Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Pendapat yang sahih berkenaan hukum sembahyang berjemaah (kecuali sembahyang Jumaat) adalah fardu kifayah. Oleh itu kefarduan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan (Ahlul Baldah) melainkan setelah ia didirikan dengan jelas. Sekiranya ia tidak didikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka semua penduduk tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka.

Dalil ia disyariatkan ialah Firman Allah Taala yang bermaksud ::

Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (dari kalangan sahabatmu ) lalu kamu hendak mendirikan sembahyang bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (sembahyang) bersamamu.

Ayat ini adalah ayat yang berkenaan dengan sembahyang dalam keadaan takut. Sekiranya terdapat perintah supaya sembahyang secara berjemaah walaupun dalam keadaan takut maka melakukannya dalam keadaan aman adalah lebih aula (utama).

Kaum wanita tidak digalakkan solat berjemaah di masjid dan lebih digalakkan solat berjemaah di rumah. Walau bagaimanapun mereka boleh pergi ke masjid untuk sama-sama mengerjakan solat berjemaah, namun mestilah mematuhi beberapa syarat, seperti dilarang memakai perhiasan dan bauan. Hal ini demikian keran dikhuatiri akan berlaku fitnah yang membawa seseorang kepada keburukan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Janganlah kamu larang wanita –wanita itu pergi ke masjid tetapi dirumah adalah lebih baik bagi mereka. ( Riwayat Ibn Umar)