Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

KOGURU
PENGENALAN
ALUAN
PERKHIDMATAN
BAHAGIAN
ORGANISASI
PROSES
ATURAN
UUK
KELULUSAN
BERITA
BORANG
LINK

 

 

 

 

 

No. Pendafataran :

 4128

KOD : T0203

 

 

KOPERASI GURU-GURU TERENGGANU BERHAD

Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad diasaskan pada 10 Ogos 1965. Pada mulanya ia dikenali sebagai Sharikat Bekejasama Jimat Cermat dan Pinjaman Guru-Guru Yang Di-Persatukan Trengganu Berhad. Pada tahun 1976 ia dikenali sebagai Koperatif Guru-Guru Trengganu Berhad. Ia sekali lagi bertukar nama kepada Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad. Ia masih menggunakan nama ini hingga sekarang. Anggota yang berdaftar di bawah koperasi berjumlah lebih kurang 8331 orang anggota. Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad menyediakan perkhidmatan seperti pembiayaan(pinjaman) kepada anggota yang berdaftar dengan koperasi. Antara pembiayaan yang disediakan ialah ialah pembiayaan segera,pembiayaan mustahak,pembiayaan pelancongan, pembiayaan insuran dan lain-lain lagi. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu anggota yang mengalami masalah kewangan dan memudahkan anggota memperolehi apa yang mereka ingini. Selain itu anggota yang berdaftar juga mendapat banyak kemudahan yang disediakan oleh koperasi. Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi anggota koperasi ialah mestilah seorang guru yang berkhidmat di Terengganu dan jawatannya adalah tetap. Kepada mereka yang ingin menjadi anggota bolehlah mendapatkan borang di Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad. Pembiayaan pertama boleh dibuat apabila anggota menjadi anggota selama enam bulan. Setiap pembiayaan mempunyai tempoh yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-kedua pihak. Selama ia ditubuhkan Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad telah mempunyai empat orang pengerusi. Berikut adalah nama-nama pengerusi yang telah menerajui koperasi :

  1. Haji Abd. Aziz B. Abas (10/8/1965 - 22/10/1966)

  2. Haji Engku Haji Ubaidullah B. Ahmad (28/6/1966 - 21/6/1994)

  3. Haji Yaakub B. Haji Mohd (22/6/1994 - 24/6/2000)

  4. Haji Alias B .Yahya (24/6/2000 - sekarang)

Terdapat tiga bahagian yang mempunyai peranan masing-masing dalam menguruskan pembiayaan kepada anggota koperasi. Setiap bahagian menguruskan pembiayaan yang berasingan. Anggota dikehendaki menghantar borang ke bahagian yang betul untuk memudahkan anggota mendapat pembiayaan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini.

 

 

KOGURU ] [ PENGENALAN ] ALUAN ] PERKHIDMATAN ] BAHAGIAN ] ORGANISASI ] PROSES ] ATURAN ] UUK ] KELULUSAN ] BERITA ] BORANG ] LINK ] 

                                                                                                                                                               

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan komen tentang laman web ini, sila email ke webmaster@koguru.com.my.                                                                                               
Hakcipta 2002 KOPERASI GURU-GURU TERENGGANU BERHAD
Diubah pada : Jun 13, 2002