Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

Isi Rumah
Definisi
Seorang individu atau sekumpulan individu yang tinggal di sebuah rumah dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
Peranan Isi rumah
  • sebagai pembekal pelbagai faktor pengeluaran
  • sebagai pengguna barang dan perkhidmatan
Objektif Penggunaan
  • Isi rumah yang dianggap rasional 
  • memaksimumkan kepuasannya daripada gabungan barang dan perkhidmatan

Balik Ke Atas

Konsep Utiliti
  • Utiliti didefinisikan sebagai satu unit ukuran yang digunakan untuk mengukur tingkat kepuasan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang digunakan.

Balik Ke Atas

Permintaan
Definisi
  • kesanggupan dan kekampuan untuk membeli sejumlah barang atau perkhidmatan oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga tertentu dan tempoh masa tertentu
Hukum Permintaan
  • apabila harga barang atau perkhidmatan turun, maka permintaan terhadap barang atau perkhidmatan tersebut akan meningkat
  • apabila harga sesuatu barang atau perkhidmatan meningkat, permintaan terhadap barang atau perkhidmatan tersebut akan menurun
Balik Ke Atas
Permintaan ke atas sesuatu jenis barang adalah tidak tetap. Apakah yang menyebabkan permintaan ke atas sesuatu barang turun naik?
  • Harga barang itu sendiri
Apabila harga sesuatu barang meningkat, permintaan ke atas barang tersebut akan menurun. Sebaliknya, jika harga barang menurun, permintaan akan meningkat.
  • Harga barang lain
  1. Barang pengganti - barang pengganti ialah dua barang yang mempunyai fungsi yang sama seperti teh dan kopi. Jika harga teh meningkat, permintaan ke atas kopi akan meningkat.
  2. Barang penggenap - barang penggenap ialah dua barang yang mesti digunakan bersama seperti kamera dengan filem. Jika harga kamera menurun, permintaan ke atas filem akan meningkat.
  • Cita rasa
Jika cita rasa pengguna berubah daripada meminati jenama adidas kepada jenama puma, maka permintaan ke atas jenama puma akan meningkat.
  • Pendapatan
Jika pendapatan pengguna meningkat, permintaannya ke atas barang-barang akan meningkat.
  • Jangkaan masa hadapan
Jika pengguna menjangkakan bahawa harga kereta pada masa depan akan menjadi lebih murah, maka permintaan kereta pada masa kini akan berkurang dan bertambah pada masa depan.
  • Musim
Pada musim hujan, permintaan ke atas payung akan meningkat dan permintaan ke atas aiskrim akan menurun.
  • Saiz dan struktur penduduk
Jika terdapat ramai kanak-kanak, maka permintaan ke atas barang permainan akan bertambah.
  • Kemudahan pinjaman dan kredit
Jika kadar pinjaman rendah, pengguna akan cenderung untuk meminjam. Ini akan menyokong pertambahan permintaan.
  • Iklan
Iklan yang berkesan akan menambahkan permintaan ke atas sesuatu barang.

Balik Ke Atas

Keanjalan Harga Permintaan
Definisi
  • peratus perubahan dalam kuantiti diminta terhadap barang atau perkhidmatan kesan daripada peratus perubahan harga barang itu
Jenis-Jenis Keanjalan
1. Anjal
  • peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada peratus perubahan harga
  • nilai keanjalan lebih besar daripada 1 tetapi kurang daripada infiniti
  • keluk permintaan adalah landai
2. Tidak Anjal
  • peratus perubahan kuantiti adalah lebih kecil daripada peratus perubahan harga
  • nilai keanjalan kurang daripada 1 tetapi lebih besar daripada 0
  • keluk permintaan curam
3. Anjal Satu
  • peratus perubahan kuantiti sama dengan peratus perubahan harga
  • nilai keanjalan sama dengan satu
  • keluk permintaan berbentuk sfera

Balik Ke Atas

Copyright 2000 Sarayo_Webmaster
Last Updated : Friday, July 21, 2000 02:15:04 PM