Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

INDIVIDU SEBAGAI PENGGUNA DAN PENGELUAR

Individu Sebagai Pengguna dan Pengeluar
Fungsi Individu
  • sebagai pengguna, individu mengunakan barang dan perkhidmatan
  • sebagai pengeluar, individu membantu dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan
Balik Ke Atas
Keperluan dan Kehendak Individu
Keperluan Kehendak
individu memerlukannya untuk terus hidup membolehkan individu hidup dengan selesa
mesti dipenuhi terlebih dahulu sebelum membeli barang lain banyak pilihan dan merupakan barang mewah
sama untuk semua individu dan terhad kepada bebarapa barang sahaja pelbagai dan tidak terhad
harga dikawal oleh kerajaan harga tidak dikawal oleh kerajaan
cth. makanan, pakaian, rumah cth. TV, pendidikan, pengangkutan
Balik Ke Atas
Pendapatan Individu
  • pendapatan individu ialah gabungan pendapatan faktor yang produktif dan faktor yang tidak produktif
  • pendapatan faktor yang produktif ialah ganjaran yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran daripada proses pengeluaran
  • pendapatan faktor yang tidak produktif ialah wang yang diterima oleh individu tanpa menyumbangkan apa-apa faktor pengeluaran kepada proses pengeluaran
Jenis-Jenis Pendapatan Individu
Upah
  • ganjaran kepada buruh yang menyumbangkan tenaga kerja atau tenaga mental
Sewa
  • bayaran kepada faktor pengeluaran yang penawarannya terhad seperti tanah
Faedah
  • ganjaran kepada pemilik wang yang sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa kini
Untung
  • ganjaran kepada usahawan yang sanggup menanggung risiko ketidakpastian
Bayaran Pindahan
  • pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran yang tidak produktif
Balik Ke Atas
Pendapatan Boleh Guna (Yd)
  • Yd ialah pendapatan bersih individu selepas ditilak pelbagai potongan wajib
  • Potongan wajib terdiri daripada caruman KWSP, Cukai pendapatan, Zakat, premium insurans nyawa dan PERKESO.
Format Pengiraan Pendapatan Boleh Guna
Butir RM RM
Pendapatan    XXX
Bonus   XXX
Bayaran Pindahan   XXX
Jumlah Pendapatan   XXX
     
Tolak:    
Premium Insurans Nyawa XXX  
Caruman KWSP XXX  
Cukai Pendapatan XXX  
Jumlah Potongan   XXX
     
Pendapatan Boleh Guna   XXX
Penggunaan Pendapatan Boleh Guna
Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk tujuan berikut:
  • membeli barang tahan lama (komputer, tv dll.)
  • membeli barang tidak tahan lama (sayur, ikan dll.)
  • membeli perkhidmatan (perkhidmatan kesihatan dll.)
Barang tahan Lama dan Barang Tidak Tahan Lama
Barang Tahan Lama Barang Tidak Tahan Lama
  • tempoh penggunaan lebih satu tahun
  • tidak mudah rosak
  • terdiri daripada barang kehendak
  • cth. tv, radio dll.
  • tempoh penggunaan kurang satu tahun
  • barang mudah rosak
  • terdiri daripada barang keperluan
  • cth. sayur, ikan dll.
Balik Ke Atas
Belanjawan Peribadi
Definisi
Satu rancangan berbelanja berdasarkan pendapatan boleh guna individu untuk satu jangka masa tertentu biasanya satu bulan.
Kepentingan Belanjawan Peribadi
  • membolehkan individu menabung
  • mendahulukan barang yang lebih penting
  • merancang pendapatan mengikut pendapatan
Langkah-Langkah Merancang Belanjawan
  1. anggarkan jumlah pendapatan
  2. catat semua perbelanjaan
  3. anggarkan perbelanjaan mengikut keutamaan barang
Pertimbangan Semasa Berbelanja
  • tepat pada penggunaannya
membeli sesuatu barang/ perkhidmatan apabila benar-benar memerlukannya
  • tepat pada tempatnya
beli barang dan perkhidmatan di tempat yang paling murah
  • tepat pada waktunya
utamakan barang yang paling penting supaya pembaziran tidak berlaku
  • tepat pada harganya
pastikan barang yang hendak dibeli harganya berpatutan
Kesan apabila perbelanjaan melebihi pendapatan
  • pembaziran akan berlaku
  • beban hutang akan bertambah
  • simpanan berkurangan
  • harga barang meningkat
  • permintaan barang import meningkat
Kesan apabila pendapatan melebihi perbelanjaan
  • berjimat cermat
  • kehendak yang penting diutamakan
  • simpanan meningkat
  • meningkatkan pelaburan
  • harga barang terkawal
  • import berkurang
Balik Ke Atas

Copyright © 2000 Sarayo_Webmaster
Last Updated : Friday, July 21, 2000 02:15:27 PM