Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

INDIVIDU SEBAGAI PENABUNG, PEMINJAM DAN PELABUR

Individu Sebagai Pengguna
Untuk memaksimumkan kepuasannya, seseorang individu mempunyai pilihan-pilihan berikut:
  • membuat tabungan untuk digunakan pada masa hadapan
  • melabur untuk meningkatkan pendapatan pada masa hadapan
  • meminjam wang untuk mendapatkan lebih banyak barang pada masa kini
Balik Ke Atas
Tabungan
Definisi
  • sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Sebab Menabung
  • membeli barang tahan lama secara tunai
  • mengelakkan risiko kehilangan wang
  • tujuan awasan jika berlaku perkara di luar jangkaan
  • memenuhi cita-cita seperti melanjutkan pelajaran
  • menambahkan punca kewangan
Cara-Cara Menabung
  • Bank Perdagangan (cth. Bumiputra Commerce Bank)
  • Bank Simpanan Nasional
  • Koperasi
  • Syarikat Insurans (cth. MNI, MAA, Kurnia dll.)
  • Syarikat Kewangan (cth. Mbf finance)
  • Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
  • Unit Dana Amanah (ASB, ASN, ASM, ASJ, dll.)
Balik Ke Atas
Pelaburan
Definisi
  • perbelanjaan untuk pengeluaran dan pengumpulan barang-barang modal seperti bangunan, kilang, jentera, mesin, rumah dan stok/ inventori yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
Tujuan Pelaburan
  • memperolehi keuntungan
  • menambahkan pendapatan
  • menambahkan barang modal
Bentuk-Bentuk Pelaburan
  • membina kilang atau membeli mesin/jentera
  • membeli bahan mentah
  • membina rumah dan membeli tanah
Balik Ke Atas
Pinjaman
Definisi
  • sejumlah wang tunai yang diterima oleh individu daripada sumber-sumber tertentu yang perlu dibayar balik bersama faedah apabila tempoh pinjaman telah tamat.
Tujuan Pinjaman

Individu Sebagai Pengguna

Individu Sebagai Pengeluar

  • menampung kekurangan wang pada masa kini
  • memperolehi lebih banyak barang pada masa kini
  • membesarkan modal perniagaan
  • meningkatkan daya pengeluaran
  • mengurangkan bayaran cukai
Sumber Pinjaman
  • Bank Perdagangan
  • Syarikat Kewangan
  • Syarikat Insurans
  • Ceti
  • Saudara-mara/ rakan-rakan
  • Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPIEM)
  • MARA
Balik Ke Atas
Jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
Terdapat 3 sektor ekonomi utama di Malaysia
Sektor Utama
  • sektor utama melibatkan proses mengeluarkan bahan mentah seperti barang pertanian, perlombongan, perikanan dan lain-lain
  • tidak melibatkan pemprosesan bahan mentah kepada barang siap
Jenis-Jenis Pekerjaan
  • pekerja ladang
  • pengurus ladang
  • pembalak
  • nelayan
  • kelasi
  • jurutera petroleum dll.
Sektor Kedua
  • melibatkan pemprosesan bahan mentah daripada sektor utama untuk dijadikan barang siap dan barang separuh siap
Jenis-Jenis Pekerjaan
  • operator pengeluaran
  • pengurus kilang
  • penyelia
  • pengendali jentera/ mesin
  • jurutera kilang
Sektor Ketiga
  • melibatkan penyediaan pelbagai jenis perkhidmatan seperti perkapalan, kewangan, insurans, perubatan dll.
Jenis-Jenis Pekerjaan
  • doktor
  • peguam
  • guru
  • pensyarah
  • penyelia asrama
  • posmen
  • polis
  • bomba
Balik Ke Atas
Faktor Pemilihan Pekerjaan
  • upah yang tinggi
  • upah bukan wang
  • faedah sampingan
  • minat terhadap kerja
  • kepuasan diri sendiri
  • suasana tempat kerja
  • latar belakang keluarga
  • jenis dan sifat pekerjaan
  • jaminan pekerjaan
  • prospek pekerjaan
Balik Ke Atas
Faktor Perbezaan Upah
  • jumlah jam bekerja berbeza
  • pengalaman dan pendidikan yang berbeza
  • kemahiran seseorang pekerja
  • perbezaan tanggungjawab
  • daya pengeluaran pekerja
  • kekuatan kesatuan sekerja yang diikuti pekerja
  • diskriminasi
  • permintaan dan penawaran buruh
Balik Ke Atas

Copyright © 2000 Sarayo_Webmaster
Last Updated : Friday, July 21, 2000 02:15:17 PM