Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 
 
Laman Web Saya

 
LAMAN UTAMA
BIODATA
TEMPAT BERSEJARAH
GELERI FOTO
PAUTAN MENARIK

Muzium Batu Tulug ini terletak di Daerah Kinabatangan. Sabah. Ia merupakan satu mercu tanda keunikan yang terdapat
dalam daerah saya. Muzium ini telah menjadi salah satu rujukan tentang teori Kedatangan Orang Cina ke Sabah yang juga dipercayai nenek moyang kepada suku kaum Sungai di Sabah.


 
 

Papan Tanda Perasmian Muzium Agop Batu Tulug  Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan ( Negeri ) Y.B. DATUK WILFRED BUMBURING.
Pada 6 Julai  1996 .


 
 

Rumah tempat para pelancung memohon kebenaran naik ke Agop Batu Tulug. Di rumah ini  ada sebuah Keranda dan gambar-gambar kedudukan kampung Batu Putih di zaman dahulu sebagai kajian dan renungan para Pelancung.

Di Kawasan rumah ini ditanam pokok-pokok bunga sebagai keceriaan dan keindahan Muzium Batu Tulug.
 
 


 
 

Tangga tempat naik ke Agop Sawat, Lintanga, dan Suribak. Tangga ini baru dibina semenjak dibuat Muzium , Sebelum itu orang tempatan di
Batu Putih hanya menggunakan tali tempat berpegang untuk sampai ke setiap pesiaran Agop.

Papan Notis/ Larangan

Daripada: Pengarah
 Jabatan Muzium Sabah.

" Dilarang menggali, membakar, memotong sebarang tumbuh-tumbuhan, membunuh/menangkap haiwan-haiwan, membuang sampah
atau merokok di kawasan bersejarah ini "

Gambar keranda orang-orang cina di pesiaran Suribak.


Papan tanda arah masuk lubang ke Pesiaran Agop Sawat.
 


Papan Tanda arah masuk lubang ke Pesiaran Agop Lintanga.
 


Papan Tanda arah masuk lubang Ke Pesiaran Agop Suribak.
 

    Ketiga-tiga lubang Agop ini ada terdapat beberapa buah keranda. Agop sawat ada 5 buah keranda, Agop Lintanga ada 6 buah keranda dan Agop Suribak ada 16 buah keranda. Agop Suribak banyak keranda disimpan kerana Agop Suribak di bahagian bawah Agop Batu Tulug. Berbanding dengan Agop Lintanga dan Sawat sukar bagi mereka menyimpan, kerana pada waktu dahulu belum ada tangga untuk naik setiap lubang.
 
 



Hot Link:

Universiti Putra Malaysia
Malaysia Online
National Geographic Society
Tucows Windows 95/98

Laman Utama | Biodata | Tempat Bersejarah | Geleri Photo | Pautan Menarik


Sila gunakan pelayar ini untuk paparan laman terbaik

Laman Web ini dikendalikan oleh:
Jumadil Moula

Sila hantar komen anda kepada Web Master di :