Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Definisi Ekonomi
Ilmu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Balik Ke Atas
Jenis-Jenis Barang
Aspek Perbezaan Barang Percuma Barang Ekonomi Barang Awam
Penawaran tidak terhad terhad terhad
Bayaran tidak perlu perlu bayar perlu bayar
Kos Lepas tiada ada ada
Pengeluar Allah swasta kerajaan
Contoh air sungai buku balai raya
Balik Ke Atas
Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas
  • Kekurangan timbul disebabkan oleh sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi keperluan manusia yang tidak terhad.

  • Pilihan dibuat supaya unit-unit ekonomi mendahulukan perkara yang lebih penting sebelum memilih perkara yang kurang penting

  • Kos lepas ialah barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih barang atau perkhidmatan yang lebih baik.

Balik Ke Atas
Penyelesaian Masalah Oleh Unit-Unit Ekonomi
Unit Ekonomi : Isi Rumah
  • Kekurangan - pendapatan dan masa
  • Pilihan - membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan
  • Kos Lepas - contohnya membeli rumah atau kereta
Unit Ekonomi : Firma
  • Kekurangan - sumber ekonomi
  • Pilihan - membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan
  • Kos Lepas - contohnya mengeluarkan kasut atau pakaian
Unit Ekonomi : Kerajaan
  • Kekurangan - sumber hasil
  • Pilihan - membuat pilihan untuk memeksimumkan kebajikan rakyat
  • Kos Lepas - contohnya membina hospital atau membina sekolah
Balik Ke Atas
Masalah Asas Ekonomi
Masalah kekurangan dan pilihan menyebabkan masalah asas ekonomi. Terdapat empat masalah asas ekonomi yang utama iaitu:
  • Apakah jenis barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?
  • Berapa banyakkah barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?
  • Bagaimanakah barang atau perkhidmatan dikeluarkan?
  • Untuk siapakah barang atau perkhidmatan hendak dikeluarkan?
Balik Ke Atas

Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Terdapat 5 sistem ekonomi iaitu:
Sistem Ekonomi Sara Diri
ciri-ciri
  • Pengeluaran barang untuk keperluan diri sendiri
  • Tiada motif untuk mencari keuntungan
  • Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu atau masyarakat itu sendiri
  • Daya pengeluaran rendah
  • Keputusan ekonomi ditentukan oleh ketua kaum atau keluarga
Cara mengatasi masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa?
  • ditentukan oleh keperluan sendiri
Bagaimana?
  • mengikut corak tradisional seperti tenaga manusia dan binatang
Untuk Siapa?
  • untuk diri sendiri dan keluarga
Sistem Ekonomi Kapitalis
ciri-ciri
  • Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan sektor swasta
  • Setiap individu bebas membuat keputusan dan pilihan
  • Keputusan ekonomi bermotifkan keuntungan
  • Setiap individu bebas menentukan cara pengeluaran terbaik
cara mengatasi masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa?
  • melalui mekanisme harga iaitu melalui kuasa permintaan dan penawaran
Bagaimana?
  • memilih cara pengeluaran yang paling meminimumkan kos
Untuk Siapa?
  • untuk sesiapa sahaja yang mampu membayar harga
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
ciri-ciri
  • faktor pengeluaran milik kerajaan
  • keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
  • tiada motif keuntungan
Cara mengatasi masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa?
  • ditentukan oleh kerajaan
Bagaimana?
  • ditentukan oleh kerajaan
Untuk Siapa?
  • ditentukan oleh kerajaan
Sistem Ekonomi Campuran
ciri-ciri
  • individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran tetapi dikawal oleh kerajaan
  • wujud kerjasama kerajaan dan swasta
  • pilihan bebas ditentukan melalui kawalan kerajaan
cara mengatasi masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa?
  • ditentukan oleh mekanisme harga
Bagaimana?
  • ditentukan oleh individu tetapi mestilah mematuhi undang-undang kerajaan
Untuk Siapa?
  • banyak ditentukan oleh swasta tetapi kerajaan campur tangan untuk menjamin keadilan
Sistem Ekonomi Islam
Ciri-Ciri
  • kegiatan ekonomi disifatkan sebagai satu ibadat dan merupakan satu tuntutan agama yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam
  • perjalanan dan ciri-ciri utama sistem ini adalah berlandaskan konsep tauhid iaitu segala benda di sunia ini merupakan hak milik dan ciptaan Allah
Cara mengatasi masalah asas ekonomi
Apa dan Berapa?
  • ditentukan oleh mekanisme harga
Bagaimana?
  • ditentukan dengan memilih cara pengeluaran yang paling cekap tanpa pembaziran
Untuk Siapa?
  • ditentukan melalui pengagihan kekayaan secara adil
Balik Ke Atas