
       |
|
|
KULIAH
|
Minggu |
Jadual Kuliah |
|
Bahagian 1: Pengenalan
dan teori |
|
Kuliah 1 |
PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI
BELIA
Definisi belia, perbezaan
antara belia masa kini dan sebelumnya. |
|
Kuliah 2 |
TEORI DAN KAEDAH DALAM
PENYELIDIKAN PSIKOLOGI BELIA
Teori-teori perkembangan
remaja (teori psikoanalitik, kognitif, tingkah laku dan
kognitif sosial, teori kontekstual dan ekologi dan pendekatan
eklektik dalam memahami remaja. Juga dibincangkan metod
penyelidikan saintifik dan cabaran dalam menjalankan
penyelidikan. |
|
Kuliah 3 |
ASAS BIOLOGI, PERUBAHAN
BALIGH DAN KESIHATAN
Evolusi dan perkembangan
remaja, interaksi baka dan persekitaran, perubahan akil baligh,
dan kesihatan remaja. |
|
Kuliah 4 |
PERKEMBANGAN KOGNITIF
REMAJA
Meninjau pandangan Jean
Piaget dan Lev Vygotsky dalam hal-hal perkembangan kognitif.
Juga pandangan pendekatan pemprosesan maklumat, ujian-ujian
kecerdasan dan kognisi sosial. |
|
Kuliah 5 |
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Proses-proses kekeluargaan
yang semulajadi, hubungan ibu bapa dan remaja, hubungan antara
adik beradik, dan perubahan-perubahan dalam keluarga dalam
masyarakat yang dinamik.
|
|
Kuliah 6 |
HUBUNGAN RAKAN SEBAYA
Meneliti sifat semulajadi
hubungan rakan sebaya, makna persahabatan, kumpulan-kumpulan
rakan sebaya, corak hubungan berlainan jantina
|
|
Kuliah 7 |
PERSEKOLAHAN
Membincangkan persekitaran
sekolah remaja, transisi persekolahan, masalah buang sekolah,
interaksi dengan guru dan ibu bapa, kesan status sosioekonomi
dan etnik, polisi sosial dan pendidikan untuk remaja yang
mempunyai masalah pembelajaran dan pelajar yang gifted.
|
|
Kuliah 8 |
Ujian pertengahan Semester
BUDAYA
Makna budaya dan
kesesuaiannya dalam kajian-kajian remaja, melihat isu-isu taraf
sosioekonomi dan kemiskinan, etnisiti, pengaruh media, polisi
sosial dan teknologi. |
|
Kuliah 9 |
IDENTITI DAN KENDIRI
Menerangkan makna kendiri
(pemahaman diri), penghargaan dan konsep kendiri mengikut
Erikson dan Marcia. Juga pengaruh keluarga terhadap identiti,
aspek budaya, gender, dan etnik terhadap identiti, serta
intimasi.
|
|
Kuliah 10 |
GENDER
Pengaruh biologi, sosial
dan kognitif ke atas peranan gender dan stereotaip peranan
gender, perbezaan dan persamaan antara remaja lelaki dan wanita,
isu-isu kontroversi mengenai peranan gender, klasifikasi gender
dan perubahan perkembangan gender. |
|
Kuliah 11 |
SEKSUALITI
Membincangkan seksualiti
remaja dari sudut perkembangan individu normal, budaya seksual,
seksual identiti, sikap dan tingkah laku seksual remaja,
kehamilan luar nikah; punca dan kesannya ke atas remaja dan
masyarakat, penyakit-penyakit kelamin, pengetahuan seksual dan
pendidikan seks, dan gangguan seksual serta kesihatan seksual
remaja dan polisi sosial. |
|
Kuliah 12 |
PERKEMBANGAN MORAL
Membincangkan perkembangan
moral (dari sudut pemikiran Piaget dan Kohlberg), tingkah laku
moral, perasaan moral, sikap menolong (altruistik) dan
pendidikan moral sebagai satu kurikulum. Selain itu lain-lain
teori moral, persoalan nilai, agama, dan gerakan kultus (cult)
juga turut dibincangkan.
|
|
Kuliah 13 |
PENCAPAIAN, KARIER, DAN
PEKERJAAN
Memfokuskan kepentingan
pencapaian remaja seperti motivasi ekstrinsik dan intrinsik,
atribusi, pencapaian matlamat, perkembangan karier. Ini
termasuklah teori-teori perkembangan kerjaya, pekerjaan,
pekerjaan sambilan, transisi dari sekolah ke pekerjaan, dan
belajar melalui pengalaman kerja. |
|
Kuliah 14 |
MASALAH-MASALAH REMAJA
Membincangkan
masalah-masalah remaja dari segi tingkah laku abnormal remaja
yang dikaitkan dengan pelbagai sebab. Mengenali ciri-ciri
kecelaruan remaja, pengambilan dadah dan alkohol, masalah
delinkuens remaja, depresi dan bunuh diri, masalah-masalah
pemakanan, intervensi dan prevensi, serta stres dan cara
menanganinya. |
  |
|
|
|