![]() |
Injil Yudas...Yudas yang mana? Artikel asal ini ditulis oleh Pat Zukeran dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
|
Tajuk utama akhbar-akhbar di
serata dunia melaporkan Injil Yudas yang
hilang dijumpai semula dan diterjemahkan. Laporan injil ini memberikan kisah baru kehidupan Yesus dan perhubunganNya dengan Yudas yang
digambarkan bukanlah seorang pengkhianat seperti yang digambarkan di dalam
Injil-Injil Perjanjian Baru. Malah dialah seorang hero
dan pengikut kanan
Yesus yang paling dipercayai di mana pengkhianatan Yesus adalah atas permintaan
Yesus sendiri. Injil ini juga menyatakan
Yesus mendedahkah ilmu rahsia kepada Yudas yang mengarahkannya menyerahkan
Yesus kepada pihak berkuasa Rum. Daripada menggambarkan ketamakan Yudas dan dihasut
syaitan,
Yudas setia menuruti arahan Yesus. Adakah
Injil Yudas ini mendedahkan suatu cerita baru Yesus? Adakah
umat Kristian patut bimbang akan sejarah dan persepsi baru ini?
Injil Yudas
dijumpai pada tahun 1978 oleh seorang petani di sebuah gua berdekatan El Minya
di Mesir tengah. Para cendikiawan mentarikhkan
penulisan teks qibli (Coptic text) ini di antara 300 T.M. dan 400 T.M.
Kebanyakkan cendikiawan percaya teks asal ini ditulis dalam bahasa Yunani
dan manuskrip asalnya ditulis di pertengahan abad kedua.
![]() |
Walaupun penulisnya tidak
diketahui, sudah pasti dia bukan Yudas atau pengikut Yesus yang
mengarangnya. Ia adalah ajaran Gnostik yang mula berkembang pada
zaman itu. Irenaeus adalah yang terawal membidas ajaran Gnostik kerana
penyelewengannya dalam penulisan beliau pada 180 TM.
Injil Yudas ini adalah sama dengan bahan-bahan risalah Gnostik yang dijumpai di sepanjang Nil termasuklah set Nag Hammadi yang mengandungi 45 teks Gnostik iaitu Injil Maria, Injil Petrus dan teks-teks lain. |
Apakah ajaran Gnostik ini?
Ajaran Gnostik berkembang dari abad kedua
hinggalah abad keempat. Apakah ajarannya? Ayat Gnostik berasal dari bahasa Yunani iaitu ayat gnosis ialah ilmu yang merujuk kepada mistik
atau ilmu rahsia dari Tuhan dan penyatuan diri sendiri dengan Tuhan. Berikut adalah ringkasan falsafah Gnostik. Pertama, Gnostik mengajar ilmu rahsia dualisme iaitu kebendaan duniawi adalah jahat dan alam rohani adalah suci. Kedua, Tuhan tidak mendekati manusia tetapi manusialah mendekati Tuhan, yang pada dasarnya bersifat ketuhanan. Tuhan adalah ruh dan cahaya dalam setiap individu. Bila seseorang itu mengenali dirinya, dia akan memahami kesemuanya. Ketiga, masalah asas dalam ajaran Gnostik bukanlah dosa tetapi kejahilan. Cara untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan ialah mencapai ilmu mistikal. Keempat, keselamatan dicapai dengan memperoleh ilmu atau gnosis diri dan alam semulajadi yang sebenarnya. Kelima, matlamat ajaran Gnostik ialah penyatuan dengan Tuhan. Ini dicapai dengan membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci ini supaya perjalanan jiwa individu melalui angkasa mengelakkan diri dari setan-setan dan menyatukan dirinya dengan Tuhan |
![]() |
Gnostik mengajar Yesus tidak berbeza dari para pengikutNya. Mereka yang memperoleh persepsi Gnostik akan menjadi Kristus seperti Yesus. Profesor agama dari Universiti Princeton, Dr. Elaine Pagels menulis, ‘Sesiapa yang mencapai gnosis bukan lagi seorang Kristian tetapi Kristus”. Dengan ini, Yesus bukanlah Anak Tuhan yang unik yang mati untuk dosa dunia tetapi seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada pengikutnya yang layak menerimanya.
Falsafah Gnostik adalah
berbeza dari ajaran-ajaran Perjanjian Lama dan Baru. AlKitab menentang ajaran Gnostik
berkenaan dengan doktrin asas sifat-sifat Tuhan, Yesus, kebendaan duniawi,
dosa, keselamatan dan kehidupan akhirat. Para Yahudi
dan Kristian menentang ajaran Gnostik sebagai ajaran sesat begitu juga Gnostik
yang menentang ajaran Kristian. Injil Yudas mengajar falsafah Gnostik. Seperti risalah Gnostik yang lain, persamaan Injil Yudas dengan
Perjanjian Baru hanyalah sedikit sahaja. Injil Yudas ini bercanggah dengan
Perjanjian Baru dalam 2 perkara besar:
![]() |
Falsafah Gnostik bercanggah
dengan Alkitabiah Kristian dan Injil Yudas menggambarkan Gnostik dan bukanlah
teologi AlKitabiah. Contohnya,
falsafah Gnostik yang menggambarkan misi Yesus digambarkan dalam Injil Yudas
ini. Dr. Marvin Meyer, seorang professor AlKitab dari
Kolej Chapman, merumuskan misi utama Yesus berdasarkan injil ini. “Kematian Yesus dalam Injil Yudas ini bukanlah
suatu tragedi mahupun jahat untuk pengampunan dosa-dosa..
Kematian adalah jalan keluar dari kewujudan fizikal absurd yang bukanlah suatu perkara yang
ditakuti. Jauh dari kesedihan, tujuan kematiaan Yesus membebaskanNya
dari tubuhnya supaya Dia dapat pulang ke rumahNya di syurga dan dengan
mengkhianati Yesus, Yudas membantu kawannya untuk melucutkan diri dari tubuhnya
dan membebaskan diri dalamnya Misi Yesus dalam Perjanjian Baru
jelas ternyata. Dia
datang untuk mati bagi penebusan dosa-dosa dunia dan menguasai kubur melalui
kebangkitan tubuhNya. Bertentangan dengan Injil
Yudas yang mengajar Yesus yang ingin mati untuk membebaskan diriNya dari pemenjaraan
tubuhNya. Selain itu, ajaran asas Gnostik
ialah masalah manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan. Yesus
bukanlah Penyelamat tetapi hanyalah seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia
kepada orang yang layak menerimanya. Yudaslah yang
dianggap yang layak memnerima ilmu ini. Dr Meyer menulis, “Bagi Gnostik, masalah asas bagi manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan dan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini bukanlah melalui iman tetapi melalui ilmu. Dalam Injil Yudas, Yesus menyampaikan kepada Yudas dan pembaca-pembaca injil ini – ilmu yang dapat menghapuskan kejahilan dan membawa kesedaran pada diri sendiri dan Tuhan” |
Ajaran Gnostik juga berpandangan dunia fizikal ini
jahat. Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini. Tetapi Dia
mencipta aeon-aeon malaikat-malaikat yang kemudiannya akan mencipta, menjaga
ketenteraman dan menguasai dunia fizikal ini. Oleh kerana
kebendaan itu tidak suci, maka Tuhan tidak memasukki secara langsung ke dalam
ciptaan fizikal ini. Dalam Injil
Yudas, Yesus bertanyakan kepada pengikutnya, “Bagaimanakah anda mengenali
saya” Mereka tidak menjawabnya betul. Sebaliknya Yudas
menjawab, “Saya tahu siapakah kamu dan dari mana kamu datang. Engkau
datang dari alam kekal Barbelo”
Barbelo dalam ajaran Gnostik
ialah emanasi Tuhan pertama, yang biasanya disebut sebagai ibu dan ayah.
Oleh sebab Tuhan tidak memasukki dunia yang
tidak suci ini, alam perantara Barbelo dimana dunia fizikal ini dicipta tanpa mencemarkan
Tuhan.
Jelasnya, Barbelo adalah istilah
Gnostik dan asing dari ajaran Kristian. Yesus menyatakan dalam Yohanes
|
Sebab-sebab Injil Yudas bukan sebahagian dari Perjanjian Baru Kedua, alkitabiah yang diilhamkan
itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan yang benar dan bukan
sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan
kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak
konsisten dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru. Perjanjian Lama mengajar Tuhan mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik. Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia fizikal ini dan mengisytiharkannya baik. |
![]() |
Kedua, alkitabiah yang diilhamkan
itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan yang benar dan bukan
sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan
kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak
konsisten dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru.
Perjanjian Lama mengajar
Tuhan mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik.
Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia
fizikal ini dan mengisytiharkannya baik.
Ajaran Gnostik juga mengajarkan
Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini sebab bahan-bahan dunia ini tidak suci,
maka Tuhan menciptakan aeon-aeon dan malaikat-malaikat. Makhluk-makhluk inilah yang menciptakan
alam fizikal. Dalam Injil Yudas, Yesus
mendedahkah kejadian dunia ini, kemanusiaan dan para aeon dan para malaikat.
“Biarlah 12 malaikat-malaikat dijadikan untuk menguasai huru hara dan alam ghaib. Dan lihatlah dari awan datangnya malaikat yang mukanya berpancar cahaya dengan api serta penampilannya dicemari dengan darah. Namanya ialah Nebro yang bermaksud pemberontak. Saklas, malaikat yang lain itu juga datang dari awan. Nebro mencipta enam malaikat-malaikat lain begitu juga dengan Saklas untuk menjadi pembantu masing-masing. Maka terjadi 12 belas malaikat-malaikat ini dan masing-masing mempunyai bahagiannya dalam syurga.
Ia juga mengatakan,
“Saklas memberitahu malaikat-malaikatnya, “Marilah kita mencipta manusia yang menyerupai kami dan imej kami. Mereka mencipta Adam dan isterinya Hawa dalam awan yang dipanggil Zoe”
Ini amat bercanggah dengan ajaran dalam Perjanjian
Lama dimana Tuhanlah yang menciptakan dunia ini. Tuhanlah juga yang mencipta Adam dari tanah dan isterinya Hawa dari
Adam.
Injil Yudas
juga
bercanggah dengan ajaran Perjanjian Baru juga. Ia mengajar tubuh itu jahat dan Yesus
ingin membebaskan diriNya dari tubuh fizikalNya. Yesus
mengarahkan Yudas, “Tetapi engkau (Yudas) akan melebihi dari mereka.
Engkau akan mengorbankan orang yang berpakaiankanku” Melalui kematian Yesus
dengan bantuan Yudas akan membebaskan rohNya untuk
bersatu dengan Tuhan.
Perjanjian Baru mengajarkan
bahawa Yesus tidak pernah ingin membebaskan diriNya dari tubuhNya. Faktanya, Yesus mengajar bahawa
kebangkitanNya adalah kebangkitn fizikal (Yohanes
Paulus mengajar dalam 1 Korintus 15 berkenaan
dengan kebangkitan tubuh. Dia menerangkan bahawa Yesus bangkit dari maut dan
sebanyak 500 orang saksi yang bersaksi akan fakta ini.
Dia juga menerangkan kebangkitan tubuh itu ialah tubuh
fizikal tetapi berlainan dengan tubuh kita di dunia ini. Semasa
kebangkitan, tubuh umat Kristian akan dimuliakan. Ini
jelas bercanggah dengan ajaran Gnostik yang
Kesimpulan
Sungguhpun dengan adanya gembar-gempur
dari pihak media, Injil Yudas ini sama sekali tidak
menjejaskan kesahihan Injil-Injil mahupun menidakkan keTuhanan Yesus. Injil ini tidak boleh dianggap sebagai kitab suci yang diilhamkan
seperti buku-buku dalam Perjanjian Baru. Ia
ditulis pada lewat abad kedua dan ia tidak ditulis oleh Rasul Yesus atau orang
terdekat dengan rasul. Ajaran-ajarannya juga bercanggah
dengan Perjanjian Lama dan Baru. Informasi yang
sedikit dibentangkan itu tidak boleh dijadikan bahan bersejarah. Injil Yudas memberikan
kita gambaran yang lebih kepada permulaan Gnostik. Ia tidak membentangkan fakta sejarah Yesus yang boleh menjejaskan Perjanjian Baru jua.
*istilah kanon adalah senarai daftar masuk ke dalam Perjanjian Baru yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.