Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pengenalan Kepada Ekonomi (1)

1

Apakah maksud ekonomi menurut takrif ahli ekonomi?
A Kajian mengenai agihan barang dan perkhidmatan dalam masyarakat.
B Kajian oleh pengeluar tentang faktor pengeluaran yang terhad untuk memenuhi kehendak pengguna.
C Ilmu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan faktor yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
D Kajian tentang masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi kepuasan optimum.
 

2

En. Ali menggunakan barang X tanpa membuat sebarang bayaran. Beliau juga boleh menggunakan barang X sebanyak mungkin. Apakah barang X?
A barang percuma
B barang ekonomi
C barang awam
D barang bawahan
 

3

Barang X dan Y mempunyai penawaran yang terhad dan mempunyai kos lepas dalam pengeluarannya. Barang X tidak perlu dibayar dan barang Y perlu dibayar apabila menggunakannya. Barang X dan Y mungkin sekali...
A barang percuma dan barang awam
B barang awam dan barang ekonomi
C barang ekonomi dan barang awam
D barang ekonomi dan barang percuma
 

4

Antara berikut, yang manakah benar tentang barang awam?
A tidak melibatkan kos lepas dalam pengeluaran
B individu perlu membayar apabila menggunakannya
C contoh barang awam ialah telefon bimbit
D dikeluarkan oleh kerajaan
 

5

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang barang ekonomi.
A penawaran barang ekonomi terhad
B melibatkan kos lepas dalam pengeluaran
C perlu dibayar apabila menggunakannya
D contoh barang ialah telefon awam
Aspek Perbezaan Barang X Barang Y barang Z
Penawaran tidak terhad terhad terhad
Bayaran tidak perlu bayar perlu bayar tidak perlu bayar
Kos Lepas tidak ada ada ada
Pengeluar Anugerah Allah Swasta Kerajaan
 

6

Berdasarkan jadual di atas, barang X, Y dan Z ialah..
  Barang X Barang Y Barang Z
A barang ekonomi barang percuma barang awam
B barang percuma barang awam barang ekonomi
C barang percuma barang ekonomi barang awam
D barang ekonomi barang awam barang percuma
 

7

Kekurangan, pilihan dan kos lepas
A Amazon (Brazil)
B  
C Yangtze (China)
D Congo (Zaire)
 

8

kekurangan, pilihan dan kos lepas
A Netscape
B  
C Lotus
D Norton
 

9

kekurangan, pilihan dan kos lepas
A English
B Spanish
C  
D French
 

10

kekurangan, pilihan dan kos lepas
A Adult content sites
B  
C Chat sites
D News sites