dari PPM | komen | email | download | berita | kelana | isu
![]()
| _Kami buat eksprimen.. penubuhan pengakap sekolah |
Pada awal bulan 7 tahun lepas saya dan rakan baik saya En. Hamizan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda bagi menjalankan aktiviti pengakap sekolah. Perkenalan kami bermula di Program Belia di Kg. Tanpa Waris Kg Paya pada awal tahun, sememangnya kami berhasrat ingin mengembalikan kembali kegemliangan kepengakapan suatu masa dahulu. Tujuan asal kami adalah bagi melengkapkan kemahiran survival para pelajar sekolah dalam menghadapi bencana yang akan datang. Projek pertama ini kami di harapkan akan berterusan memandangkan kegiatan kepengakapan dalam daerah ini merosot dari tahun ke tahun. Dalam pemerhatian saya ada sekolah yang mana kegiatan kepengakapannya terus terkubur ini kerana peruntukkan berada dalam bidang kuasa pihak akademik. Eksperimen kami adalah mengalakkan ahli-ahli pengakap ini dalam menceburi asas-asas keusahawanan bahkan En. Hamizan dari golongan usahawan jadi dia lebih arif mengajar serba sedikit bagaimana untuk berniaga. Saya pula lebih menjurus kepada bidang grafik dan senireka dan sudah pun mendapat segulung diploma dari kolej Cosmopoint Sungai Petani. Saya mengajar mereka bagaimana cara untuk membaikpulih komputer peribadi, membina laman web, asas grafik dan lukisan. Minggu 1*- Berkenal-kenalan dan pengenalan (perkataan asal adalah 'kenal' ) betulkan Minggu 2-4* - Asas kawad dan penerangan mengenai kepengakapan Minggu 5 (11/2/06) latihan kawad bagi Pertandingan Kawad (kali ini latihan lebih intensif) dan Perancangan Perkhemahan di Pantai Merdeka dan Latihan Kecemasan dan Survival dalam Hutan Antara PBSM dengan Pengakap. Minggu 6 ()
|
| _Buletin Kelana Sri Angkasa |
Tahun ini Kelana Sri Angkasa atau singkatannya KSA, bertanding dalam Anugerah Belia 2006. Segala persiapan telah diambil untuk mendapat tempat dalam menjuarai Kategori Persatuan. Diharap tahun ini KSA akan menang lagi! |
| _Perhatian Pengakap Kelana ada pengumuman! |
Segalanya tertakluk pada perubahan, sekian harap maklum |