang senang kalau nak mengharamkan penerbitan filem dan buku ini tetapi dewasa ini kebebasan bersuara telah menjadi hak asasi kemanusiaan. Akan tetapi hak-hak ini mestilah diiringi dengan tanggungjawab.

 

Dalam hal ini, Dan Brown bukan sahaja mencela AlKitab dan Yesus tetapi memutar belitkan kebenaran dan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah. Akibatnya banyak yang telah diperdaya dan mempercayai bohongan tersebut.

 

Oleh itu, umat-umat Kristian memang tidak setuju dengan cara-cara yang dibuat oleh Dan Brown. Perbincangan dan forum-forum harus diadakan demi mengatasi dan memberikan kebenaran melalui fakta-fakta dan sejarah.

 

Klik hiperpautan di bawah untuk melayari laman-laman web yang berkenaan:

  1. Penebusan Kod Da Vinci

  2. Lukisan Perjamuan Terakhir

  3. Da Vinci Code in the Cinema

 

Tuhan memberkati semua!

 

 

[Kembali laman utama]