Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
JMG213Teknik-teknik dalam geografi
JMG213Teknik-teknik dalam geografi
Selamat datang ke Kursus JMG 213-Teknik-Teknik Dalam geografi. Laman web ini dibina khusus untuk penyebaran teknologi remote sensing pelajar-pelajar geografi, alam sekitar, hidrologi, hidrometerologi, pengurusan bencana, perancangan bandar dan kajian ilmu kemanusiaan yang lain.
« previous | next »
Kawasan dataran banjir
Kawasan dataran banjir 
 
Remot sensing amat berguna untuk pelbagai kajian geografi dan alam sekitar. Foto di atas membantu pelbagai sudut kajian ilmu kemanusiaan. Cuba anda ulaskan.

Comments (2) | Add a Comment

Pemandangan fizikal yang boleh dikaji berdasarkan foro yang diberi ialah lanskap atau pandang darat sebuah delta sungai. BUktinya terdapat anak-anak sungau yang terpecah daripada aliran sungai utama. Ciri fizikal aliran sungai utama juga amat jelas. Daripada aspek aliran sungai, bahagian sungai ini dianggap sebagai sungai tua kerana liku-likunya sudah membentuk ladam. Likuan sungai juga membuktikan profail sungai sudah berada di kawasan landai atau rata. Likuan terbentuk bagi menjimatkan tenaga sungai.

Tanih yang berwarna kelabu kehitaman merujuk kepada tanah loam atau alluvium yang termendak di kawasan ini. Sama ada ia alluvium sungai atau laut, ia memberi identiti yang tanah di kawasan ini adalah tanih tidak matang. Tanah liat atau loam ini selalunya sesuai untuk ditumbuhi hutan bakau dan nipah. Jika ia ditebus guna oleh manusia, ia akan ditanam dengan padi sawah.

Di bahagian yang lebih ke barat, guna tanah lebih kepada pembangunan bandar. Tanah nya lebih setabil danmatang berbanding di sebelah timur gambar. Kawasan di sini dimajukan dengan bangunan perniagaan, kilang dan juga penginapan penduduknya.
DrMain Rindam | rmain | July 20, 2006

Pola aliran sungai ada dua, satu sungai di peringkat tua yang mempunyai liku dan tasik ladam. Kedua ada pola ranting dan selari yang terdapat di bahagian tengah dan utara serta tenggara foto. Memandangkan kawasan pandfang darat adalah kawasan delta atau tanah landai, pola ini memang menjadi ciri utama,. Ia boleh dikelaskan sebagai dataran banjir kerana bukti sungai sering berubah alirannya begitu juga dengan kehadiran bewting pasir di bantak tempat terutama di kawasna liku sungai utama.

Tanih berwarn agelam menunjukkan di sini terdapat tanih jenis loam, alluvium sungai atau laut dan juga tanih liat yang tidak matang. Tidak bersaliran baik dan menakung banyak air. Kawasan ini sesuai ditumbuhi oleh pokok gelam, nipah dan bakau.

Kajian perbandaran menunjukkan pembangunan terdapat di kawasan barat yang taniohny alebih stabil berbanding sebelah timur.
Jumaidah Hj. Yusof | camar092002@yahoo.com | July 20, 2006