Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Apakah maksud struktur ekonomi?
Gabungan pelbagai sektor ekonomi dan kegiatan-kegiatan dalam ekonomi.
Terangkan sektor-sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia
Tiga sektor utama di Malaysia:
Sektor Utama
Sektor Kedua
Sektor Ketiga
Perubahan Sektor Ekonomi Malaysia
Apakah kesan perubahan sektor ekonomi malaysia dari sektor utama kepada sektor perindustrian?
  • Meningkatkan KDNK
pendapatan sektor perindustrian lebih tinggi daripada sektor utama
  • peluang pekerjaan bertambah
sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak 
  • mengurangkan pergantungan sektor utama
negara tidak bergantung sepenuhnya kepada sektor utama
  • menaikkan taraf hidup
taraf hidup rakyat meningkat kerana pendapatan sektor perindustrian lebih tinggi
  • mengurangkan kadar kemiskinan
kadar kemiskinan dapat dikurangkan dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor perindustrian
  • menggalakkan penghijrahan penduduk
berlaku penghijrahan penduduk desa ke bandar
  • perubahan corak import dan eksport
import berkurangan dan eksport bertambah
Ekonomi Malaysia lebih bertumpu kepada sektor utama pada awal kemerdekaan. Pada masa kini, ekonomi Malaysia telah beralih kepada sektor perindustrian. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini?
  • langkah mempelbagaikan ekonomi
kerajaan menggalakkan pempelbagaian ekonomi sejak tahun 1970-an
  • galakan industri penggantian import
kerajaan menggalakkan pengeluaran sendiri barang-barang untuk menggantikan import
  • peluang pekerjaan yang lebih banyak
sektor perindustrian mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak berbanding dengan sektor utama
  • daya pengeluaran tinggi
pengeluaran sektor perindustrian lebih tinggi kerana tidak dipengaruhi oleh cuaca
  • pendapatan dan taraf hidup tinggi
pendapatan sektor perindustrian lebih tinggi kerana mengeluarkan barang siap berbanding sektor utama yang mengeluarkan bahan mentah
  • kehausan sumber asli
kehausan sumber asli seperti bijih timah dan arang batu menyebabkan perubahan dari sektor utama kepada sektor perindustrian
Apakah masalah yang akan timbul jika negara kita terus bergantung kepada sektor utama?
Berikut merupakan masalah yang akan timbul jika terus bergantung kepada sektor utama:
  • harga barang sektor utama tidak stabil
Harga barang utama biasanya tidak stabil kerana bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran. Jika penawaran terlalu banyak, maka harga akan jatuh dengan mendadak.
  • kerugian perdagangan
Harga barang siap adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan mentah. Jika terus bergantung kepada eksport bahan mentah, maka negara akan rugi dari segi perdagangan
  • menjejaskan peluang pekerjaan
Jika berlaku kejatuhan harga barang utama, maka ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan kerana firma tidak sanggup menggaji terlalu ramai pekerja.
  • penyerapan buruh yang terhad
Sektor utama tidak dapat menyerap banyak tenaga buruh berbanding sektor perindustrian. Ini akan menyebabkan pengangguran meningkat.
  • kepupusan sumber
Sektor perlombongan akan pupus pada mas akan datang. Jika terus bergantung kepada sektor utama, akan menjejaskan pendapatan negara.
  • persaingan dengan barang pengganti
Barang-barang utama banyak disaingi oleh barang tiruan contohnya bijih timah yang bersaing dengan plastik.
  • pembangunan yang tidak sama rata antara kawasan
Kawasan yang subur akan menjadi lebih maju berbanding dengan kawasan yang kurang subur.

Balik Ke Atas