kembali ke halaman utama+

aktiviti | dari PPM | komen | email | download | kelana | isu

komen

_Kenangan Tsunami dan Banjir Besar  
 
sijil dari pada sultan        

Sebagai warganegera yang bertanggungjawab, saya bersama-sama keseluruhan krew pengakap kelana negeri Kedah terlibat dalam kerja-kerja sukarelaan dengan memberi bantuan kepada mangsa tsunami di Kota khususnya di Penempatan Sementara Haji Kudong Di Sekolah Haji Sulaiman mulai 1 hingga 15/01/05. Saya dan krew pengakap kelana mendapat serba sedikit pelajaran dan membelajaran, dan disini kita dapat lihat bagaimana NGO seperti Mercy, Salam Malaysia dan PBSM melakukan tugas cukup baik dan serba lengkap walaupun kami tak sepopular badan NGO yang lain tapi kami menjalankan kerja dengan 'sehabis baik'. Sepatutnya kita para saudara pengakap perlulah sedar adakah kita mendiamkan diri sahaja atau hanya cukup berkata 'kesian''. Bencana berlaku di mana-mana... ingat kata-kata BP 'sentiasa bersedia' dalam apa jua perkara susah dan senang tak kira masa aman dan masa perang kita perlu bersedia.

Seperkara lagi pada musim banjir teruk di kawasan Perlis dan Kedah juga ada juga cerita-cerita menarik dari krew kelana yang lain ketika membantu mangsa banjir. Maaf waktu tu saya tak dapat nak pergi kalau ikutkan kena sediakan sekurang-kurangnya 20 orang krew dengan keupayaan 2 boat atau sampan dan bekalan yang cukup selama seminggu.Tapi sebaliknya, krew kelana KLIUC bersama Sri Angkasa turun membantu mangsa yang mengambil masa 8 jam perkhidmatan kalau diikutkan dalam Kursus Manikayu 3 dah confirm lepas siap sebab penguji pun ada sama! En. Shamir pernah kata kat Drs. kalau depa ambik kmk (singkatan bagi Kursus ManiKayu) peringkat 3 bagi 8 jam perkhidmatan sosial lepas nih!. Ok! geng KLIUC nanti mai lagi kita ambik kursus sekali... sebab editor nih tak ambik lagi peringkat 2... hehehehe! sorrii!!! kalau ada kursus kat mana-mana kat Malaysia saya akan turun

  atas adalah sijil pemberian sultan bukti yang mana Pergerakan kita berkhidmat di Haji Kudong ketika tsunami yang lalu
 
  kami berkerjasama dengan MBNK, JPA3 negeri Kedah dan Beliawanis Sik, gambar ini diambil di kantin sekolah
     
     
  gambar dipadang sekolah kat belakang tu kanopi untuk pakaian terpakai dan stor logistik MBNK      
                 
_Perkhabaran dari geng NGO
 
Ini imej pemberian Abang Usop dari Kota, tq! kepada Abang Usop atas kesudian memberi segala imej mengenai tsunami tahun lepas dan saya juga membalas pula kepada Abang Usop dengan memberi informasi, gambar-gambar dan fail berkaitan dengan tsunami. Pada awalnya saya dengan Abang Usop kenal masa di Haji Kudong, yang mana saya ditugaskan membantu pihak Majlis Belia Negeri Kedah. Abang Usop ni selalunya datang dikantin (waktu malam masa di Haji Kudong dulu) sebab pada siang hari dia sibuk pergi cuci rumah juga membantu dan mendengar masalah penduduk PPRT. Sekarang dia dah jadi Kommander Pasukan Bantuan PBSM Unit 34 Kota Kuala Muda, perlantikan secara rasmi dibuat pada 4/1/06 dengan acara rasmi di Penempatan Sementara Permatang Katong. Gambar disebelah bersama bot PBSM yang baru dengan kehadiran Abang Usop ditengah dengan Tuan Puteri Intan Syafinaz dan Pegawai-Pegawai dari PBSM Negeri Kedah.
Comander Yusuf Awang dengan anak buah  
 
Abg Usop Kommander Pasukan Bantuan PBSM Unit 34 Kota Kuala Muda dengan pegawai dan ahli kumpulannya
   
Tuan Puteri dengan PBSM Kedah
Penaung kehormat Tuanku Puteri Intan Syafinaz memeriksa bot untuk diberikan kepada Pasukan Bantuan PBSM Kuala Muda
   
   
 

aktiviti | dari PPM | komen | email | download | berita | kelana | isu

down_banner