|
Berikut adalah artikel yang
dipetik dari laman
web ini pada April 6, 2006 yang ditulis dalam bahasa Inggeris :
 |
Jesus may not have
walked on water as the Bible claims but rather skated on ice formed
through a freak cold spell, a scientific study has suggested.
Rare atmospheric and water conditions
could have caused ice to form on the freshwater Sea of Galilee. The
research shows a period of cooler weather swept what is now northern
Israel from 1,500 to 2,600 years ago. Sub-zero temperatures could
have caused the formation of ice thick enough to support the weight
of a man.
"Springs ice"
The story of Jesus walking on water
is recorded in three of the four Gospels, but Professor Doron Nof,
an oceanographer from Florida State University insists his research
points to a scientific rather than miraculous explanation.
"If you ask me if I believe
someone walked on water, no, I don't," Prof Nof told Reuters.
"I believe something natural was there that explains it."
The research involved a study of the
surface temperatures of the Sea of Galilee along with air
temperature and wind records.
Partially submerged in water, the ice
patches, known as "springs ice", may not have been noticed
by observers standing at a distance.
"Because the size of the springs
ice, a person standing or walking on it would appear to a distant
observer to be 'walking on water'," Prof Nof wrote in the
report's conclusion. |
Profesor Doron Nof dari Universiti Florida
State mengatakan Yesus tidak berjalan atas air seperti tetapi
sebaliknya beliau berjalan atas ais. Bongkah-bongkah ais ini dihasilkan
melalui gabungan antara air dan keadaan atmosfera yang jarang-jarang
berlaku di Laut Galilee pada 2000 tahun lalu yang mampu mengambil berat manusia. Prof Doron
tidak percaya pada mukjizat dan percaya lebih pada sebab-sebab semulajadi.
Prof Doron juga mengatakan bahawa para
pengikut Yesus yang berada di atas perahu itu sukar melihat ais
kerana Yesus berdiri pada jarak yang jauh dari perahu itu. Oleh itu para
pengikutnya seakan-akan melihat Yesus berjalan di atas air.
Dakwaan Prof Doron boleh didebatkan dengan
2 argumen di bawah:
| 1 |
Musim pada waktu itu
tidak memungkinkan pembentukkan ais di permukaan laut. |
|
Pada awal hari di mana
Yesus dikatakan berjalan air, Yesus melakukan mukjizat dengan
memberikan makanan kepada 5000 orang. Suasana pada waktu itu "tempat
itu banyak rumput" seperti direkodkan dalam Yohanes 6:10.
Kesaksian dari Markus (Markus 6:39) juga menyatakan suasana pada
hari itu "rumput hijau". Melihat dari segi konteks yang
disebutkan peristiwa ini berlaku bukan pada musim sejuk tetapi pada
musim yang sesuai bagi pertumbuhan rumput hijau. Maka musim ini
tidak memungkinkan pembentukkan ais. Dalam konteks Yohanes 6 dan 7,
peristiwa Yesus berjalan atas air berlaku sebelum hari raya Yahudi (hari
raya Pondok Daun atau Feast of Tabernacle (Shukkot)) yang
berlaku pada bulan Oktober. Waktu itu ia memasukki musim panas. Oleh
itu cuaca yang panas ini tidak membolehkan terbentuk ais.
|
| 2 |
Para pengikut yang melihat kejadiaan luar biasa ini
tahu membezakan ais dan air. |
|
Para pengikut Yesus
bukanlah orang baru di Laut Galilee malah mereka ini adalah nelayan
yang berpengalaman dan tahu apa yang mereka lihat itu. Mereka
bukanlah bodoh. Walaupun mereka melihat Yesus dari jarak jauh, namun
Yesus tetap berjalan ke arah mereka. Oleh itu dalam jarak yang dekat
ini juga, para pengikut sudah pasti tahu adanya ais atau tidak. Ais
ini sememangnya besar untuk menampung berat manusia. Sememangnya
Yesus berjalan atas air! Petrus juga dapat berjalan atas air! |
Yesus berkuasa atas segala alam
semulajadi
Pelbagai jawapan naturalis cuba diberikan
untuk semua mukjizat yang dilakukan Yesus. Bagi mereka yang bersifat anti
mukjizat, mereka akan menafikan kuasa Yesus yang dilakukanNya walaupun
jawapan mereka itu pelik dan sukar diterima. Walapun Yesus boleh melakukan
pelbagai mukjizat, namun AlKitab ingin memfokuskan perhatian kita kepada
siapakah Yesus sebenarnya.
Mukjizat dan kuasa Yesus menunjukkan kita
bahawa Dia dapat mengawal hukum-hukum alam semulajadi dan hanya Dia
sahajalah yang dapat mengatasi dan berada di luar hukum-hukum alam ini
tidak lain dan tidak bukan dinyatakan kepada kita melalui AlKitab dalam
Kolose 1:16-17
|
"karena
di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga
dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik
singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa;
segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. Ia ada terlebih
dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia." |
|
|
terjemahan
dalam AlKitab Terjemahan Baru indonesia |
|
"Segala sesuatu ada di dalam Dia"
menyatakan bahawa Yesus berkuasa dalam segala-galanya. Yesuslah yang
mentadbir bumi dan langit dan semuanya berada dalam tanganNya. Dialah
mencipta segala-galanya dan Dialah menguasai hukum-hukum alam kita.
Inilah Yesus, Pencipta alam semesta dan Dia
jualah Tuhan dalam kehidupan kita. Segala-segala petunjuk dan petanda
menunjukkan Dialah berkuasa dan Dialah kamu harus ikuti.
|